30/07/2026
Alhamdulillah. โค๏ธ
Perjalanan yang penuh dengan keringat, pengorbanan, air mata, gelak tawa dan doa akhirnya membuahkan hasil.
SK Sungai Isap Murni, Kuantan yang mewakili Negeri Pahang berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Teater Sekolah Rendah dalam Festival Lakon & Layar Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2026 bertempat di Melaka pada 27 - 30 Julai 2026.
Lebih bermakna, ini merupakan kali pertama Negeri Pahang berjaya meraih podium dalam acara Teater Sekolah Rendah di festival ini.
Tiada kejayaan datang dengan mudah. Di sebalik trofi ini ada murid-murid yang sanggup berlatih tanpa jemu, guru-guru yang berkorban masa dan tenaga, ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, serta doa daripada ramai insan yang sentiasa mengiringi langkah kami.
Terima kasih kepada semua yang percaya dengan kemampuan anak-anak ini. Kejayaan ini bukan milik kami semata-mata, tetapi milik seluruh warga pendidikan Negeri Pahang.
Buat anak-anak SIMPS Production, ingatlah... kemenangan bukan penamat, tetapi permulaan kepada impian yang lebih besar.
Tahniah semua. Pahang akhirnya berdiri di podium. ๐๐โค๏ธ