09/05/2024
Akhirnya sudah diisytiharkan tarikh pengumuman keputusan SPM 2023. Bertambahlah degupan jantung calon-calon SPM 2023. Kami di Kolej Poly-Tech MARA Kuantan juga semakin giat dengan rancangan promosi dan kempen.
Apa yang kami usahakan ini adalah dengan tujuan utama nya menyampaikan maklumat sebenar yang sepatutnya disampaikan kepada para lepasan SPM.
Bagi ibu-bapa yang berpendapatan rendah dan sederhana, sudah tentu lah faktor kos pengajian yang rendah dan ada bantuan kewangan menjadi sebab utama mereka memilih institusi pengajian tersebut sebagai pilihan utama.
KPTM sebagai salah satu dari anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk tajaan kepada para pelajar yang belajar di KPTM yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Bantuan kewangan yang terdiri dari wang pendahuluan sebanyak RM2,000 boleh dipohon sebelum mendaftar sebagai pelajar. Ini membantu pelajar membeli keperluan-keperluan yang akan diguna semasa belajar. Wang pendahuluan ini hanya dibuka kepada bakal pelajar KPTM dan Institusi-institusi Pengajian MARA sahaja.
Selain dari itu tajaan MARA kepada mereka yang layak akan mendapat wang elaun bulanan sebanyak RM730 setiap bulan dan bayaran yuran pengajian sepanjang tempoh 2 tahun 4 bulan pengajian mereka di KPTM.
Permohonan boleh dibuat sebaik sahaja keputusan SPM 2023 diumumkan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada mana-mana kakitangan KPTM khususnya bahagian pemasaran.