18/09/2026
🌸✨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK PERMATANG BADAK 2026 ✨🌸
Alhamdulillah, selesai sudah program Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Permatang Badak 2026 yang berlangsung pada pagi ini, 18 September 2026 (Jumaat). 🤍🌹
Majlis pada pagi yang penuh barakah ini diserikan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Mahpuz bin Mustafa dari SK Padang Garuda. 🎙️📖✨
🌙💖 “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” 💖🌙
Semoga perkongsian dan pengisian yang disampaikan dapat menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW serta menjadi inspirasi buat seluruh warga SK Permatang Badak untuk menghayati akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. 🥰🌹🕌
Terima kasih kepada semua guru, AKP dan murid-murid yang bersama-sama menjayakan program pada hari ini. 👏🏻🤍🌸
Semoga majlis ini menjadi satu kenangan indah dan penuh keberkatan buat kita semua. 🌷✨
💚 Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad 💚