Ketua Pegawai Eksekutif MTNP

Ketua Pegawai Eksekutif MTNP Laman Facebook Rasmi Ketua Pegawai Eksekutif MTNP

05/09/2024
30/07/2024

DAULAT TUANKU
MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SULTAN DAN RAJA PEMERINTAH BAGI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SERTA SEGALA JAJAHAN TAKLUKNYA

SEMPENA MEMULIAKAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG KE-65 KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG

SEMBAH TAKZIM DARIPADA PENGERUSI DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SERTA SELURUH WARGA MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG DAN KUMPULAN.


Pagi ini menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM yang dirasmikan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Men...
14/07/2024

Pagi ini menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM yang dirasmikan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.

Alhamdulillah MTNP dinobatkan dengan Anugerah Kecemerlangan Institusi (pengurusan & kecemerlangan akademik) serta 4 pelajar MTNP menggondol anugerah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Anugerah Pengerusi Lembaga Darul Quran.

Setinggi tahniah buat semua graduan.

Selesai urusan di ibu pejabat MARA saya kemudiannya ke Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. ...
24/06/2024

Selesai urusan di ibu pejabat MARA saya kemudiannya ke Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Kunjungan kami disambut oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi sendiri, Tuan Haji Mohd Kassim bin Haji Jaafar dan pegawai-pegawai kanan Matrikulasi KPM.

Alhamdulillah, hasil perbincangan merumuskan beberapa persetujuan dasar kolaborasi antara MTNP dan Bahagian Matrikulasi KPM khususnya berkaitan laluan pengajian pelajar MTNP ke luar negara.

Mengiringi Dato Indera Mahmud mengadakan kunjung hormat kepada Pengerusi MARA, Dato Dr Asyraf Wajdi bin Dato Dusuki di i...
24/06/2024

Mengiringi Dato Indera Mahmud mengadakan kunjung hormat kepada Pengerusi MARA, Dato Dr Asyraf Wajdi bin Dato Dusuki di ibu pejabat MARA KL. Semoga pelajar-pelajar dibawah kump**an MTNP mendapat manfaat peluang penajaan dan menyambung pengajian ke institusi milik MARA termasuklah ke luar negara.

20/06/2024
Selepas maghrib tadi saya ambil kesempatan sekejap menziarahi rumah 2 guru MTNP yang rosak (tercabut atap) akibat diland...
14/06/2024

Selepas maghrib tadi saya ambil kesempatan sekejap menziarahi rumah 2 guru MTNP yang rosak (tercabut atap) akibat dilanda ribut petang tadi. Seraya menyampaikan sedikit sumbangan dari Kelab Kebajikan MTNP. Semoga Allah berikan kesabaran kepada Cikgu Hasniza dan Ustazah Zaimah atas musibah melanda.

Ketika diuji musibah, kita diajar berdoa ;
اللهم أجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها

Pada hari ini juga dapat saya melancarkan Program Mentor Mentee bagi pelajar tingkatan 5 MTNP, calon-calon SPM 2024. Sem...
14/06/2024

Pada hari ini juga dapat saya melancarkan Program Mentor Mentee bagi pelajar tingkatan 5 MTNP, calon-calon SPM 2024. Semoga program yang dijalankan saban tahun ini dapat berjalan dengan baik serta mencapai objektifnya.

Berbanyak-banyak terima kasih kepada semua atas kiriman doa dan ucapan yang disampaikan hari ini. Penghargaan juga kepad...
14/06/2024

Berbanyak-banyak terima kasih kepada semua atas kiriman doa dan ucapan yang disampaikan hari ini. Penghargaan juga kepada Kelab Kebajikan MTNP yang menganjurkan majlis sambutan ringkas pada pagi tadi. Moga Allah berkati semua.

Mengiringi CEO Yayasan Pahang, Dato Indera Mahmud b. Mohd Nawawi pagi tadi ke IKIMfm bagi berkongsi sedikit cerita kejay...
07/06/2024

Mengiringi CEO Yayasan Pahang, Dato Indera Mahmud b. Mohd Nawawi pagi tadi ke IKIMfm bagi berkongsi sedikit cerita kejayaan MTNP dalam SPM baru-baru ini. Moga-moga bermanfaat buat semua para pendengar.

Seterusnya saya hadir p**a menerima anugerah bagi pihak MTNP di Majlis Penyampaian Insentif Pencapaian SPM & STPM 2022 N...
06/06/2024

Seterusnya saya hadir p**a menerima anugerah bagi pihak MTNP di Majlis Penyampaian Insentif Pencapaian SPM & STPM 2022 Negeri Pahang disampaikan oleh YB Dato Sri Ir. Hj. Mohd Soffi, Exco Kanan Kerajaan Negeri wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang serta Jabatan Pendidikan Negeri Pahang atas pengiktirafan ini. Tahniah kepada semua warga MTNP serta pelajar-pelajar SPM batch 2022.

Address

Kampus Maahad Tahfiz Negeri
Kuantan
26060

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketua Pegawai Eksekutif MTNP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ketua Pegawai Eksekutif MTNP:

Shortcuts

Share