18/07/2026
Tahniah buat alumni SK Tunku Azizah, Muhammad Aidil Firdaus bin Mohd Khairul Jasri yang telah dinobatkan sebagai Johan dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan.
Syabas diucapkan!
Kami warga pendidik sentiasa mendoakan alumni - alumni SK Tunku Azizah terus cemerlang dalam apa pun yang diceburi dan teruslah memberi inspirasi.
Terus terbang tinggi Aidil!
Tahniah Tok Wan ucapkan kepada adik Muhammad Aidil Firdaus bin Mohd Khairul Jasri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan atas kejayaan muncul sebagai Johan Sayembara Puisi Kemerdekaan Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, hari ini.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan keluarga dan warga sekolah, malah turut mengharumkan nama Negeri Pahang di pentas kebangsaan seiring dengan Aspirasi Pahang 1st.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak-anak Pahang untuk terus mencintai bahasa, sastera dan budaya, sekali gus berani mengangkat bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan.