Institut Ilmu Darul Makmur

Institut Ilmu Darul Makmur "Membudayakan Ilmu, Memperkasakan Watan"

Jangan lupa malam ni!
21/08/2026

Jangan lupa malam ni!

๐ŸŒ™ ๐“๐€๐”๐’๐ˆ๐€๐‡ ๐ˆ๐‹๐Œ๐ˆ๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๏ทบ

Jom bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu dan menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah ๏ทบ.

๐Ÿ“… Jumaat, 21 Ogos 2026
๐Ÿ•Œ Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan
โฐ Selepas Solat Maghrib

๐ŸŽ™๏ธ Bersama:
Syeikhul Syafie Jamie Al-Azhar Fadhilatul Dr Abd Aziz As-Syahawi

โœจ Tajuk: โ€œHADIRMU MEMBAWA RAHMATโ€

Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat untuk menghayati sirah, meneladani akhlak serta memperkukuh kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

Semua dijemput hadir. Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam majlis penuh keberkatan ini. ๐Ÿค

21/08/2026

Kuliah Akidah Asyairah Siri- 6

๐Ÿ“˜ Perbahasan Sifat Ma'ani Kitab al-Hafidah (2)

๐ŸŽ™๏ธ Disampaikan oleh:
Dr Khairul Annam bin Yazid

Kitab al-Hafidah ialah sebuah karya ringkas dalam ilmu tauhid yang ditulis oleh Imam al-Sanusi, seorang tokoh besar akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaโ€˜ah beraliran Asyโ€˜ari. Kitab ini disusun dengan tujuan memelihara dan menjaga akidah umat Islam, khususnya bagi mereka yang baru mempelajari ilmu tauhid.

Melalui pengajian ini, kita akan menelusuri perbahasan asas ketuhanan dan kenabian melalui pengenalan sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah SWT, dengan dalil dan bukti ringkas bagi setiap sifat. Walaupun ringkas, kandungannya sesuai untuk meneguhkan akidah dan jati diri seorang Muslim serta menjadi benteng penting dalam menghadapi kekeliruan pemikiran semasa.

Semoga pengajian ini menjadi wasilah untuk kita memperkukuh keyakinan, meluruskan pegangan dan meneguhkan hati dalam aqidah yang benar. Mudah-mudahan setiap langkah kita dalam menuntut ilmu ini dikira sebagai amal soleh yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

โ€œMEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATANโ€







Siri 15 : Tokoh Keilmuan dan Peradaban Islam'ABD AL-QAHIR AL-BAGHDADISeorang ulama Islam terkenal yang menguasai bidang ...
21/08/2026

Siri 15 : Tokoh Keilmuan dan Peradaban Islam

'ABD AL-QAHIR AL-BAGHDADI

Seorang ulama Islam terkenal yang menguasai bidang akidah, fiqh, usul fiqh, matematik dan ilmu-ilmu bahasa. Beliau bermazhab Syafiโ€˜i dalam fiqh dan merupakan tokoh penting dalam aliran Asyโ€˜ariyyah.

Beliau berasal dari Baghdad dan kemudiannya banyak mengembangkan ilmu di Naisabur. Al-Baghdadi dikenali sebagai seorang ilmuwan yang luas pengetahuannya serta aktif membela dan menjelaskan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Antara sumbangan penting beliau ialah menghuraikan perbezaan antara pelbagai aliran pemikiran dan menjelaskan kedudukan akidah Islam berdasarkan pendekatan Asyโ€˜ariyyah.

Antara karya beliau yang paling terkenal ialah al-Farq bayn al-Firaq, yang membincangkan pelbagai golongan dan aliran dalam Islam, serta Usul al-Din, yang membahaskan asas-asas akidah Islam. Karya-karya beliau menjadi rujukan penting dalam bidang akidah dan sejarah pemikiran Islam.

Tokoh ilmuwan yang mempunyai pengaruh besar dalam perkembangan ilmu akidah dan pemikiran Islam. Keilmuan serta karya beliau terus menjadi rujukan dalam pengajian Islam hingga kini.

"MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN"












21/08/2026

Sesi Tutorial Fiqh al-Watan | Episod 4

Mengapa sistem kesultanan lebih bertahan lama dalam memelihara kestabilan agama dan negara? ๐Ÿค”

Jom tonton kupasan menarik dalam Siri Tutorial Siasah Syar'iyyah Kesultanan Melayu Islam! Kupasan eksklusif membongkar asal-usul pentadbiran beraja, peranan ulama dan umarak, serta rujukan kitab-kitab turath muktabar.

"MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN"












20/08/2026
Pahang bakal menerima kunjungan ulama besar dari Mesir, Shaykh al-Shafi'iyyah al-'Allamah al-Shaykh Abdul Aziz al-Shahaw...
20/08/2026

Pahang bakal menerima kunjungan ulama besar dari Mesir, Shaykh al-Shafi'iyyah al-'Allamah al-Shaykh Abdul Aziz al-Shahawi.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama beliau dalam siri Ziarah Ilmiah di seluruh Pahang bermula 21 hingga 24 Ogos 2026. Sila semak lokasi dan masa untuk setiap majlis ilmu:

๐Ÿ—“ 21 Ogos 2026 (Jumaat)
โฐ 7:00 Malam: Kuliah Maghrib di Masjid Negeri Sultan Ahmad I

๐Ÿ—“ 22 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ 9:00 Pagi: Wacana Keilmuan Mazhab Syafie bersama IIDM
โฐ 7:00 Malam: Majlis Bersama Pelajar Ribat Al-Mustafa, Sg. Karang

๐Ÿ—“ 23 Ogos 2026 (Ahad)
โฐ 10:00 Pagi: Perhimpunan Umat Islam (Ijtima') di Madrasah Tahfiz Raudhatul Iman, Kuantan

โฐ 7:00 Malam: Bacaan Burdah Mingguan di Masjid Tengku Mahkota Hassanal

๐Ÿ—“ 24 Ogos 2026 (Isnin)
โฐ 9:00 Pagi: Daurah Matan Sittin Masalah di Dewan Hotel Seri Malaysia, Temerloh

Rujuk poster untuk maklumat lanjut. Sebarkan hebahan ini agar manfaat ilmu dapat dikecapi bersama.

'i 'lim

HEBAHAN | WACANA KEILMUAN BERSAMA AL-SYAYKH AL-โ€˜ALLAMAH ABDUL AZIZ AL-SHAHAWIInstitut Ilmu Darul Makmur (IIDM) dengan su...
20/08/2026

HEBAHAN | WACANA KEILMUAN BERSAMA AL-SYAYKH AL-โ€˜ALLAMAH ABDUL AZIZ AL-SHAHAWI

Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) dengan sukacitanya membuka ruang kepada seluruh ahbab, para asatizah, penuntut ilmu dan masyarakat Pahang untuk mengikuti siri kunjungan dan pengajian Shaykh al-Shafi'iyyah, al-Shaykh al-โ€˜Allamah Abdul Aziz al-Shahawi, seorang tokoh dalam tradisi keilmuan Mazhab al-Syafiโ€˜i dari Mesir.

Sepanjang keberadaan Syeikh di Pahang, beberapa sesi keilmuan akan diadakan, termasuk bacaan kitab Kashf al-Ghummah โ€˜an Taqlid al-Aโ€™immah (ูƒุดู ุงู„ุบู…ุฉ ุนู† ุชู‚ู„ูŠุฏ ุงู„ุฃุฆู…ุฉ) yang membicarakan dan menyingkap kekeliruan berkaitan persoalan taqlid kepada para imam mazhab.

๐Ÿ“– Sesi Bacaan Kitab
ูƒุดู ุงู„ุบู…ุฉ ุนู† ุชู‚ู„ูŠุฏ ุงู„ุฃุฆู…ุฉ
โ€œMenyingkap Kekeliruan Mengenai Taqlid kepada Para Imam Mazhabโ€

Bagi memberi ruang kepada lebih ramai masyarakat mengikuti pengajian ini, sesi tersebut turut akan disiarkan secara langsung melalui Facebook Rasmi Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM).

Bagi para ahbab dan penuntut ilmu yang ingin mengikuti perkembangan Syeikh dengan lebih dekat, IIDM turut menyediakan kumpulan whatsapp khas yang terbuka kepada semua. Dalam kumpulan ini, inshaAllah akan dikongsikan bahan-bahan berkaitan Syeikh seperti video pengajian, slaid pembentangan, biodata Syeikh, jadual dan tentatif semasa keberadaan Syeikh, serta maklumat sesi-sesi keilmuan yang akan berlangsung.

Kumpulan ini juga akan menjadi ruang untuk para ahbab mengesahkan kehadiran dan berinteraksi berkaitan sesi-sesi yang akan diadakan.

๐Ÿ”— Sertai kumpulan maklumat & perkembangan Syeikh:
https://chat.whatsapp.com/Gv3JgJLVeGPK63WtytsDbo?s=cl&p=i&mlu=0&ilr=0

Marilah kita manfaatkan kesempatan ini untuk bersama-sama mendekati para ulama, menghidupkan majlis ilmu dan menyambung mata rantai tradisi keilmuan Islam yang telah diwarisi daripada generasi ke generasi.

"Fiqh al-Watan Memaknai 556 Tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang"









MAKLUMAN KULIAH FIQH AL-WATANุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Fiqh al-Watan mer...
20/08/2026

MAKLUMAN KULIAH FIQH AL-WATAN

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Fiqh al-Watan merupakan satu pendekatan yang menerapkan kefahaman mendalam terhadap ilmu Fardu Ain yang merangkumi Tauhid, Fiqh dan Tasawuf sebagai teras pembinaan peradaban Islam Pahang.

Pembinaan jati diri sebagai hamba Allah SWT melalui penguasaan ilmu Fardu Ain menjadi asas kepada kekuatan diri. Seterusnya, kefahaman tersebut dikembangkan kepada tanggungjawab Fardu Kifayah dalam aspek kenegaraan yang merangkumi institusi Kesultanan, adat resam dan pemeliharaan alam sekitar, demi memperkukuhkan kesejahteraan ummah dan negara.

Sehubungan itu, muslimin dan muslimat dijemput menghadiri Kuliah Fiqh al-Watan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ•Œ Pengkuliah:
Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zulhilmi Zakwan bin Abd Rahman @ Bokhori
Felo Muda Fiqh al-Watan, Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM)
๐Ÿ“… Tarikh/Hari:
21 Ogos 2026 (Jumaat)
08 Rabiul Awwal 1448H
๐Ÿ“ Tempat:
Masjid Kg Chendor, Kuantan

Semoga kehadiran kita menjadi medan menambah ilmu, mengukuhkan kefahaman agama serta menyemai kecintaan terhadap agama, bangsa dan negeri.

"Fiqh al-Watan memaknai 556 tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang."

Semua dijemput hadir.

Siri 14: Tokoh Keilmuan dan Peradaban IslamABU ISHAQ AL-SHIRAZI(1003โ€“1083M / 393โ€“476H)Seorang ulama besar dalam mazhab S...
20/08/2026

Siri 14: Tokoh Keilmuan dan Peradaban Islam
ABU ISHAQ AL-SHIRAZI
(1003โ€“1083M / 393โ€“476H)

Seorang ulama besar dalam mazhab Syafi'i yang sangat terkenal dalam bidang fiqh (hukum Islam) dan usul fiqh.

Melalui karya-karya seperti Al-Muhadhzab, Al-Tanbih, dan Al-Luma', beliau memainkan peranan penting dalam menyusun dan mengembangkan ilmu fiqh secara sistematik. Sumbangannya menjadikan beliau antara tokoh yang paling dihormati dalam sejarah perundangan Islam.

"MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN"












19/08/2026

MAKLUMAN KULIAH FIQH AL-WATAN

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Fiqh al-Watan merupakan satu pendekatan yang menerapkan kefahaman mendalam terhadap ilmu Fardu Ain yang merangkumi Tauhid, Fiqh dan Tasawuf sebagai teras pembinaan peradaban Islam Pahang.

Pembinaan jati diri sebagai hamba Allah SWT melalui penguasaan ilmu Fardu Ain menjadi asas kepada kekuatan diri. Seterusnya, kefahaman tersebut dikembangkan kepada tanggungjawab Fardu Kifayah dalam aspek kenegaraan yang merangkumi institusi Kesultanan, adat resam dan pemeliharaan alam sekitar, demi memperkukuhkan kesejahteraan ummah dan negara.

Sehubungan itu, muslimin dan muslimat dijemput menghadiri Kuliah Fiqh al-Watan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ•Œ Pengkuliah:
Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zulhilmi Zakwan bin Abd Rahman @ Bokhori
Felo Muda Fiqh al-Watan, Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM)

๐Ÿ“… Tarikh/Hari:
19 Ogos 2026 (Rabu)
05 Rabiul Awwal 1448H
๐Ÿ“ Tempat:
Masjid Kg Soi, Tanjung Lumpur, Kuantan

Semoga kehadiran kita menjadi medan menambah ilmu, mengukuhkan kefahaman agama serta menyemai kecintaan terhadap agama, bangsa dan negeri.

"Fiqh al-Watan memaknai 556 tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang."

Semua dijemput hadir.

Address

Mahkota Square , Jalan Mahkota
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095132101

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Ilmu Darul Makmur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Ilmu Darul Makmur:

Shortcuts

Share