09/10/2021
Mengapa Anda Perlu Membeli Insurans?
Perancangan kewangan pastinya amat diperlukan oleh setiap individu. Ia adalah jalan terbaik demi menjamin masa depan yang masih tidak diketahui bagaimana kesudahannya. Namun persoalannya adakah anda telah benar-benar dilindungi dari segi kewangan jika berlaku musibah seperti sakit kronik, hilang upaya kekal, atau kematian ke atas tunggak utama keluarga?
Adakah anda merasakan bahawa anda perlu perlindungan insurans untuk melindungi diri anda dan keluarga. Jika ya. Kenapa?
Konsepnya sama seperti mengapa anda perlu membayar premium insurans kenderaan. Selain daripada diwajibkan, apa sebenarnya tujuan insurans kenderaan? Ia melindungi kenderaan anda daripada risiko kemalangan, kehilangan atau kecurian. Supaya anda tidak akan terbeban jika perkara yang tidak dingini berlaku.
Terdapat pelbagai polisi insurans di pasaran seperti insurans hayat, insurans kemalangan peribadi, insurans perjalanan, insurans sakit krtikal, insurans bertempoh dan lain-lain. Namun, sebelum membeli insurans anda perlu tahu perlindungan mana yang dapat memenuhi keperluan hidup anda. Malah, apa yang lebih penting anda perlu memahami skop perlindungan yang ditawarkan oleh polisi tersebut.
Pada masa kini masih ramai yang kurang kesedaran tentang kepentingan insurans. Malah, ada yang mengeluh kerana setiap bulan semua duit gaji habis untuk membayar komitmen, sehingga tidak mampu untuk ketepikan 10 peratus daripada pendapatan setiap bulan untuk membayar polisi insurans. Ini kerana, kebanyakan individu mempunyai persepsi tiada kepentingan untuk melindungi diri dengan sebarang perlindungan insurans. Tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana ia hanya suatu pembaziran.
Setiap individu perlu tahu tentang manfaat insurans untuk melindungi pemegang polisi daripada sebarang risiko atau musibah seperti sakit kronik, kemalangan, hilang upaya kekal atau kematian. Namun masih ada segelintir golongan yang masih ragu-ragu dan berkira-kira memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli insurans sebagai perlindungan diri.
Berkemungkinan golongan ini masih kurang kesedaran mengenai kepentingan insurans dan merasakan mereka masih mampu untuk menampung kos rawatan kerana t