07/02/2022
Sekolah Kebangsaan Panching
Sekolah Kebangsaan Panching (SK Panching)
PENGETAHUAN PUNCA KEMAJUAN
Sekolah Kebangsaan Panching atau nama ringkasnya SK Panching, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sungai Lembing.
07/02/2022
27/10/2014
Hati diibaratkan sepohon pokok
Assalamualaikum dan salam maghrib...
Hati diibaratkan sepohon pokok.
Dari batang pokok,
membawa kepada dahan, daun,
ranting dan akhir sekali buahnya.
Buah p**a adalah
gambaran gerak geri luaran.
Ibaratnya, pokok iman berada
di dalam dan buahnya
berada di luar.
Tutur kata dan tingkah laku kita
adalah buah daripada pohon
yang berada di dalam hati.
Andai pohon itu subur,
maka ia akan menghasilkan
buah yang molek.
Maksudnya, dari hati yang baik itu akan melahirkan tutur kata yang baik dan seterusnya menandakan hati budi kita juga baik.
10/09/2014
PENANGGUHAN KERTAS SAINS UPSR 2014
PENANGGUHAN KERTAS SAINS UPSR 2014
Harap maklum, ujian mata pelajaran sains UPSR esok, 11 Sept 2014 DITANGGUHKAN ke 30 Sept 2014 disebabkan kebocoran soalan.
Saya memohon maaf kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang terlibat.
Kementerian Pendidikan memandang serius perbuatan pihak yang tidak bertanggunjawab ini.
08/08/2014
Kisah Pengajaran: Jadikan Saya Sebuah Televisyen
Kisah Pengajaran: Jadikan Saya Sebuah Televisyen
Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya..
'Kenapa menangis ni?'
'Lihatlah karangan budak ni..'
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
"Jadikan Saya Sebuah Televisyen"
"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.
Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti televisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
Ayah akan menemui saya setiap kali ayah p**ang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu p**a bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'
Jika diperhatikan sekarang ini.. suami dan isteri masing-masing sibuk untuk melayan dan fokus kepada telefon bimbit masing-masing.. dengan melayan email.. facebook.. whatsapp.. wechat.. kadang-kadang anak-anak tengok dari jauh sambil main mainannya keseorangan.. Adakalanya ketika sedang berkumpul atau makan satu keluarga, suasana mejadi sunyi dengan masing-masing sibuk melayan telefon bimibit mereka masing-masing.. Jangan p**ak nanti anak-anak kita p**ak buat essei.. 'Jadikan saya sebuah Handphone'..
Sama-samalah kita berikan perhatian pada insan-insan disekeliling kita yang perlukan perhatian dann kasih sayang kita.. InsyaALLAH..
23/12/2013
Borang Permohonan 3.0 Bantuan Rakyat 2014
Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 telah dibuka mulai 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.
Download Borang BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
- http://x.co/BR1M3
Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
Jabatan Pembangunan Persekutuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Online di laman sesawang http://www.hasil.gov.my/
BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
Dalam Bajet 2014 tempohari, Kerajaan telah memutuskan kadar pemberian BR1M 3.0 telah dinaikkan dan diperluaskan.
1) RM650 - Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650.
RM650
i-BR1M: RM50
2) RM450 - Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 kadar pembayaran BR1M adalah pada RM450.
RM450
i-BR1M: RM50
3) RM300 - Individu bujang yang bekerja dengan pendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan sebanyak RM300.
RM300
Menerusi kenyataan media, permohonan BR1M 3.0 akan dibuka mulai 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014.
Cara Permohonan BR1M 3.0
1) Penerima BR1M sedia ada - Amat mudah kerana tidak perlu mendaftar lagi tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
2) Bagi pemohon baru - pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma.
Untuk menambahbaik BRIM 2014 ini, Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima BR1M bagi memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.dengan nilai maksimum sehungga RM30,000.
Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:
http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/
https://ebr1m.hasil.gov.my/
Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 Tahun Keatas
3. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
4. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
5. Individu Bujang yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. -
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Address
Jalan Sungai Lembing
Kuantan
26090