Unit Pembangunan Bakat Murid -Kokurikulum, JPN Pahang

Unit Pembangunan Bakat Murid -Kokurikulum, JPN Pahang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Pembangunan Bakat Murid -Kokurikulum, JPN Pahang, Education Website, Jabatan Pendidikan Negeri, Kuantan.

Photos from Unit Pembangunan Bakat Murid -Kokurikulum, JPN Pahang's post 27/07/2025
Photos from Unit Pembangunan Bakat Murid -Kokurikulum, JPN Pahang's post 27/07/2025

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2025
Saringan 18 Pasukan (terbuka)
17-18 Jun 2025
Aplikasi Zoom
Peringkat Saringan melibatkan 18 pasukan yang telah berdaftar telah berlangsung secara dalam talian. 8 pasukan telah dipilih untuk mara ke pusingan seterusnya. 10 orang murid telah dipilih untuk mendapat anugerah Overall Best Debater Award.
Peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir
24-25 Jun 2025
SMK Padang Garuda
8 pasukan telah layak ke pusingan ini iaitu
•⁠ ⁠SMK Katholik, Bentong
•⁠ ⁠⁠SMK Bandar Kerayong, Bera
•⁠ ⁠⁠SMK Triang, Bera
•⁠ ⁠⁠SMK Alor Akar, Kuantan
•⁠ ⁠⁠SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan
•⁠ ⁠⁠SMJK Tanah Puteh, Kuantan
•⁠ ⁠⁠SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan
•⁠ ⁠⁠SMK Seri Raub
Pertandingan akhir telah menemukan pasukan SMK Alor Akar dan SMK Seri Raub yang telah bertandingan dengan sengit. Muhammad Irfan bin Zulkifli dari SMK Alor Akar telah dinobatkan sebagai Final Best Debater dan pasukan SMK Alor Akar sekali lagi telah muncul Johan pada tahun ini.
Terima kasih SMK Padang Garuda sebagai pengelola bersama PPD Kuantan di atas kerjasama yang diberikan.
Pemilihan pasukan negeri akan dilaksanakan nanti untuk membentuk pasukan yang akan mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Ogos 2025 di Institut Aminudddin Baki Cawangan Genting Highlands yang mana akan dikelolakan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, JPN Pahang.

Photos from Unit Pembangunan Bakat Murid -Kokurikulum, JPN Pahang's post 27/07/2025

PERTANDINGAN DEBAT GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2025

22-24 JULAI 2025
SJK (C) KHEE CHEE, TEMERLOH
ANJURAN UNIT PEMBANGUNGAN BAKAT MURID, JPN PAHANG DENGAN KERJASAMA PPD TEMERLOH

Sebanyak 14 pasukan daripada 8 daerah telah mendaftarkan diri untuk pertandingan ini bagi tahun ini. 14 sekolah tersebut adalah :
•⁠ ⁠SMK Bentong, Bentong
•⁠ ⁠⁠SMA Persekutuan Bentong, Bentong
•⁠ ⁠⁠SMK FELDA Purun, Bera
•⁠ ⁠⁠SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut
•⁠ ⁠⁠SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan
•⁠ ⁠⁠SMK Alor Akar, Kuantan
•⁠ ⁠⁠SBP Integrasi Kuantan
•⁠ ⁠⁠SMK Setia Wangsa, Lipis
•⁠ ⁠⁠Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
•⁠ ⁠⁠SMK Agama Pahang, Rompin
•⁠ ⁠Madrasah Tarbiah Islamiah, Temerloh
•⁠ ⁠⁠SBP Integrasi Temerloh, Temerloh
•⁠ ⁠⁠SMK Abu Bakar, Temerloh
•⁠ ⁠⁠SMK Kuala Krau, Temerloh

Pertembungan akhir adalah antara SM Agama Persekutuan Bentong dan SMK FELDA Purun

Keputusan akhir adalah seperti berikut
Johan : SM Agama Persekutuan Bentong, Bentong
Naib Johan : SMK FELDA Purun, Bera
Ketiga : SBPI Kuantan & Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
Kelima : SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan

Anis Habriyah binti Muhammad Fahmirauf dari SM Agama Persekutuan Bentong telah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Akhir. 10 orang pembahas juga telah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pusingan.

Pasukan ini akan mewakili negeri Pahang ke Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan Tahun 2025 yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 8 hingga 11 September nanti.

Semoga kejayaan menjadi milik pasukan debat Negeri Pahang. InsyaAllah

Photos from Jabatan Pendidikan Negeri Pahang's post 27/06/2025

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

21/06/2025

Apresiasi Seni Visual Generasi Madani Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2025 bakal berlangsung di Muzium Seni Kontemporari (MOCA) Kuantan bermula 24 hingga 26 Jun ini.

Pameran ini bakal mengumpulkan karya-karya seni anak-anak dari seluruh negara. Antara pameran dan pertandingan yang akan dijalankan adalah

- Pertandingan Reka Bentuk Busana daripada Bahan Terbuang 3R
- ⁠Pertandingan Seni Cetakan - Hiasan Dinding Restoran/Cafe Sekolah Rendah dan
- International High School Arts Festival (IFAC-JAPAN) 2025

Orang ramai boleh berkunjung ke MOCA dan melihat karya-karya pelajar dari seluruh negara bermula 26 Jun sehingga 26 Julai 2025..Jom ramai2 ke MOCA nanti untuk melihat karya hebat anak-anak ini.

21/06/2025

Apresiasi Seni Visual Generasi Madani Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2025 bakal berlangsung di Muzium Seni Kontemporari (MOCA) Kuantan bermula 24 hingga 26 Jun ini.

Pameran ini bakal mengumpulkan karya-karya seni anak-anak dari seluruh negara. Antara pameran dan pertandingan yang akan dijalankan adalah
- Pertandingan Reka Bentuk Busana daripada Bahan Terbuang 3R
- ⁠Pertandingan Seni Cetakan-Hiasan Dinding Restoran/Cafe Sekolah Rendah dan
- ⁠International High School Arts Festival (IFAC-JAPAN) 2025

Orang ramai boleh berkunjung ke MOCA dan melihat karya-karya pelajar dari seluruh negara bermula 26 Jun sehingga 26 Julai 2025..
Jom ramai2 ke MOCA nanti untuk melihat karya hebat anak-anak ini.

Photos from Jabatan Pendidikan Negeri Pahang's post 20/04/2025

Tahniah semua..

Photos from Unit Pembangunan Bakat Murid -Kokurikulum, JPN Pahang's post 14/12/2024

PROGRAM SEMARAK SENI BUDAYA NEGERI PAHANG ANJURAN PEMBANGUNAN BAKAT MURID JPNP DAN DIKELOLA OLEH SK KOTA PERDANA MUADZAM. PROGRAM YG DISERTAI MURID SM DAN SR BERLANGSUNG PADA 10-11 DISEMBER 2024 BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN FELDA CHINI,PEKAN.SEMOGA PROGRAM INI DAPAT DITERUSKAN LAGI PADA TAHUN HADAPAN

04/12/2024

Khas utk semua murid sekolah yang boleh menutur
- bahasa Iban
- bahasa Kadazandusun
- bahasa Semai
dan terutamanya yang mengambil mata pelajaran Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai di sekolah..
surat makluman menyusul ke PPD

TiceFiza
Subunit Bahasa
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
JPN Pahang
https://wa.link/z6x4ed

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jabatan Pendidikan Negeri
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00