PASTI Abu Bakar As-Siddiq, Beserah

PASTI Abu Bakar As-Siddiq, Beserah Pusat Asuhan Tunas Islam

19/07/2026

Jom tonton live from Kuantan with love ๐Ÿ˜˜

Terbaik Cikgu-cikgu PABAS yang hadir demi ilmu buat bekalan diri sendiri juga anak-anak ๐Ÿ’Ummi SheraCikgu EcahCikgu Aina
19/07/2026

Terbaik Cikgu-cikgu PABAS yang hadir demi ilmu buat bekalan diri sendiri juga anak-anak ๐Ÿ’

Ummi Shera
Cikgu Ecah
Cikgu Aina

15/07/2026

Kelas: 6 Al-Khawarizmi
Subjek: Kreativiti (Buku Kreativiti 6 Tahun)
Tajuk: Lagu Tradisional โ€“ Anak Itik Tok Wi

๐ŸŽถ Suasana kelas hari ini lebih ceria apabila anak-anak menyanyikan lagu tradisional "Anak Itik Tok Wi" sambil menjalankan aktiviti kreativiti bersama Cikgu Mimi dan Cikgu Masyi. Melalui nyanyian dan aktiviti dalam buku, murid bukan sahaja berhibur malah dapat mengenali haiwan ciptaan Allah iaitu itik.

Aktiviti ini membantu murid meningkatkan kemahiran mendengar, menyanyi, berkomunikasi serta menambah perbendaharaan kata dalam pelbagai bahasa.

Kenali Itik ๐Ÿฆ†
Bahasa Melayu: Itik
English: Duck
Bahasa Arab: ุจูŽุทูŽู‘ุฉ (Battah)
Bahasa Mandarin: ้ธญๅญ (Yฤzi)

Semoga anak-anak terus bersemangat belajar sambil bermain dan menghargai warisan lagu tradisional negara.

Hasil Pembelajaran
โœ… Mengenali haiwan itik dan ciri-cirinya.
โœ… Menyanyikan lagu tradisional Anak Itik Tok Wi dengan sebutan yang jelas.
โœ… Menambah kosa kata dalam Bahasa Melayu, English, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin.
โœ… Meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti nyanyian dan kreativiti.
โœ… Memupuk rasa syukur atas kepelbagaian makhluk ciptaan Allah. ๐ŸŒฟ

๐Ÿƒ Briskwalk - Belajar Bersama Alam, Mengenal Kebesaran Allah ๐ŸƒAlhamdulillah, anak-anak PASTI Abu Bakar Assiddiq memulaka...
15/07/2026

๐Ÿƒ Briskwalk - Belajar Bersama Alam, Mengenal Kebesaran Allah ๐Ÿƒ

Alhamdulillah, anak-anak PASTI Abu Bakar Assiddiq memulakan pagi dengan aktiviti berjalan santai di sekitar kawasan PASTI.

Setiap langkah menjadi peluang untuk mereka memerhati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Birunya langit, kehijauan pokok, bukit-bukau yang indah serta udara yang segar mengajar anak-anak bahawa setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah dan mengajak kita untuk sentiasa bersyukur.

Semoga anak-anak membesar dengan jiwa yang mencintai alam, mengenal kebesaran Pencipta dan sentiasa mengingati Allah dalam setiap nikmat yang dikurniakan. Juga diberi kesihatan yang baik sentiasa oleh Allah.

๐Ÿคฒ Doa buat anak-anak PABAS yang dikasihi :

Ya Allah, tanamkanlah rasa syukur dalam hati anak-anak kami. Bukakan pintu hati mereka untuk mengenal-Mu, mencintai-Mu dan mentaati segala perintah-Mu. Kurniakanlah mereka kesihatan yang baik, ilmu yang bermanfaat serta kehidupan yang diberkati. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. ๐ŸŒธ

Jom baca AlQuran setiap hari.โค๏ธ
10/07/2026

Jom baca AlQuran setiap hari.

โค๏ธ

๐Ÿค Hari Bertemu Pelanggan PASTI Abu Bakar AssiddiqAlhamdulillah, Program Hari Bertemu Pelanggan telah berlangsung dengan ...
10/07/2026

๐Ÿค Hari Bertemu Pelanggan PASTI Abu Bakar Assiddiq

Alhamdulillah, Program Hari Bertemu Pelanggan telah berlangsung dengan baik, dengan kehadiran hampir semua ibu bapa dan penjaga.

Ibubapa dan anak-anaklah pelanggan kami yang mana anak-anak mereka merupakan produk akhir yang dikeluarkan dari PASTI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan, kerjasama serta komitmen yang diberikan. Kehadiran tuan puan membuktikan kesungguhan dalam bersama-sama memastikan perkembangan dan pendidikan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan.

Semoga jalinan erat antara pihak PASTI dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia serta cintakan Islam.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada PASTI Abu Bakar Assiddiq. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dan mengurniakan kejayaan buat semua anak-anak PASTI di dunia dan akhirat.

๐Ÿ’š Bersama mendidik, bersama membina generasi rabbani.

๐ŸŒธ TERIMA KASIH, MUALLIMAH-MUALLIMAH PABAS ๐ŸŒธAlhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sem...
09/07/2026

๐ŸŒธ TERIMA KASIH, MUALLIMAH-MUALLIMAH PABAS ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru PABAS yang telah bersama-sama bertungkus-lumus mengemas, menyusun dan membuat persiapan sebaik mungkin demi memastikan suasana yang selesa, kemas dan kondusif untuk anak-anak serta ibu bapa sempena Hari Bertemu Pelanggan (Siri 1).

Kenapa hari bertemu pelanggan? Kerana ibubapa dan pelajarlah pelanggan kami, dan hubungan baik antara pelanggan dan 'penjual' inilah yang akan menentukan 'produk' yang dihasilkan menepati piawaian dan keperluan semasa. Dengan izin Allah belaka.

Semoga setiap penat lelah, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal soleh serta diberi ganjaran pahala yang berpanjangan oleh Allah SWT.

Insya-Allah, kami menantikan kehadiran semua ibu bapa pada hari esok, 10 Julai 2026, untuk sama-sama berbincang tentang perkembangan akademik, akhlak, sahsiah dan potensi anak-anak.

๐Ÿค Kerjasama hari ini, kejayaan anak-anak pada masa hadapan.

Jumpa esok ya! ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’š

Ummi Shera
Guru Besar & Pengurusan
PASTI Abu Bakar Assiddiq

๐ŸŒธ Anak-anak adalah amanah. Solat adalah tiang agama.Didikan solat tidak bermula apabila mereka berusia 7 tahun, tetapi s...
08/07/2026

๐ŸŒธ Anak-anak adalah amanah. Solat adalah tiang agama.

Didikan solat tidak bermula apabila mereka berusia 7 tahun, tetapi sejak kecil lagi kita membiasakan mereka mengenali, mencintai dan menghayati ibadah solat.

Rasulullah SAW bersabda:
"Suruhlah anak-anak kamu untuk solat semasa umur mereka 7 tahun."
(HR Abu Dawud)

Di PASTI Abu Bakar Assiddiq, kami berusaha membantu ibu bapa membentuk generasi yang mencintai solat, berakhlak mulia dan dekat dengan Allah SWT.

Kita persiapkan mereka sama-sama di PASTI. ๐Ÿคฒ๐Ÿ’š

๐ŸŒŸ Tahniah! ๐ŸŒŸAlhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada Fatihah dan Hud dari kelas 5 AlGhazali kerana telah berjaya...
08/07/2026

๐ŸŒŸ Tahniah! ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada Fatihah dan Hud dari kelas 5 AlGhazali kerana telah berjaya menamatkan Buku 1 bacaan. ๐Ÿ‘๐Ÿ“–

Kini mereka telah melangkah ke Buku 2. Semoga terus istiqamah, rajin berlatih membaca, dan semakin lancar dari hari ke hari. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat anak-anak yang lain untuk terus berusaha. ๐Ÿ’–

Tahniah sekali lagi buat Fatihah dan Hud! Moga terus cemerlang. Tahniah juga buat Cikgu Ecah & Cikgu Aina serta ibubapa yang tak jemu membantu di rumah.

๐Ÿ˜

Address

Lot 1/1588
Kuantan
26100

Telephone

+60139937234

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Abu Bakar As-Siddiq, Beserah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Abu Bakar As-Siddiq, Beserah:

Shortcuts

Share

Category