Silat Hang Tuah Kuantan

Silat Hang Tuah Kuantan

Share

Persatuan Seni Silat Hang Tuah Malaysia ditubuhkan pada 5 April 2016 di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Matlamat Silat Hang Tuah adalah memelihara jatidiri & budaya Melayu & mendidik anak bangsa agar dengan sifat kepahlawanan Melayu & keperibadian Islam.

Photos from Persatuan Seni Silat Hang Tuah Malaysia's post 15/01/2026
23/12/2025

Bahasa dijaga tanda pertiwi,
Agama dipelihara tunjang jati;
Jika bersatu hati nurani,
Takkan tergadai bumi sendiri.

02/12/2025

Tak tumbuh tak melata,
Akar kayu selalu dicari,
Pencak silat budaya kita,
Amalkan selalu pertahankan diri.

14/09/2025

Silat beradat indah berseni,
Mengiring langkah pengantin raja sehari;
Terserlah megah warisan murni,
Kasih bersemi hingga ke mati.

10/09/2025

Tapak silat terpacak di bumi,
lambang taat kepada Ilahi.
Selagi nyawa di kandung badan,
agama dan bangsa tetap kupertahan

21/08/2025

Gegar bumi langkah hulubalang,
Gema takbir membelah udara;
Silat pusaka darah mengalir jalang,
Hingga musuh binasa semua.

Bulan purnama di langit terang,
Bedil berdentum menggetar jiwa;
Darah Melayu jangan dibuang,
Demi agama nyawa pun rela.

Panji berkibar di tengah medan,
Tombak dan keris berkilau cahaya;
Hancur musuh tiada ampunan,
Maruah bangsa harga nyawa.

Bunga silat penutup langkah,
Tangan berpalit merah menyala;
Selagi nyawa masih bernyawa,
Agama dan bangsa tetap dijaga.

06/06/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa syukur, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga hari yang mulia ini menjadi medan muhasabah diri, menyemai nilai keikhlasan dan memperkukuh semangat pengorbanan dalam kehidupan seharian.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu lambang keteguhan iman dan ketaatan kepada Allah SWT.

Lembu ditambat pagi hening,
Takbir bergema di pagi mulia.
Aidiladha hadir membawa pengertian,
Pengorbanan ikhlas diredhai Yang Esa.

02/05/2025

JOM SERTAI KAMI

✓ Bina jati diri Islam & Melayu
✓ Membina kelasakan
✓ Menyihatkan badan
✓ Belajar mempertahankan diri
✓ Bebas amalan syirik/ khurafat
✓ Isi masa dengan aktiviti bermanfaat

𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗹𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗮𝗵 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻

𝙏𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙥𝙖𝙙𝙖:
👊 Dewasa Lelaki (𝟭𝟯 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀)
👊 Kanak- kanak Lelaki (*5 - 12 Tahun*)

Setiap Selasa
0900PM - 1100PM
Tempat: *Dewan Orang Ramai Bukit Rangin*

02/05/2025

PENGAMBILAN 40 PESERTA PERTANDINGAN
SILAT CHAMPIONSHIP 2.0
MEWAKILI KONTINJEN SULUNG SILAT HANG TUAH

Pertandingan: Shah Alam Mayor Cup 2025
Penganjur: Majlis Bandaraya Shah Alam
Tarikh: 18 - 20 September 2025
Tempat: Komplek Sukan Seksyen 21, Shah Alam
Penginapan: Pejabat ISMA Subang Jaya

Syarat ahli kontinjen:
1. Lelaki sahaja.
2. Ahli Silat Hang Tuah sahaja
3. Bermula 5 tahun hingga dewasa (rujuk kategori)
4. Tandatangan borang kebenaran ibu/bapa/penjaga
5. Melepasi dan isi borang medical checkup

Yuran Pasukan: RM250 per pax
Apa yang kontinjen akan sediakan mulai hari ini sehingga hari pertandingan?
1. Yuran pertandingan - RM60.00
2. 10 sesi latihan khas (Mei hingga September)*jadual akan dikeluarkan
3. Penginapan 3 hari pertandingan
4. Tshirt Kontinjen
5. Baju Cekak Musang Hitam
6. Pengangkutan bas
7. Makanan 3 hari pertandingan
8. Body Protector
9. Groin Guard

Ketua Kontinjen:
Ustaz Ibrahim Azran
(Ketua Jurulatih Silat Hang Tuah)
0137065175

File PDF Handbook Pertandingan di bawah👇🏻
https://drive.google.com/file/d/19bo6nixDYX1mlBXye6-0SIkCh6Kbstba/view?usp=sharing

Borang Pendaftaran:
https://bit.ly/pertandingansilat

Boleh masuk group Whatsapp untuk sertai: https://chat.whatsapp.com/DHGUeZtIkaVJzdvqYywxhM

Sesi Taklimat Online 2 Mei, Jumaat jam 9.00 malam iaitu malam ini. Semua ibu/bapa, pesilat dan guru boleh join malam ini: https://meet.google.com/ihv-nydh-oct

29/04/2025

Nantikan full video

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 123111, KM 11, Jalan Pekan-Kuantan
Kuantan
26060