21/05/2026
*Lambaian Baitullah di usia muda!*๐๐ฆ๐ง
Alhamdulillah, selesai sudah Program Simulasi Haji Cilik PASTI EDUKIDS AS SHAFIE KOTASAS pada hari ini.
Program ini diadakan khusus untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang suasana, pengorbanan, dan ibadah haji yang sebenar.
Melalui aktiviti praktikal sebegini, anak-anak lebih mudah faham dan ingat.
Di kesempatan ini, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga.
Terima kasih kerana sentiasa memberikan komitmen yang luar biasa, bekerjasama rapat dengan para guru, dan memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk mendidik anak-anak soleh dan solehah ini.
Jazakumullahu Khairan Katheeran. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan ibu dan ayah dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.๐คฒ๐ปโจ๐โค๏ธ