06/03/2026
🔵 HARI 5 | Minggu Penjagaan Obesiti 2026
6 Mac 2026 (Jumaat) | 3.00–3.30 petang | PERCUMA
Kurang tidur boleh buat berat naik?
Fahami peranan hormon & amalan sleep hygiene dalam kawalan berat badan.
Bersama Pegawai Terapi Cara Kerja.
Google meet (terhad 500): meet.google.com/hju-myrs-xfk
FB Live (unlimited): https://www.facebook.com/share/1CDvs6e41L/
Terbuka kepada semua
04/03/2026
🔵 HARI 3 | Minggu Penjagaan Obesiti 2026
4 Mac 2026 | 2.00–2.30 petang | PERCUMA
Stress buat kita makan tanpa sedar?
Fahami hubungan emosi & berat badan serta teknik kawalan yang praktikal.
Bersama Pegawai Psikologi (Kaunseling)
Google meet (terhad 500): meet.google.com/jrk-ueqs-ayc
FB Live (unlimited) : https://www.facebook.com/share/1CDvs6e41L/
Terbuka kepada semua.
26/10/2025
"Dari Komuniti, Bersama Komuniti, Untuk Komuniti"
Itulah semangat yang dibawa oleh Pasukan MyCHAMPION Pahang dalam Anugerah MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Hotel Pearl, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.
Pahang terus unggul apabila berjaya meraih 2 anugerah JUARA dan 3 kategori Top 5, hasil usaha gigih pasukan komuniti dan rakan kesihatan awam di semua peringkat.
Turut hadir memberikan sokongan, YH Dato’ Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), JKN Pahang.
🏆 JUARA (RM10,000.00)
1️⃣ Tokoh MyCHAMPION – En. Jasmin bin Md Kassim (Kuantan)
2️⃣ Penggerak Komuniti Sihat – Taman Paya Taram (Temerloh)
💐 TOP 5 (Saguhati):
Taman Permata (Pekan) – Pengurusan Lokaliti Bersih & Ceria
Taman PASDEC Makmur (Kuantan) – Ikon Pasukan
Taman Impianku (Kuantan) – Intervensi Pengurusan Berat Badan
Tahniah kepada semua wakil Pahang atas komitmen dalam memperkukuh intervensi komuniti dan memperkasakan gaya hidup sihat. 💜
09/10/2025
📢 HEBAHAN: SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2025
"War on Stigma" - Perang Menentang Stigma
🗓 Tarikh: 9-10 Oktober 2025 (Khamis-Jumaat)
📍 Lokasi: Dewan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF), Pekan Pahang Darul Makmur
SEDANG BERLANGSUNG! 🔴
📺 TONTON LIVE: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1858928175040694&rdid=wThTDHBi3to2dBPx
💚 Kesihatan mental adalah hak semua. Jom kita hapuskan stigma bersama!
01/10/2025
⏳ 3 HARI LAGI! PAKAR TURUN PADANG UNTUK ANDA!
Ini peluang terbaik untuk anda dapatkan saringan percuma bernilai Ratusan Ringgit!
Kami bawakan pakar-pakar dalam bidang:
️Oftalmologi (Mata)
👨Urologi (Kesihatan Lelaki)
👩Kesihatan Wanita
👂Audiologi (Pendengaran)
🧠Kaunselor (Kesihatan Minda)
🦷Pergigian
Semua saringan ini 100% PERCUMA untuk anda. Jom saring! Ketahui tahap
kesihatan anda dengan pakar! Jangan lepaskan peluang ini!
📲 Untuk info dan atur cara penuh, klik https://tinyurl.com/BukuProgramMTAA2025
24/06/2025
Kursus TOT Modul Latihan Sukarelawan KOSPEN Negeri Pahang 2025
📍 Dewan BCIC Lodge, Kuantan
📅 24–25 Jun 2025
👥 Peserta: 70 Org (Pasukan iNCD)
🎯Anjuran: Unit NCD, JKN Pahang
“Melatih untuk Menginspirasi, Memimpin untuk Mengubah”
Alhamdulillah, kursus selama dua hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 70 ahli pasukan iNCD dari seluruh daerah dan fasiliti utama negeri.
Kursus ini bertujuan melatih pasukan iNCD daerah sebagai jurulatih kepada sukarelawan KOSPEN, berpandukan modul baharu yang merangkumi 10 topik utama berkaitan saringan kesihatan, gaya hidup sihat, kesihatan mental dan pengurangan kemudaratan.
Latihan turut menekankan peranan peserta sebagai penasihat teknikal dan pembimbing komuniti, serta penggunaan modul sebagai alat pendidikan kesihatan akar umbi.
Slot amanat khas telah disampaikan oleh YH. Dato' Dr. Wan Abdul Rahim b. Wan Muhamad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) yang menegaskan bahawa pasukan iNCD adalah tulang belakang perubahan kesihatan di akar umbi - bersama komuniti, untuk komuniti dengan bimbingan teknikal yang berterusan dan berempati.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan penganjur atas komitmen memperkasa KOSPEN di Negeri Pahang!
27/03/2025
INFO!!
💡💡Senaman anggota atas merujuk kepada latihan yang memberi tumpuan kepada otot-otot di bahagian atas tubuh, termasuk lengan, bahu, dan dada.
Berikut adalah beberapa jenis senaman anggota atas yang boleh dilakukan:
✅Bicep Curl:
🌷Teknik: Mengangkat dumbbell ke arah bahu dari posisi tangan di sisi
🌷Otot terlibat: Biceps
✅Tricep Extension:
🌷Teknik: Mengangkat dumbbell dari arah belakang dengan posisi tangan bermula dengan membengkokkan siku, kemudian lurus
🌷Otot terlibat: Triceps
✅Lateral Raise:
🌷Teknik: Mengangkat dumbbell dari sisi badan hingga ke paras bahu.
🌷Otot terlibat: Bahu
✅Front Raises:
🌷Teknik: Mengangkat dumbbell dari hadapan badan hingga ke paras bahu
🌷Otot terlibat: Bahu
✅Arm Circle:
🌷Teknik: Mengangkat dan menggerakkan dumbbell secara bulatan pada paras bahu
🌷Otot terlibat: Bahu
💡💡Tips untuk Senaman Anggota Atas:
👉Pemanasan: Lakukan pemanasan sebelum senaman untuk mengelakkan kecederaan
👉Postur: Pastikan postur yang betul semasa melakukan senaman
👉Keseimbangan: Sertakan variasi senaman untuk melatih semua otot anggota atas.
💡Senaman anggota atas penting untuk kekuatan, daya tahan, dan postur tubuh yang baik.
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, JKN Pahang Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang Promosi Kesihatan Jknp pahang
21/03/2025
ANDA INGIN BERSENAM, TETAPI OTOT TERASA KETAT DAN MUDAH SAKIT?? JOM LAKUKAN SENAMAN FLEKSIBILITI INI
“BADAN TIDAK SAKIT, SEBAB OTOT SUDAH LENTUR!!”
TAHUKAH ANDA??
Senaman fleksibiliti juga dikatakan senaman regangan. Mempraktikkan senaman regangan pada bahagian otot dan tisu akan membuatkan tubuh menjadi mudah lentur dan bebas melakukan pelbagai posisi dan gerakan. Ahli terapi fizikal dan pakar kesihatan menggunakan teknik senaman regangan bagi membantu pesakit melakukan pemulihan sendi akibat kecederaan. Antara contoh senaman jenis ini ialah yoga, gimrama dan aerobik (Kasih, 2009).
Kebaikan teknik senaman yang betul
1. Membina otot tubuh bagi memberi kelebihan kepada diri melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Senaman kekuatan membantu meningkatkan kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah.
3. Mengurangkan risiko asteoporosis.
4. Menstabilkan pergerakan badan semasa senaman dijalankan
Jenis senaman yang dicadangkan (poster flexibility)
1. Squat
2.Plank
- Senaman ini haruslah dilakukan selama 30 saat tahan (hold) dan 20 saat rehat (rest)
- Semua senaman diatas perlu dilakukan sebanyak 3 kali ulangan
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, JKN Pahang Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang Promosi Kesihatan Jknp
18/03/2025
💡 Rujukan Obesiti: Bukan Sekadar Turunkan Berat!
Rujukan ke klinik bukan hanya untuk menurunkan berat badan, tetapi juga membantu anda mencapai keseimbangan hidup – fizikal, mental & emosi.
🔥 Mulakan langkah kecil hari ini untuk hidup lebih sihat & bertenaga!
📥 Dapatkan penilaian OT & sokongan profesional sekarang!
💡 Obesiti: Bukan Sekadar Berat, Tapi Keseimbangan Hidup!
Pernah rasa letih walaupun tak buat banyak kerja?
Atau rasa macam hidup tak tersusun & kurang motivasi?
Kadang-kadang, bukan badan yang berat, tapi kehidupan yang tak seimbang. Bila kerja, rehat & aktiviti tak selari, badan & minda akan rasa terbeban.
Terapi Cara Kerja (OT) bantu anda cari punca ketidakseimbangan & ubah strategi hidup dengan lebih realistik. Tak perlu perubahan drastik, yang penting langkah kecil, tapi konsisten!
🔥 Mula sekarang, bukan nanti. Hidup lebih seimbang = Anda lebih bertenaga & bermakna!
📥 Dapatkan penilaian OT hari ini & mulakan perubahan!
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, JKN Pahang Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang Promosi Kesihatan Jknp Pahang Otkk Pahang
13/03/2025
Tarikh : 12/3/2025
Hari : Rabu
Masa : 10.00 pagi - 6.30 petang
Tempat : PKD Rompin, KRT Kg Janglau, KK Teluk Gading, Kampung Perlis, Sarang Tiong
Program NCDC 3 dalam 1
📌penyeliaan di PKD Rompin dan KK Teluk Gading
📌Santuni Minda, Perkasa Jiwa, Lawatan ke rumah pesakit mental
📌Program Nafas Baharu Bermula Ramadhan di bazar
Aktiviti :
✅ Pembentangan pencapaian Program NCDC Daerah Rompin di PKD Rompin
✅ Melawat KRT KOSPEN Kg Janglau, sesi ramah mesra bersama pengerusi dan sukarelawan KOSPEN Kg Janglau.
✅ Penyeliaan kesemua program NCDC Klinik Kesihatan Teluk Gading
✅ Melawat rumah 2 org pesakit mental
✅ Mini booth Program Nafas Baharu Bermula Ramadhan di bazar Kuala Rompin
💐 Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kpd MOH PKD Rompin, Penyelaras NCD daerah dan pasukan serta Pengerusi KOSPEN Kg Janglau.
Sekian, terima kasih.
11/03/2025
Selamat Pagi Warga Pahang
Tahukah anda bijirin terletak di aras kedua kumpulan makanan di dalam Piramid Malaysia 2020?
Bijirin terkenal sebagai makanan asas penduduk di Malaysia namun masih ramai yang kurang mengambil BIJIRIN PENUH.
Jom amalkan pengambilan bijirin penuh dalam pemakanan seharian kita seperti mencampurkan beras putih dan beras perang atau mencampurkan bijirin sarapan pagi dengan oat!
Apabila kita memilih bijirin penuh, kita juga memilih untuk mengurangkan risiko penyakit usus, penyakit jantung dan mengawal berat badan
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, JKN Pahang Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang Promosi Kesihatan Jknp Kpas Pahang Otkk Pahang