12/11/2024
PRA-PENDAFTARAN SPKG 50T 2024 | MRSM Kuantan
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh SPKG 2024 | MRSM Kuantan akan dilaksanakan pada:
Tarikh : 23hb - 24hb November 2024
Hari : Sabtu - Ahad
Tempat : MRSM Kuantan
Mengangkat Tema Connecting Kuatagh, Sekretariat Sireh Pulang ke Gagang (SPKG) 2024 sekali lagi menjemput warga Kuatagh dari Batch K78 sehingga Batch K23 ke SPKG 50T 2024 MRSM Kuantan dalam suasana sambutan Jubli Emas MRSM Kuantan ke-50 Tahun.
Pelbagai program akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah untuk julung kalinya Program โMock Interviewโ bersama panel yang terdiri daripada barisan Kuatagh selain daripada program perkongsian karier, karnival universiti, minum petang bersama guru-guru serta warga MRSM Kuantan, sesi Townhall, LDK beserta riadah bersama pelajar.
Dengan ini, marilah sama-sama kita menjayakan program-program ini dengan mendaftar sekarang.
Link Pendaftaran disini :-
https://forms.gle/aHqSw89LED4qbgZu5
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran sila hubungi Amirul Mukmin K15 di talian 019-939 3790
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Program sila hubungi Fanie Lychee K08 di talian 014-8116949
Salam Hormat, Connecting K.