11/06/2026
π’ PELUANG KERJAYA DI UNIVERSITI AL-QURAN
Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang, UNIQSAAS, mempelawa individu yang berkelayakan, berintegriti dan bersemangat tinggi untuk menyertai warga akademik kami sebagai:
π Pensyarah Setara Gred DM45
π Jabatan Multimedia Kreatif dan Komputeran
Kulliyyah Pengurusan dan Informatik
β
Lantikan secara Contract For Service (CFS)
β
Satu (1) kekosongan
Kelayakan Utama:
πΉ Ijazah Sarjana dalam bidang Multimedia Kreatif, Seni Reka atau bidang berkaitan yang diiktiraf; atau
πΉ Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Multimedia Kreatif, Seni Reka atau bidang berkaitan yang diiktiraf.
Kemudahan dan Faedah:
βοΈ Cuti Rehat & Cuti Sakit
βοΈ KWSP & PERKESO
βοΈ Insurans SSPNi Plus
βοΈ Kemudahan Hospital Kerajaan / SASMEC
βοΈ Klinik Panel
π
Tarikh Tutup Permohonan: 26 Jun 2026
Sekiranya anda mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia kreatif dan berminat menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi berteraskan ilmu, teknologi dan nilai Islam, kami mengalu-alukan permohonan anda.
π² Imbas kod QR pada poster atau layari:
https://uniqsaas.edu.my/en/unipsas-peluang-kerjaya/
π§ Pertanyaan:
[email protected]
βοΈ 09-553 5555
Sertai kami dalam melahirkan generasi profesional yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
11/06/2026
Bagaimana sesuatu hukum Islam dikeluarkan daripada Al-Quran dan hadis? Siapakah yang mentafsir dan menjelaskan maksudnya kepada masyarakat?
Di UNIQSAAS, mahasiswa dibimbing secara langsung oleh pakar-pakar dalam bidang Tafsir Ayat dan Hadis Hukum bagi memahami nas syarak dengan tepat, seimbang dan berautoriti.
Kenali barisan pakar Tafsir Ayat dan Hadis Hukum Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang, UNIQSAAS, yang komited membimbing mahasiswa mendalami ilmu wahyu berasaskan kefahaman yang sahih, metodologi akademik yang mantap serta keilmuan yang bersanad.
π Dibimbing oleh tenaga akademik berkelayakan dalam bidang Tafsir, Hadis dan Syariah
π Pengajian berteraskan al-Quran dan al-Sunnah
π Relevan dengan isu dan cabaran masyarakat masa kini
β¨ Melahirkan graduan yang berilmu, berakhlak dan mampu menjadi rujukan ummah
Di UNIQSAAS, pengajian bukan sekadar memahami teks, tetapi menghayati hikmah dan mengaplikasikan hukum dalam kehidupan serta masyarakat.
βMenuntut ilmu daripada ahlinya adalah jalan menuju kefahaman yang benar.β
09/06/2026
Kenali para pensyarah dan pakar Linguistik al-Quran serta Tafsir di Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang, UNIQSAAS, yang komited membimbing mahasiswa memahami al-Quran secara mendalam melalui penguasaan bahasa, tafsiran dan khazanah ilmu Islam yang sahih.
π Tenaga akademik berpengalaman
π Kurikulum berteraskan al-Quran dan Sunnah
π Pengajian yang relevan dengan keperluan semasa
β¨ Melahirkan graduan berilmu, berakhlak dan berdaya saing
Di sebalik kecemerlangan pengajian al-Quran dan tafsir, berdirinya barisan ilmuwan yang berkelayakan serta berpengalaman dalam bidang masing-masing.
08/06/2026
Ingin mendalami ilmu Qiraat daripada pakar yang berpengalaman?
Kenali barisan tenaga akademik dan pakar Qiraat Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang, UNIQSAAS, yang komited dalam melahirkan generasi huffaz, qurraβ dan ilmuwan Al-Quran yang berwibawa.
Dengan gabungan tradisi keilmuan Islam dan pendekatan akademik semasa, UNIQSAAS terus memperkasakan pengajian Al-Quran bagi memenuhi keperluan umat dan negara.
β¨ Universiti Al-Quran Pertama di Malaysia
β¨ Tenaga pengajar berkelayakan dan berpengalaman
β¨ Persekitaran pembelajaran Islamik dan kondusif
β¨ Melahirkan graduan berilmu, berakhlak dan berdaya saing
04/06/2026
π Masih mencari tempat sambung belajar?
Atau nak tahu peluang pendidikan yang sesuai untuk masa depan anda?
Jom hadir ke Hari Terbuka UNIQSAAS 2026!
β
Dapatkan konsultasi terus bersama pensyarah dan pegawai akademik
β
Ketahui syarat kemasukan mengikut kelayakan anda
β
Semak peluang bantuan pendidikan dan biasiswa
β
Khidmat nasihat APEL untuk yang mempunyai pengalaman kerja
β
Daftar terus secara walk-in dan terima tawaran pada hari yang sama*
π
6 Jun 2026 (Sabtu)
β° 9.00 pagi β 1.00 petang
π Dewan Sultan Ahmad Shah, UNIQSAAS
Sama ada anda:
π Lepasan SPM
π Lepasan STPM/STAM/Diploma/Asasi
π Ingin melanjutkan pengajian Sarjana atau PhD
π Individu bekerja yang ingin menyambung pengajian
Kami sedia membantu anda memilih laluan pendidikan yang terbaik.
π² Hubungi: 019-966 3755
Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.
01/06/2026
DAULAT TUANKU
Patik sekalian warga Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucap selamat sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam limpah kurnia, rahmat dan pelindungan Allah SWT serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keberkatan yang berterusan dalam memayungi rakyat serta negara.
DAULAT TUANKU
27/05/2026
Salam Aidiladha 1447H
Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa, bersyukur atas nikmat yang dikurniakan dan menyantuni insan di sekeliling dengan penuh kasih sayang.
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga UNIQSAAS ππ