09/08/2026
🌸 HARI PELAPORAN REKOD PERKEMBANGAN & PENCAPAIAN MURID PASTI UMAR AL-KHATTAB, CENDERAWASIH 🌸
Alhamdulillah, telah berlangsung Hari Pelaporan Rekod Perkembangan & Pencapaian Murid PASTI Umar Al-Khattab, Cenderawasih pada 29 & 30 Julai 2026. 🤍
Program ini menjadi ruang pertemuan antara guru-guru dan ibu bapa bagi berkongsi perkembangan, pencapaian serta kemajuan anak-anak sepanjang sesi persekolahan. 📚✨
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang hadir, memberikan kerjasama dan sentiasa prihatin terhadap perkembangan anak-anak. Sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa amat bermakna dalam membantu membentuk anak-anak yang berilmu, berakhlak dan cemerlang. 🌷
Semoga segala usaha dan kerjasama antara guru dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi melahirkan Generasi Rabbani yang soleh dan solehah, insya-Allah. 🤲🏻💚
PASTI Umar Al-Khattab, Cenderawasih
🌱 Membina Generasi Rabbani 🌱