27/05/2026
🌙 Kelebihan Besar 10 Hari Awal Zulhijjah 🌙
Rasulullah SAW memberikan gambaran tentang
keistimewaan 10 hari awal Zulhijjah.
Rasulullah bersabda: “Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik berbanding amalan pada 10 hari ini (10 hari awal Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “Jihad juga tidak?” Jawab Baginda: “Jihad juga tidak, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya lalu dia syahid dan tidak kembali lagi.”
(Sahih al-Bukhari, no. 969)