SABK Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Kuantan.

SABK Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Kuantan. Sebarang pertanyaan mengenai MTDUB, E-mail kan kepada : [email protected]
Atau hubungi Tel. Pejabat : 09 544 5951
(Waktu Pejabat 8.00pg - 4.30ptg)

MAJLIS APRESIASI HUFFAZ MTDUB 202607.08.2026 | Dewan Al-Ghazali MTDUBβ€œ30 Juzuk Dihafaz, Moga Al-Quran Kekal Menjadi Tema...
15/08/2026

MAJLIS APRESIASI HUFFAZ MTDUB 2026

07.08.2026 | Dewan Al-Ghazali MTDUB

β€œ30 Juzuk Dihafaz, Moga Al-Quran Kekal Menjadi Teman Sepanjang Hayat.”

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Majlis Apresiasi Huffaz MTDUB 2026 telah berlangsung dengan penuh bermakna sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 28 orang pelajar Tingkatan 5 yang telah berjaya mencapai khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran. Pencapaian ini sekaligus mencatatkan MTDUB mencapai 100% khatam hafazan 30 juzuk bagi Batch SPM 2026. πŸ’―πŸ“–

Di sebalik kejayaan ini tersimpan ribuan ayat yang diulang, masa yang dikorbankan, kesungguhan yang dipertahankan serta doa yang tidak pernah putus. Lima tahun perjalanan bersama Al-Quran akhirnya sampai ke satu noktah yang membanggakan, namun sesungguhnya perjalanan bersama Al-Quran tidak pernah berakhir.

Selamat mengulang hingga ke akhir hayat.

Tahniah semua!

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat para guru, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa membimbing, mendukung serta menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan para Huffaz.




Jemput semua menonton secara langsung
07/08/2026

Jemput semua menonton secara langsung

7 OGOS 2026 (JUMAAT) DEWAN AL-GHAZALI MTDUB @ MAAHAD TAHFIZ DARUL ...

Assalamualaikum Jemput semua tonton perjalanan Majlis Apresiasi Huffaz tahun 2026 di YouTube rasmi sekolah secara langsu...
06/08/2026

Assalamualaikum

Jemput semua tonton perjalanan Majlis Apresiasi Huffaz tahun 2026 di YouTube rasmi sekolah secara langsung pada hari esok.

Semoga majlis dapat berjalan dengan lancar.

7 OGOS 2026 (JUMAAT) DEWAN AL-GHAZALI MTDUB @ MAAHAD TAHFIZ DARUL ...

Alhamdulillah Ahlan wasahlan Tuan Hj Mohd Jamali Bin AbdullahPengetua Baharu MTDUB
04/08/2026

Alhamdulillah
Ahlan wasahlan
Tuan Hj Mohd Jamali Bin Abdullah
Pengetua Baharu MTDUB

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Seluruh warga Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah dengan penuh hormat dan su...
04/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seluruh warga Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah dengan penuh hormat dan sukacitanya mengucapkan:

SELAMAT DATANG KEPADA
Tuan Haji Mohd Jamali bin Abdullah

Pengetua Baharu
Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam memimpin warga Maahad ke arah kecemerlangan yang berteraskan Al-Quran, ilmu dan akhlak, demi melahirkan generasi huffaz yang unggul serta berdaya saing.

Selamat menjalankan amanah. Semoga kepimpinan Tuan membawa Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah ke mercu kecemerlangan yang lebih gemilang.




Good Luck team MTDUB !
30/07/2026

Good Luck team MTDUB !

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π π“πˆππ†πŠπ€π“π€π 𝟏 π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ•βœ…Akan Dibuka Secara Online Pada : 15 September - 15 Oktober 2026✨Link : https:...
29/07/2026

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π π“πˆππ†πŠπ€π“π€π 𝟏 π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ•

βœ…Akan Dibuka Secara Online Pada : 15 September - 15 Oktober 2026

✨Link : https://bit.ly/SABK_Maahad_Tahfiz_Darul_Ulum_Al-Basriyah_2026

βœ… Klik "Like Page" Ini Bagi Mengelakkan Tuan/Puan Terlepas Sebarang Info Penting Berkaitan

πŸŽ‰ TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) πŸŽ‰Seluruh warga Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah (MTDUB) mer...
23/07/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) πŸŽ‰

Seluruh warga Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah (MTDUB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada empat warga sekolah yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

🌟 Penerima APC:
βœ… Puan Sri Sukma binti Sumario – Guru Perniagaan
βœ… Ustazah Nor Liyana binti Sharuddin – Guru Hifz al-Quran
βœ… Ustaz Fakhruddin bin Mat Zin – Guru Hifz al-Quran
βœ… Muhammad Izuwan bin Mohd Mohthar – Pembantu Makmal

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan cemerlang demi kecemerlangan pendidikan serta pembangunan sahsiah anak-anak didik.

Semoga Allah SWT terus memberkati segala usaha dan mengurniakan kejayaan yang berterusan kepada semua penerima.

Sekalung tahniah dan syabas! 🌹

✨ Gandakan Amal di Hari Jumaat.Jom berinfaq, semoga setiap sumbangan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran yang berterus...
16/07/2026

✨ Gandakan Amal di Hari Jumaat.
Jom berinfaq, semoga setiap sumbangan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran yang berterusan.

Tahniah Syed Zakwan
14/07/2026

Tahniah Syed Zakwan

Address

MAAHAD TAHFIZ DARUL ULUM AL-BASRIYAH , PELINDUNG, BESERAH, KUANTAN
Kuantan
26100

Telephone

+6095445951

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SABK Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Kuantan. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SABK Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Kuantan.:

Shortcuts

Share