09/05/2026
Sejarah Tahun 5 Tajuk 7
Perjuangan Kemerdekaan Negara
Sejarah tahun 5... Kalau ada fakta yang salah, sila beritahu saya..
Provide Home Tuition & Quranic Home Based in Pahang
09/05/2026
Sejarah Tahun 5 Tajuk 7
Perjuangan Kemerdekaan Negara
Sejarah tahun 5... Kalau ada fakta yang salah, sila beritahu saya..
06/05/2026
Ramai terus rasa marah bila dengar pelajar dijadualkan mencuci tandas sekolah.
Tetapi kadang-kadang, yang kita terus nampak ialah “kesian budak”. Yang kita tak sempat fikir, ada juga nilai pendidikan di sebalik kerja yang orang selalu pandang rendah ini.
Bila pelajar terlibat menjaga tandas, mereka belajar bahawa kebersihan bukan kerja orang lain semata-mata.
Mereka mula faham tandas yang bersih bukan muncul sendiri. Ada orang yang perlu mencuci, menyental, mengutip, dan menghadam perangai pengguna yang pengotor setiap hari. Dari situ lahir rasa malu untuk kotorkan tempat yang sama sesuka hati.
Aktiviti begini juga boleh membina disiplin, rasa tanggungjawab, kerjasama, dan hormat kepada pekerja kebersihan.
Budak yang pernah pegang berus cuci tandas selalunya akan lebih menghargai tandas bersih, lebih berhati-hati guna kemudahan awam, dan kurang rasa jijik terhadap kerja yang sebenarnya sangat bermaruah.
Tetapi syaratnya jelas. Ia bukan hukuman. Ia bukan alasan untuk menggantikan tugas pekerja pembersihan.
Ia mesti dibuat secara beradab, selamat, dipantau guru, guna peralatan sesuai, dan ikut umur serta kemampuan pelajar. Tujuannya ialah pendidikan karakter, bukan eksploitasi.
Kadang-kadang sekolah bukan sekadar tempat belajar Matematik, Sains, atau Bahasa. Kadang-kadang sekolah juga tempat belajar menjadi manusia yang tahu menghargai, menjaga, dan tidak membebankan orang lain dengan sikap sendiri.
kredit : Public Health Malaysia
04/05/2026
Tak perlu anak terlalu bijak, cukup dia ada tabiat belajar yang baik ✨
Ulang kaji sikit-sikit, lama-lama jadi faham
Buat kerja sekolah tanpa disuruh, itu dah satu langkah besar
Fokus masa belajar, dan berani tanya bila tak tahu
Ilmu bukan datang sekali, tapi dari usaha kecil setiap hari 💛
“𝘽𝙚𝙨𝙩 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙮, 𝘽𝙚𝙨𝙩 𝙍𝙚𝙨𝙪𝙡𝙩”
04/05/2026
✨ Anak-anak UPKK 2026 dah boleh slowly masuk gear untuk preparation. ☺️
Untuk Hafazan ada 11 surah yang perlu dihafaz berserta kefahaman ayat & pengetahuan tajwid.
Ibu Ayah boleh sediakan nota hafazan seperti dibawah sebagai persediaan awal & anak-anak boleh mulakan hafalan cuti sekolah nanti. ✨
Dibawah saya kongsikan antara nota surah hafazan UPKK & nota tajwid sebagai rujukan Ibu Ayah.
Untuk pembelian nota penuh UPKK Hafazan & Tajwid disini:
https://toyyibpay.com/Nota-UPKK-Surah-Hafazan
01/05/2026
⏰Sehari 1 Minit bersama Cikgu Mimi
Tajuk : Personaliti Anak HEBAT
Ikhlas dari hati ❤️
Unit Bimbingan dan Kaunseling,
SK Terusan Lahad Datu
"Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera"
01/05/2026
29/04/2026
Latihan membina karangan tahun 4..
Kenapa tahun 4?...
Nak bersedia dengan matriks tahun 4....
23/04/2026
Kadang-kadang ibu bapa tertanya…
“Anak saya boleh menulis karangan, tapi kenapa markah masih tak tinggi?”
Salah satu sebab yang selalu berlaku ialah anak tersalah faham kehendak soalan.
Soalan karangan sebenarnya ada kata kunci tertentu seperti langkah, punca, kepentingan, peranan dan manfaat.
Perkataan ini nampak hampir sama, tetapi maksudnya berbeza.
Jika anak salah faham satu perkataan sahaja, isi karangan boleh terus lari daripada apa yang diminta oleh soalan.
Jadi sebelum anak mula menulis, biasakan mereka baca soalan perlahan-lahan dan kenal pasti kata kunci.
Mari kita lihat satu persatu supaya ibu ayah pun boleh bantu anak faham.
Apabila TAJUK SOALAN karangan seperti di bawah:
1️⃣ LANGKAH - Jika soalan menggunakan perkataan langkah, maksudnya soalan sedang meminta cara atau usaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Biasanya kita akan nampak ayat seperti:
“Apakah langkah…”
“Bagaimanakah cara…”
“Usaha untuk…”
Apabila menjawab, anak perlu tulis tindakan yang boleh dilakukan.
Contoh isi:
Langkah mengurangkan penggunaan gajet dalam kalangan murid ialah ibu bapa menetapkan had masa penggunaan telefon di rumah.
2️⃣ PUNCA - Jika soalan menyebut punca, maksudnya soalan ingin tahu sebab sesuatu perkara berlaku.
Petunjuk yang biasa keluar ialah:
“Apakah punca…”
“Mengapakah perkara ini berlaku…”
Jawapan perlu fokus kepada faktor atau sebab.
Contoh isi:
Punca murid lewat menyiapkan kerja sekolah ialah mereka terlalu banyak meluangkan masa bermain permainan dalam talian.
3️⃣ KEPENTINGAN - Jika soalan meminta kepentingan, maksudnya soalan mahu tahu mengapa sesuatu perkara itu penting.
Biasanya soalan akan berbunyi:
“Apakah kepentingan…”
“Mengapa penting…”
Jawapan perlu menunjukkan nilai atau kebaikan besar kepada diri, masyarakat atau negara.
Contoh isi:
Kepentingan bersenam secara berkala ialah dapat menjaga kesihatan tubuh badan dan meningkatkan kecergasan.
4️⃣ PERANAN - Jika soalan menggunakan perkataan peranan, ia bermaksud tugas atau tanggungjawab pihak tertentu.
Petunjuk soalan contohnya:
“Apakah peranan ibu bapa…”
“Apakah peranan guru…”
Di sini anak perlu tulis apa yang pihak tersebut perlu lakukan.
Contoh isi:
Peranan guru ialah memberi galakan kepada murid supaya aktif menyertai aktiviti membaca di sekolah.
5️⃣ MANFAAT / FAEDAH - Jika soalan meminta manfaat atau faedah, ia merujuk kepada kebaikan yang diperoleh hasil daripada sesuatu perkara.
Petunjuk soalan seperti:
“Apakah manfaat…”
“Apakah faedah…”
Jawapan perlu menunjukkan hasil positif yang diperoleh.
Contoh isi:
Manfaat menyertai aktiviti kokurikulum ialah murid dapat meningkatkan keyakinan diri dan belajar bekerjasama dalam kumpulan.
Sebab itu ibu ayah, sebelum anak mula menulis karangan, ajar mereka gariskan dahulu kata kunci dalam soalan.
Kadang-kadang anak sebenarnya tahu banyak isi…
tetapi apabila tersalah faham kata kunci, jawapan yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.
Tip mudah ini sangat membantu anak ketika menjawab karangan dalam UPSA dan UASA, supaya isi yang ditulis lebih tepat dan markah pun lebih mudah diperoleh. 💡
Semoga membantu
Join channel kami di https://t.me/koleksipeperiksaan
21/04/2026
🌿 5 CIRI ANDA ADALAH GURU HIGH PERFORMER
1️⃣ Masuk kelas walau penat… tetap all out
Murid tak pernah nampak “version separuh”
2️⃣ Sentiasa improve PdP
Slide ubah, aktiviti tweak, idea sentiasa upgrade
3️⃣ Reflektif tanpa ego
Sanggup tanya: “Apa lagi boleh buat lebih baik?”
4️⃣ Fokus kemenjadian murid
Bukan sekadar habis silibus ✔
5️⃣ Kerja diam-diam… impak besar
Tak perlu spotlight, hasil tetap menyerlah ✨
⸻
✨ Kalau ini diri awak…
Anda bukan biasa-biasa.
Anda guru high performer 💪
⸻
🌸 Teruskan… murid perlukan versi terbaik awak
— By Cikgu Sue ✨
19/04/2026
✨ Apa Itu Bulatan Kawalan? ✨
Dalam hidup, tak semua perkara kita boleh kawal…
Tapi kita boleh pilih untuk fokus pada apa yang dalam kawalan kita 💪
🔴 Di luar kawalan
Apa orang fikir, cakap, buat… cuaca, masa lalu & perkara yang bakal berlaku
🔵 Dalam pengaruh kita
Memberi inspirasi, motivasi & bimbingan kepada orang lain
⚪ Dalam kawalan kita
✔️ Tindakan & keputusan
✔️ Usaha & sikap
✔️ Cara kita urus emosi
✔️ Kata-kata & cara melayan orang lain
💡 Ingat:
Fokus pada apa yang kita BOLEH KAWAL, bukan yang kita tak mampu ubah.
🌱 Kecil tapi konsisten, itulah kunci perubahan.
19/04/2026
💛 Nilai Tempat
Nilai Digit
| Monday | 08:00 - 23:00 |
| Tuesday | 08:00 - 23:00 |
| Wednesday | 08:00 - 23:00 |
| Thursday | 08:00 - 23:00 |
| Friday | 08:00 - 23:00 |
| Saturday | 08:00 - 23:00 |
| Sunday | 08:00 - 23:00 |