04/04/2026
Calon terbaik SPM 2025 SMK Teluk Chempedak. Tahniah.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HEM SMK Teluk Chempedak Kuantan, High School, SMK Teluk Chempedak, Kuantan.
04/04/2026
Calon terbaik SPM 2025 SMK Teluk Chempedak. Tahniah.
04/04/2026
Siti Nurhidayah binti Abdullah, murid Tingkatan 5 SMK Teluk Chempedak antara 5 murid yang menerima bantuan khas daripada YAB Perdana Menteri dalam program Himpunan Anak Pahang Madani. Terima kasih PMX.
27/03/2026
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) disaran untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta melaksanakan langkah-langkah sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas susulan pembukaan semula sekolah selepas tamat Cuti Penggal 1.
Pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas hendaklah diberikan berdasarkan keperluan serta situasi semasa di institusi masing-masing.
KPM komited memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya sentiasa terpelihara.
Tahun Ini, Tahun Kita
27/03/2026
27 MAC 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)
KPM MENJUNJUNG TITAH KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN MURID DALAM KEADAAN CUACA PANAS TERPELIHARA
Kementerian Pendidikan (KPM) merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memastikan aspek keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah dalam keadaan cuaca panas terpelihara.
Tahun Ini, Tahun Kita
19/02/2026
18 Februari 2026 | Putrajaya
Peringatan buat semua. Kita semua bertanggungjawab untuk jadikan institusi pendidikan tempat yang selamat untuk menimba ilmu. Bersama perangi Buli dan Gangguan Seksual.
14/02/2026
Sekolah akan dibuka semula pada 23 Februari 2026.
12/02/2026
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan menyeru semua warga sekolah untuk bersama-sama mencegah dan membanteras salah laku buli demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, sejahtera dan manusiawi.
🚫 HENTIKAN SALAH LAKU BULI
Buli bukan gurauan. Ia memberi kesan emosi dan mental jangka panjang kepada mangsa.
Laporkan segera melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
💙 Sekolah Selamat, Murid Sejahtera
08/02/2026
Ramai orang sangka “aku okay je”, sebab hidup masih jalan. Tapi badan ada cara dia sendiri untuk bisik bila sesuatu tak cukup.
Bangun pagi letih, petang mengantuk. Bibir rekah tak habis-habis. Luka kecil lambat baik. Kebas hujung jari datang pergi. Lenguh otot macam badan tak sempat pulih. Kadang-kadang bukan sebab malas. Kadang-kadang badan tengah minta cukupkan semula.
Yang buat kita selalu terlepas pandang, gejala kekurangan vitamin ni nampak macam benda biasa. Tapi bila ia berulang setiap minggu, itu tanda badan sedang “berjimat”, ambil yang penting dulu, yang lain dia korbankan perlahan-lahan.
Cuba ingat simptom yang paling kerap jadi pada anda:
‼️ Mata cepat kering, rabun malam, mudah jatuh sakit mungkin berkait dengan Vitamin A.
‼️ Kebas, mudah letih, rasa blur dan susah fokus kadang-kadang berkait dengan B12.
‼️ Gusi mudah berdarah, mudah lebam, luka lambat sembuh sering dikaitkan dengan Vitamin C.
‼️ Lenguh otot, sakit tulang, cepat penat walau tidur cukup boleh berkait dengan Vitamin D.
‼️Pucat, pening, cepat penat boleh berkait dengan folat (B9) atau kumpulan B lain.
Langkah paling selamat bukan terus beli suplemen. Mulakan dengan pinggan yang lebih “berisi”.
✅ Sayur hijau dan kekacang untuk B9.
Ikan, telur, susu untuk B12.
✅ Buah dan sayur segar macam jambu batu, limau, brokoli untuk Vitamin C.
✅ Ikan berlemak, kuning telur, dan pendedahan matahari sekejap-sekejap untuk Vitamin D.
✅ Lobak, labu, ubi dan sayur hijau untuk Vitamin A.
Kalau anda sudah lama rasa badan “tak macam dulu”, itu bukan lemah. Itu mesej. Boleh mula kecil dulu, satu perubahan sehari. Dan kalau gejala makin kuat atau mengganggu hidup, berbincanglah dengan doktor atau petugas kesihatan yang anda percaya, supaya puncanya jelas dan rawatan tepat.
Public Health Malaysia
06/02/2026
Semakan Keputusan Rayuan Tahun 2026 kini dibuka bagi kemasukan ke:
• Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
• Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
• Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Semakan boleh dibuat mulai 6 hingga 10 Februari 2026 melalui pautan berikut:
🔹 Murid sekolah KPM
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
🔹 Murid sekolah swasta tidak berdaftar dengan KPM
Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1
Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4
Sila buat semakan dalam tempoh yang ditetapkan. Semoga berjaya. 📌
Tahun Ini, Tahun Kita
06/02/2026
Majlis Penyerahan fail Mentor mentee 2026.
05/02/2026
Kursus Kepimpinan Murid Fasa 1 2026. Perasmian penutup oleh Puan Surya Bt Rahmat, Pengetua SMKTC.