06/10/2025
Assalamuโalaikum
Siapa yang berminat nak sertai boleh pm segera. Slot terhad kerana mode pengajian bercorak intensive.
AKI menyediakan perkongsian ilmu agama yang dhoruriy berlandaskan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah
06/10/2025
Assalamuโalaikum
Siapa yang berminat nak sertai boleh pm segera. Slot terhad kerana mode pengajian bercorak intensive.
01/03/2025
โจ๐ *Ahlan wasahlan ya Ramadhan!*โจ๐
Alhamdulillaah.. Ramadhan tiba lagi, bulan yang penuh rahmat, ampunan, dan keberkatan.
Rasulullaah bersabda yang bermaksud,
_"Apabila datang bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dibelenggu."_
(HR. Bukhari dan Muslim).
Justeru, marilah kita menyambut bulan suci ini dengan penuh gembira dan semangat merebut peluang dalam memperbanyakkan amal soleh seperti menghadiri lebih lagi majlis-majlis ilmu khususnya ilmu Fardhu Ain, membaca Al Quran secara talaqqi, menghidupkan malam-malam Ramadhan, bersedeqah & bertolong bantu dalam mencari redha Allaah.
๐ธSemoga kita semua diberikan kekuatan dan kesabaran dari Allaah untuk menjalani ibadah dengan ikhlas serta amal soleh kita menjadi asbab kita menjadi hambaNya yang soleh & solehah.
Dengan itu, kami di Akademi Kecemerlangan Imtiyaz ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1446H ๐
Ramadhan Kareem!
01/01/2025
15/12/2024
โจRAHMAT ALLAAH ITU LUASโจ
Bismillahi mashaaAllaah.
Alhamdulillah hari ini Allaah masih mengizinkan kita celik mata dan bernafas, hadir dan niatkan hati untuk ke Majlis Ilmu.
Kelas Awjaz dan Assirot masih lagi membahaskan bab Tauhid.
Antara perkara yang diperoleh dalam kelas harini:
- Pembahasan tentang rahmat Allaah yang luas.
- Antara nikmat yang Allaah berikan ialah nikmat khusus yang mana nikmat yang diberikan hanya kepada orang-orang sholih, nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam hati manusia. Tidak ada yang mengetahui hakikat nikmat itu kecuali hanya Allah.
ุนููู ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉู ุฑูุถููู ุงูููููู ุนููููู ููุงูู ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุงูู ุงูููููู ุฃูุนูุฏูุฏูุชู ููุนูุจูุงุฏูู ุงูุตููุงููุญูููู ู
ูุง ููุง ุนููููู ุฑูุฃูุชู ููููุง ุฃูุฐููู ุณูู
ูุนูุชู ููููุง ุฎูุทูุฑู ุนูููู ููููุจู ุจูุดูุฑู ููุงููุฑูุกููุง ุฅููู ุดูุฆูุชูู
ู
{ููููุง ุชูุนูููู
ู ููููุณู ู
ูุง ุฃูุฎููููู ููููู
ู ู
ููู ููุฑููุฉู ุฃูุนููููู}
"Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah berfirman: "Aku telah menyediakan buat hamba-hamba-Ku yang shalih (kenikmatan) yang belum pernah mata melihatnya, telinga mendengarnya dan terdetik dari lubuk hati manusia".
Bacalah firman-Nya jika kamu mau (QS as-Sajadah 17) yang artinya
("Tidak seorangpun yang mengetahui apa yang telah disediakan untuk mereka (kenikmatan) yang menyedapkan mata").
HR al Bukhari
- Namun, untuk kita peroleh segala manfaat dan nikmat-nikmat daripada Allaah ini, hendaklah pertamanya sekali kita jaga keimanan kita sebagai seorang Muslim.
- Bagaimana untuk kita tetap beriman? Hendaklah kita belajar tentangnya kerana disana, ada perbahasan tentang mengenal Tuhan dan Nabi serta bagaimana untuk kita jaga keimanan kita daripada jatuh dalam riddah.
- Antara salah satu kaedah yang telah diajar kepada kita, seperti Imam Dzunnun Al Misri berkata mafhumnya: "Apa sahaja yang tergambar difikiranmu, Allaah tidak seperti itu"
- Hafal dan ulangkan sentiasa, ajarkan pada kenalan-kenalan dan anak-anak kita supaya mereka turut mengenal Allaah sejak kecil InshaaAllaah
----------------------------------------------------
๐ธKelas Fardhu Ain kita menggunakan
โ
kitab arab yang sudah diterjemah
โ
belajar secara bertalaqqi dan bersanad
๐ธKami berbesar hati untuk menjemput sesiapa yang berhajat kepada ilmu Fardhu Ain untuk dipelajari secara bertalaqqi.
๐ธAlhamdulillah, kelas kita terbuka pada semua remaja dan dewasa.
Anak-anak boleh duduk bermain sesama mereka.
Ahlan wasahlan bikum dan anda semua dijemput hadir ๐
๐SETIAP AHAD
๐9.15AM-12.30PM (ada selingan rehat antara kelas 2kelas)
๐AKADEMI KECEMERLANGAN IMTIAZ, BANDAR PUTRA KUANTAN
09/12/2024
Bismillahi mashaaAllaah๐
Alhamdulillah, Allaah izinkan kita hadir dalam majlis ilmu di AKI semalam.
Minggu ini kita sambung pembacaan kitab Awjaz dan kitab Sirot.
Antara pengisian penting di dalam kelas semalam ialah membahaskan bab Tauhid iaitu mengenali Allah dan rasulNya adalah satu perkara yang paling wajib dan paling penting kerana ia merupakan asas agama Islam.
โจAl-imam Abu Al-hasan Al-'Asy'ariy - semoga Allah meredainya- imam ahli sunnah waljama'ah pernah berkata :
(ุฃูููููู ู
ูุง ููุฌูุจู ุนูููู ุงูุนูุจูุฏู ุงูุนูููู
ู ุจูุงูููู ููุฑูุณููููููู ููุฏููููููู)
Maksudnya : "Perkara wajib yang paling awal keatas setiap hamba adalah mengenal Allah, RasulNya dan agama Islam."
โจ[Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi]
Al-Imam Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani al-Syafie al-Asyari (W. 852 H) dalam kitabnya Fath al-Bari:
ููุงุนูุฏูุฉู ู
ูููู
ููุฉู: "ู
ููู ุดูุบููููู ุงููููุฑูุถู ุนููู ุงูููููููู ูููููู ู
ูุนูุฐูููุฑู ููู
ููู ุดูุบููููู ุงูููููููู ุนููู ุงููููุฑูุถู ูููููู ู
ูุบูุฑูููุฑู".
Maksudnya:
Kaedah yang penting: "Barangsiapa yang disibukkan dengan hal-hal yang fardhu dari hal-hal yang sunat (sehingga tidak sempat melakukannya) maka dia (dianggap) madzur (diterima alasannya dan dimaklumi), dan barangsiapa yang disibukkan dengan hal-hal yang sunat dari hal-hal fardhu (sehingga dia tidak melaksanakan yang wajib) maka dia adalah orang yang tertipu (syaitan menampakkan amal sunat itu di matanya sebagai amal yang baik sedangkan amal-amal yang fardhu itu lebih utama bagi seseorang itu untuk melaksanakannya)".
Inilah kaedah yang telah ditinggalkan oleh sesetengah orang kerana sibuk mengerjakan perkara sunat dan meninggalkan yang wajib seperti mempelajari ilmu aqidah untuk mengesahkan amal ibadat yang kita buat.
Termasuk dalam hal yang difardhukan oleh agama adalah menyebarkan aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dan memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak mengikut golongan yang telah terkeluar dari landasan aqidah arusperdana Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah.
----------------------------------------------
๐ธKelas Fardhu Ain kita menggunakan kitab arab yang sudah diterjemah dan kita belajar secara bertalaqqi dan bersanad.
Maklum bahawa zaman sekarang terlalu ramai yang bermudah-mudah bercakap tentang agama sehingga menjerumuskan diri ke dalam api neraka..
Wal ^iyazubillaah.
Maka, kita berbesar hati untuk menjemput sesiapa yang berhajat kepada ilmu Fardhu Ain untuk dipelajar secara bertalaqqi.
Alhamdulillah, kelas kita terbuka pada semua remaja dan dewasa.
Anak-anak boleh duduk bermain sesama mereka.
Ahlan wasahlan bikum dan anda semua dijemput hadir ๐
๐SETIAP AHAD
๐9.15AM-12.30PM (ada selingan rehat antara kelas 2kelas)
๐AKADEMI KECEMERLANGAN IMTIAZ, BANDAR PUTRA KUANTAN
24/11/2024
Bismillahi mashaaAllaah.
Alhamdulillah.
Minggu ni kita dapat mulakan kelas dengan pembacaan Kitab Awjazul Mukhtasarat bab Aqidah.
Rezeki bagi mereka yang baru hadir ke AKI dan yang nak murojaah.
Pasti ada sahaja ilmu tambahan baru yang dapat walaupun berulang kitab.
Habis kelas Awjaz, kita sambung pembacaan kitab As-sirotul Mustaqim p**a.
Huraiannya lebih luas dan membantu memantapkan lagi ilmu Aqidah.
Antara amalan yang diperoleh harini ialah Syahadah Khossoh.
Ulama ajar kita untuk amalkan sekurang2nya dibaca sekali sehari dan dijadikan amalan harian.
----------------------------------------------
๐ธKelas Fardhu Ain kita menggunakan kitab arab yang sudah diterjemah dan kita belajar secara bertalaqqi dengan guru.
Maklum bahawa zaman sekarang terlalu ramai yang bermudah-mudah bercakap tentang agama sehingga menjerumuskan diri ke dalam api neraka..
Wal ^iyazubillaah.
Maka, kita berbesar hati untuk menjemput sesiapa yang berhajat kepada ilmu Fardhu Ain untuk dipelajar secara bertalaqqi.
Alhamdulillah, kelas kita terbuka pada semua remaja dan dewasa.
Anak-anak boleh duduk bermain sesama mereka.
Ahlan wasahlan bikum dan anda semua dijemput hadir ๐
๐SETIAP AHAD
๐9.00AM-12.30PM (ada selingan rehat antara kelas 2kelas)
๐AKADEMI KECEMERLANGAN IMTIAZ, BANDAR PUTRA KUANTAN
23/11/2024
Bismillahi mashaaAllaah.
Alhamdulillah, harini 23 Nov 2024, Sabtu, team AKI berpeluang mengadakan Tahsin bacaan Al Fatihah secara percuma kepada pengunjung kekopi cafe di Perpustakaan Kuantan.
Sambutan amat memberangsangkan dan pengunjung tidak putus-putus mengambil peluang menyemak bacaan Al-Fatihah masing-masing tidak kira usia kerana maklum ianya salah satu bacaan wajib di dalam solat.
InshaaAllaah moga akan datang lebih ramai lagi peroleh manfaat.
Jangan lupa kelas Kitab Fardhu Ain kita esok di Akademi kecemerlangan Imtiaz, Bandar Putra Kuantan!
Jumpa esok!
Barakallahufeekum
23/11/2024
Bismillahi mashaaAllaah.
Alhamdulillah, harini 23 Nov 2024, Sabtu, team AKI berpeluang mengadakan Tahsin bacaan Al Fatihah secara percuma kepada pengunjung Kekopi Cafe di Perpustakaan Kuantan.
Sambutan amat memberangsangkan dan pengunjung tidak putus-putus mengambil peluang menyemak bacaan Al-Fatihah masing-masing tidak kira usia kerana maklum ianya salah satu bacaan wajib di dalam solat.
InshaaAllaah moga akan datang lebih ramai lagi peroleh manfaat.
Jangan lupa kelas Kitab Fardhu Ain kita esok di Akademi kecemerlangan Imtiaz, Bandar Putra Kuantan!
https://maps.app.goo.gl/EnCi4cVpqSiAsZfMA
InsyaAllaah..jumpa esok!
Barakallahufeekum.
JOM BELAJAR AGAMA
ADA SIRI BARU AKAN BERMULA
aqidah-feqah
Ahad pagi-Bandar Putra