Unit Pendidikan Swasta Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Unit Pendidikan Swasta Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Perancangan, Penyelidikan dan Perkembangan Pendidikan Swasta. Penguatkuasaan dan Pemantauan Pendidikan Swasta. TUGAS UTAMA

1.

OBJEKTIF

Memastikan dasar, perancangan dan halatuju pendidikan swasta di negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya selaras dengan Dasar Pendidikan Negara
Menentukan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta di negeri Pahang adalah berkualiti dan bertaraf dunia serta relevan dengan keperluan negara
Memastikan semua pengurusan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta di negeri m

ematuhi peruntukan perundangan dan syarat-syarat yang ditetapkan
Menentukan pelaksanaan sistem penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang cekap dan berkesan
Memastikan keseluruhan prasarana institusi pendidikan swasta berkualiti, dan
Menjadikan pendidikan sebagai satu industri

FUNGSI

Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Swasta. Pengurusan data dan maklumat Institusi Pendidikan Swasta. Pendaftaran dan Piawaian

Bertanggungjawab memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta (IPS), tenaga pengajar dan lembaga pengelola dilaksanakan mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 & 555) dan akta-akta lain yang berkaitan. Memproses permohonan penubuhan, pendaftaran dan pengendalian kursus (IPS). Memproses permohonan untuk menambah/meminda syarat-syarat penubuhan dan pendaftaran IPS. Mengadakan lawatan dan menjalankan pemeriksaan IPS untuk menentukan piawaian dipenuhi.

2. Pemantapan dan Penguatkuasaan

Menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan ke atas IPS bagi memastikan dasar dan peruntukan perundangan pendidikan berkaitan dipatuhi. Mengenalpasti dan menangani isu dan permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak berkenaan bagi memastikan pendidikan swasta yang ditawarkan adalah berkualiti. Mengesan kesalahan yang dilakukan oleh IPS dan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan ianya selaras dengan peraturan dan peruntukan perundangan pendidikan berkaitan. Menjalankan penyiasatan ke arah tindakan perundangan terhadap IPS yang dikenalpasti menyalahi peruntukan perundangan pendidikan berkaitan. Mendakwa IPS yang dikenalpasti menyalahi perundangan pendidikan.

PEMANTAUAN PERSEDIAAN DAN PEMBUKAAN SEMULA INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA MENGIKUT FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) TAHUN ...
19/11/2021

PEMANTAUAN PERSEDIAAN DAN PEMBUKAAN SEMULA INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA MENGIKUT FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) TAHUN 2021

KURSUS PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH SWASTA NEGERI PAHANG SIRI 2 TAHUN 2021 Tarikh : 28.03.2021 -31.03.2021Te...
19/11/2021

KURSUS PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH SWASTA NEGERI PAHANG SIRI 2 TAHUN 2021

Tarikh : 28.03.2021 -31.03.2021
Tempat : BCIC Lodge Kuantan
Peserta : 87 orang guru tadika swasta

Objektif Kursus menyediakan guru-guru tadika swasta untuk mendapat kebenaran khas daripada MUIP untuk mengajar Pendidikan Islam di tadika swasta.

Address

Kuantan
25604

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pendidikan Swasta Jabatan Pendidikan Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share