Pasti Ibnu Khaldun, Chengal Lempong

Pasti Ibnu Khaldun, Chengal Lempong PASTI cemerlang,ISLAM gemilang we

starts operating on january 2005.currently have 180 students from 4,5 and 6 years old.have 9 classes under 11 teachers and 2 assistants.

🤝 PENGLIBATAN GURU PASTI DALAM PROGRAM PN TERAJU PAHANG (PTP)Guru-guru PASTI Ibnu Khaldun telah menyertai Program PN Ter...
28/07/2026

🤝 PENGLIBATAN GURU PASTI DALAM PROGRAM PN TERAJU PAHANG (PTP)

Guru-guru PASTI Ibnu Khaldun telah menyertai Program PN Teraju Pahang (PTP) yang berlangsung di UDM Balok Baru.

Dalam program ini, guru-guru membantu melaksanakan tugasan VCC serta membuat panggilan kepada para pengundi bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mereka terhadap pencapaian YB ANDANSURA sebagai ADUN Beserah.

Penyertaan ini memberi pengalaman yang bermakna kepada guru-guru dalam menyumbang tenaga dan bekerjasama menjayakan program kemasyarakatan.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan memberi manfaat kepada masyarakat dan dipermudahkan segala urusan.

🌿🚶‍♀️ BRISKWALK FLORA & FAUNA BERSAMA MASYARAKAT SETEMPATTahniah dan syabas kepada guru-guru PASTI Ibnu Khaldun yang tur...
28/07/2026

🌿🚶‍♀️ BRISKWALK FLORA & FAUNA BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT

Tahniah dan syabas kepada guru-guru PASTI Ibnu Khaldun yang turut memeriahkan Program Briskwalk Flora & Fauna bersama masyarakat setempat di Kampung Beserah.

Program yang dianjurkan oleh Ameerah Kawasan Indera Mahkota ini turut disertai oleh beberapa orang guru PASTI Ibnu Khaldun yang juga merupakan ahli Ameerah. Penyertaan ini mencerminkan komitmen guru-guru bukan sahaja dalam mendidik anak-anak di PASTI, malah turut aktif menyumbang dalam program kemasyarakatan.

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan ukhuwah, menyemai budaya hidup sihat serta mengukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini menjadi amal soleh yang berterusan. 💚

Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan BSBJ 2026❤️Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlib...
20/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan BSBJ 2026❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa, doa, sokongan dan pengorbanan kalian amat bermakna sepanjang perjalanan ini.

Segala penat lelah akhirnya menjadi satu kenangan yang cukup indah. Semoga segala usaha kita diterima sebagai amal kebaikan.

Insya-Allah, jika dipanjangkan usia dan diberikan kesempatan, kita akan berjuang lagi pada tahun hadapan dengan semangat yang lebih kuat💪

Semoga dipermudahkan segala urusan.🤲

17/07/2026

Debaran Kian Terasa.. Selamat Berjuang anak2 BJ PASTI PAHANG

16/07/2026
PASTI Ibnu Khaldun Chengal Lempong mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 6 pemain Bola Jaring yang telah berjaya te...
10/07/2026

PASTI Ibnu Khaldun Chengal Lempong mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 6 pemain Bola Jaring yang telah berjaya terpilih untuk mewakili Negeri Pahang ke Kejohanan Bola Jaring & Bola Sepak PASTI Malaysia yang akan berlangsung pada 18–19 Julai di Negeri Sembilan.

Senarai pemain yang terpilih:

1. Nur Sofiyya Imtinan binti Mohamad Syahir

2. Nur Airis Amanda binti Mohd Sabri

3. Nur Aleesa Safiyyah binti Abdul Warith

4. Aleena Arissa binti Muhamad Azmil Suhairie

5. Nur Falisha Azzahra binti Muhammad Nazron

6. Fathimah binti Sawaludin

Alhamdulillah, kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin serta semangat juang yang tinggi. Semoga anak-anak terus diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan mampu mempamerkan aksi terbaik di pentas kebangsaan.

Terima kasih juga diucapkan kepada para jurulatih, guru-guru, pengurusan PASTI serta ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang dan sumber semangat buat anak-anak.

Selamat berjuang buat wirawati kecil Pahang! 🖤🤍
Semoga pulang membawa kejayaan dan mengharumkan nama Negeri Pahang serta PASTI Ibnu Khaldun Chengal Lempong.




Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kontinjen Indera Mahkota atas kejayaan merangkul Johan Bola Jari...
05/07/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kontinjen Indera Mahkota atas kejayaan merangkul Johan Bola Jaring dan Naib Johan Bola Sepak.

Tahniah dan syabas juga buat 7 pemain bola jaring daripada PASTI Ibnu Khaldun yang telah memberikan komitmen, semangat juang dan persembahan terbaik sepanjang kejohanan. Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha, latihan dan kesungguhan kalian semua.

Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada pihak pengurusan PASTI, para jurulatih, guru pengiring serta guru-guru yang sentiasa memberikan sokongan, bimbingan dan doa sepanjang perjalanan pasukan ini.

Tidak dilupakan juga buat semua ibu bapa, terima kasih atas kepercayaan, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus. Doa kalian adalah senjata paling ampuh yang mengiringi setiap langkah anak-anak menuju kejayaan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat. Kalian memang hebat! ♥️🏆

Alhamdulillah, selesai sudah majlis meraikan anak-anak BSBJ PASTI Ibnu Khaldun.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan te...
03/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah majlis meraikan anak-anak BSBJ PASTI Ibnu Khaldun.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan PASTI, barisan guru-guru serta semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan kerjasama yang diberikan menjadi amal soleh serta diberkati Allah SWT. Tahniah sekali lagi buat anak-anak BSBJ. Teruskan berusaha, bersemangat dan semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. 💜

21/06/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Kawasan Indera Mahkota.

Bagi pasukan bola sepak, rezeki masih belum menyebelahi kita pada kali ini. Namun, anak-anak semua telah memberikan yang terbaik di atas padang. Jangan bersedih kerana kalian bukan kalah, sebaliknya sedang belajar dan mengumpul pengalaman berharga untuk melakar kejayaan yang lebih manis pada masa akan datang. Setiap peluh yang menitis, setiap usaha yang dicurahkan dan setiap semangat yang ditunjukkan adalah satu kemenangan yang tidak ternilai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir memberikan sokongan, doa dan semangat sepanjang kejohanan berlangsung. Kehadiran dan sokongan anda menjadi kekuatan buat anak-anak dan pasukan kami.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan PASTI, JIBG PASTI, guru-guru serta jurulatih yang telah bertungkus-lumus melatih dan membimbing anak-anak. Semua pihak telah memberikan komitmen dan kerjasama yang luar biasa demi memastikan yang terbaik buat pasukan.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal soleh serta diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah, kita akan kembali lebih kuat, lebih bersedia dan terus melangkah dengan semangat yang tidak pernah pudar. 💜⚽🤲🏻🏆

Address

Pasti Ibnu Khaldun Chengal Lempong, Lot 5715, Jalan Chengal Lempong, Kg Sg Karang
Kuantan
26100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Ibnu Khaldun, Chengal Lempong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category