21/04/2026
Sekitar Taklimat UPKK yang diadakan pada 18 haribulan 4 2026 di Balairaya Kampung Sungai Soi.
SetinGgi-tinggi penghargaan buat penceramah kita iaitu Puan Siti Maisarah binti Zakaria atas taklimat yang diberikan.
Setiap input yang diberikan amatlah bermakna buat kami kerana pertama kalinya dijadikan pusat UPKK. Pelbagai ilmu dan peringatan yang diberikan akan kami buat sebaik-baiknya.
Kami turut menghargai para SAR KAFA yang telah menyertai kami dan turut menyumbang tenaga dan fikiran dalam melancarkan majlis ini. Antaranya Sar Kafa Anak soleh seramai 10 orang calon, Sar KAFA AN-NAJAH seramai 28 calon, Sar Kafa Ilham Bestari seramai 10 orang calon dan dari pihak kami sendiri iaitu 21 orang calon.
Terima kasih buat seluruh guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah membanting tenaga dan usaha bersama-sama menjayakan taklimat ini.
Semoga dipermudahkan urusan anak-anak kita menghadapi peperiksaan UPKK kelak. Inshaa Allah
14/04/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anak Sar Kafa Masjid Sg Soi. Terima kasih buat ibu bapa yang menyokong potluck untuk anak-anak semua. Semoga menjadi kenang-kenangan di esok hari.🥰
20/12/2025
PART 2
HAC
Bahagian Penerima- penerima Anugerah 2025 ❤️
Dan yang diraikan kehadiran para VIP.
Tahniah diucapkan☺️
20/12/2025
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah selesailah sudah Hari Anugerah Kecemerlangan Sar Kafa Masjid Sg Soi 2025 buat kali ke 4 bertempat di Kolam Pok Nik @ Kuantan Wetlands yang dirasmikan oleh Yg Berbahagia Tuan Haji Syarifuddin bin Mohd Saad, beliau diiringi Puan Penyelia
Puan Siti Maisarah binti Zakaria
Puan Sharifah Amira Shahira bin Syed Kamaruddin
Yang Dihormati
Encik Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung
Selaku tuan rumah,
Ustaz Zuhaidi bin Ab Rahman
Pengerusi Sar Kafa Masjid Sg Soi
Ustaz Zamri bin Baharom
Timbalan Pengerusi Sar Kafa Masjid Sg Soi.
Puañ Nurul Atikah binti A Rahman
Guru Besar Sar Kafa Masjid Sg Soi
Guru-guru, ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi,
Terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran anda semua.Alhmdulillah majlis bjalan lancar walaupun hujan membasahi bumi.
Alhamdulillah, saya ucapkan ribuan terima kasih semua pada guru2,AJK2 yang terlibat, ibu bapa yg scara langsung dan tidak langsung jd bidan terjun dalam majlis hari ini.. yang sabar mnunggu smpai program hbs..yang tpksa pulang pun terima ksh sgt2 hadir memeriahkan mjlis..moga2 majlis ni mmberi smgt pada anak2 agar dpt naik ke pentas kemudian hari tahniah pada pemilik2 anugerah, tahniah jg pada ibu bapa anak2 yang hdir pada hri ni meraikan majlis hri ni..
Saya Guru Besar Sar Kafa Masjid Sg Soi memohon maaf dan silap sekiranya ada yg kurang dari pihak kami..Kita hanya mampu merancang selebihnya Allah yang menentukan.
Harap aanak2 smua seronok dgn majlis hari ini..
Terima kasih semua..🩷🩷🩷
Part 1
30/09/2025
Assalamualaikum
Makluman kepada semua 🥰😘🥰
Pendaftaran SAR KAFA Masjid Sg soi Kuantan Pahang untuk sesi 2026 telah dibuka❗❗❗
Berikut merupakan sesi yang akan dijalankan sempena tahun 2026...
📌Tahun 1 - Tahun 3 (pagi)
📌Tahun 1 - Tahun 5 (petang)
📌
Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi 👇👇👇
https://www.wasap.my/+601131250625/ kafa2026 (Puan Norsaidatul akma)
https://www.wasap.my/+60139981366/kafa2026
( Pn Atikah)
Share on WhatsApp
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.
19/09/2025
Assalamualaikum
Makluman kepada semua 🥰😘🥰
Pendaftaran SAR KAFA Masjid Sg soi Kuantan Pahang untuk sesi 2026 telah dibuka❗❗❗
Berikut merupakan sesi yang akan dijalankan sempena tahun 2026...
📌Tahun 1 - Tahun 3 (pagi)
📌Tahun 1 - Tahun 5 (petang)
📌
Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi 👇👇👇
https://www.wasap.my/+601131250625/ kafa2026 (Puan Norsaidatul akma)
https://www.wasap.my/+60139981366/kafa2026
( Pn Atikah)
06/09/2025
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 68 Sar Kafa Masjid Sg Soi.
4 September 2025
Khamis
Antara aktiviti yang dirancang sempena hari kemerdekaan dengan sambutan yang amat menggalakkan dari anak².🎉🎉🎉
1) Pertandingan poster
2) Pertandingan hiasan cuck sanggul dan tanjak
3) Pertandingan mercu tanda
4) Pertandingan pakaian beragam
5) Pertandingan teka karung guni
Terima ksh pada guru² yang terlibat, anak² yang mmberi komitmen, ibu bapa yang menyokong program² kami serta yang memberikan sponsor hadiah.. Hanya Allah yang mampu membalas..