Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG, Jalan Kemunting, 25100 Kuantan, Pahang D.Makmur Tel: 09-5155050

Senarai Perpustakaan Di Negeri Pahang:

• Perpustakaan Awam Negeri - 1
• Perpustakaan Awam Daerah - 10
• Perpustakaan Awam Cawangan - 2
• Perpustakaan Desa Pahang - 28
• Perpustakaan Desa (PNM) - 33
• Perpustakaan Bergerak (Pinjaman Kelompok)- 8
• Perpustakaan Bergerak e-Pustaka - 1

NOMBOR TELEFON PERPUSTAKAAN DAERAH :-
Kuantan (09-5155050)
Temerloh (09-2968300)
Bentong (09-22222

33)
Jerantut (09-2664613)
Raub (09-3555022)
Maran (09-4771622)
Pekan (09-4224042)
Lipis (09-3124155)
Rompin (09-4141422)
Bera (09-09-2506541)
Cameron (09-4901330)

25/08/2026
🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙Bersempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke...
25/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

Bersempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati perjuangan dan meneladani akhlak mulia Baginda.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus mekar dalam jiwa dan menjadi panduan dalam membentuk kehidupan yang berilmu, berakhlak serta penuh dengan nilai kasih sayang dan kebaikan.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Ikhlas daripada :
Pengarah dan seluruh warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.






Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.MAKLUMANPerkhidmatan perpustakaan akan DITUTUP pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempen...
24/08/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

MAKLUMAN

Perkhidmatan perpustakaan akan DITUTUP pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempena cuti umum Maulidur Rasul. Perkhidmatan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

Terima kasih.





🎭 TEATER RAJA AHMAD BUJANG DAN MERBOK HIJAU 🎭Sebuah teater cerita rakyat warisan melayu. Skrip ditulis oleh Puan Milyana...
23/08/2026

🎭 TEATER RAJA AHMAD BUJANG DAN MERBOK HIJAU 🎭

Sebuah teater cerita rakyat warisan melayu. Skrip ditulis oleh Puan Milyana binti Hj Arshad dan skrip ini telah diterbitkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di dalam buku Bukan Cinta Biasa.

Teater ini akan dipersembahkan oleh Teater Hidayah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan.

Jom kita mengembara dari sebuah Antologi Drama Skrip ke pementasan teater.

📅 6 November 2026 (Jumaat)
⏰ 8.45 malam

📅 7 November 2026 (Sabtu)
⏰ 2.30 petang & 8.45 malam

📍 Auditorium Utama, Kompleks JKKN Negeri Sembilan

🎟️ HARGA PAS MASUK
• Pelajar & OKU: RM8
• Dewasa: RM15

✨ HARGA PAKEJ
• 3 Dewasa + 2 Pelajar/OKU: RM53
• 30 Pelajar: RM6/seorang
• 30 Dewasa: RM13/seorang

🔥 Jangan lepaskan peluang mendapatkan harga EARLY BIRD!

🎟️HARGA EARLY BIRD
• Pelajar & OKU: RM6
• Dewasa: RM12

✨ HARGA PAKEJ
• 3 Dewasa + 2 Pelajar/OKU: RM40
• 30 Pelajar: RM4/seorang
• 30 Dewasa: RM10/seorang

JUALAN PAS MASUK DIBUKA: 1 SEPTEMBER 2026
🔥 EARLY BIRD: 1–12 September 2026
🎟️ HARGA BIASA: Bermula 13 September 2026

📲 Tempah pas masuk secara dalam talian melalui pautan di bio atau imbas kod QR yang tertera pada poster.

Marilah bersama-sama menyaksikan sebuah persembahan yang sarat dengan cerita, seni dan budaya Melayu.

Saksikan. Hayati. Hargai seni persembahan tempatan. 🎭













✨ SELESAI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEMARAK JAWI: HAYATI SENI KHAT "MAKMURKAN PAHANG" ✨Alhamdulillah, telah berlangsung d...
22/08/2026

✨ SELESAI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEMARAK JAWI: HAYATI SENI KHAT "MAKMURKAN PAHANG" ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Program Semarak Jawi: Hayati Seni Khat “Makmurkan Pahang”. Program ini merupakan satu usaha murni dalam memelihara serta memartabatkan warisan seni tulisan Jawi dan khat, khususnya di negeri Pahang.

Majlis telah disempurnakan oleh:
YBhg. Profesor Dr. Norahida binti Mohamed (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah - UNIQSAAS)
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada:
Encik Mohd Norshazlin bin Sa’dun (Wakil Rasmi Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang - PPAP)
Tuan Haji Wan Mohd Yusoh bin Wan Ali (Penggiat Seni Jawi & Khat)
Ustaz Masnadi bin Ahmad
Penggiat Seni Jawi & Khat dari 11 daerah
Para peserta bengkel dari UCYP, SMA Al-Ihsan, dan Pusat Pengajian Pra-Tahfiz Darul Hafidz
Pengacara Majlis, Pasukan Teknikal, Pasukan Dokumentasi PWIN, Tetamu Jemputan, serta seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga usaha membudayakan seni Jawi dan khat ini terus mekar dan memberi manfaat berpanjangan demi memakmurkan bumi Pahang.

𝗜𝘀𝘂 𝗦𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮🏎️ 𝐅𝐎𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆 ! 🇲🇾Rindu bunyi enjin, aksi di litar dan bahang perlumbaan Formula 1? Kini, Lit...
22/08/2026

𝗜𝘀𝘂 𝗦𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮

🏎️ 𝐅𝐎𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆 ! 🇲🇾

Rindu bunyi enjin, aksi di litar dan bahang perlumbaan Formula 1? Kini, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kembali membuka lembaran baharu untuk menghidupkan semula ekosistem sukan permotoran negara.

Kep**angan F1 bukan sekadar tentang perlumbaan. Ia membawa peluang untuk menyemarakkan minat generasi muda, melahirkan bakat baharu dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena permotoran antarabangsa.

🏁 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐠𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮!

Daripada pembangunan bakat dan teknologi hinggalah kepada peluang dalam industri sukan permotoran. Kebangkitan semula F1 mampu membuka lebih banyak ruang untuk anak muda mengejar impian mereka.

Adakah anda sudah bersedia melihat Sepang kembali bergemuruh? 🔥

📖 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang "kep**angan" F1 ke Sepang dan potensinya terhadap masa depan sukan permotoran Malaysia, jom baca rencana yang telah disediakan oleh Pelajar Latihan Industri UiTM Merbok: Nur Aleah Hanan binti Mat Sulaiman.






JASA PAHLAWAN, WARISAN YANG PERLU DIHARGAI 🇲🇾Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini bukan datang dengan mudah.  Ia lahir...
22/08/2026

JASA PAHLAWAN, WARISAN YANG PERLU DIHARGAI 🇲🇾

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini bukan datang dengan mudah. Ia lahir daripada pengorbanan dan keberanian para wira yang mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.

Bagaimana p**a kita sebagai generasi hari ini menghargai jasa mereka?

📖 Kenali sejarah dan perjuangan negara.
🤝 Amalkan nilai disiplin, integriti dan tanggungjawab.
🇲🇾 Semarakkan semangat patriotisme dalam kehidupan seharian.

Jom hayati rencana yang disediakan oleh Pelajar Latihan Industri: NUR ALEAH HANAN BINTI MAT SULAIMAN daripada UiTM Merbok. Kenali kisah di sebalik pengorbanan pasukan keselamatan demi Malaysia yang bebas, merdeka dan aman.





🤝 KUNJUNG HORMAT PPAP KE FELDA WILAYAH MEMPAGA19 Ogos 2026 (Rabu) | 10.00 pagi📍 FELDA Wilayah MempagaPerbadanan Perpusta...
19/08/2026

🤝 KUNJUNG HORMAT PPAP KE FELDA WILAYAH MEMPAGA

19 Ogos 2026 (Rabu) | 10.00 pagi
📍 FELDA Wilayah Mempaga

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Pengarah Wilayah, FELDA Wilayah Mempaga pada 19 Ogos 2026 (Rabu), bertempat di FELDA Wilayah Mempaga.

Kunjungan ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan situasi semasa Perpustakaan Pahang (F) Lurah Bilut, termasuk cadangan dan hasrat PPAP untuk memindahkan lokasi perpustakaan ke kawasan Felda Mempaga bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan dapat terus disediakan secara lebih berkesan dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Perbincangan turut menyentuh aspek potensi kerjasama serta kesesuaian lokasi bagi merealisasikan hasrat tersebut, di samping memastikan kesinambungan perkhidmatan perpustakaan dan akses masyarakat kepada bahan bacaan, ilmu serta pelbagai aktiviti pembelajaran.

Semoga hasil perbincangan ini dapat direalisasikan melalui kerjasama strategik antara PPAP dan FELDA Wilayah Mempaga, demi memperkukuh perkhidmatan perpustakaan serta memperluas manfaatnya kepada komuniti setempat.





‼️Karnival Buku Bera 2026‼️📚📔🩷📕📗📚Jom datang beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. 🔔🗓️ Tarikh: 2 - 6 Septemb...
17/08/2026

‼️Karnival Buku Bera 2026‼️

📚📔🩷📕📗📚

Jom datang beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. 🔔

🗓️ Tarikh: 2 - 6 September 2026 (Rabu hingga Ahad)
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 malam
📍 Tempat: Dewan Konvensyen, Majlis Daerah Bera

Nantikan 📢

♦️ Pelbagai _Genre_ Buku
♦️ Buku Tempatan & Import
♦️ Pelbagai Aktiviti Menarik
♦️ Cabutan Bertuah Setiap Hari
♦️ Jualan Makanan
♦️ Pameran Agensi
♦️ Persembahan Petrosains




Address

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG, Jalan Kemunting
Kuantan
25100

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
14:30 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+6095155050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang:

Shortcuts

Share