PPKI SK FAKEH

PPKI SK FAKEH

Share

Laman ini memaparkan segala aktiviti yang melibatkan murid - murid PPKI Sk Fakeh Abd Samad, Kuantan.

Photos from PPKI SK FAKEH's post 28/12/2023

KAMI KREATIF

Program kami ini diselang selikan dengan aktiviti mewarna batik. Dilaksanakan di bengkel kh bersebelahan dengan dewan permainan tradisional.

Setiap murid diberi kebebasan untuk mewarna batik yang disediakan menggunakan kreativiti masing-masing. Murid tekun dan teliti menyiapkan lakaran warna batik masing-masing menggunakan pelbagai warna yang menarik. Hasil batik masing-masing dibawa pulang sebagai kenangan.

Photos from PPKI SK FAKEH's post 28/12/2023

ORANG KAMPUNG

Tema permainan tradisional kami kali ini membawakan suasana bermain di kampung. Murid memakai jersi baru PPKI kami dan memadankan dengan kain pelekat ataupun batik. Memberi sedikit gambaran suasan kampung kepada murid-murid dan turut diselingi dengan lagu-lagu 80-an. Terdapat beberapa permainan yang diperkenalkan kepada anak-anak termasuklah

Gasing
Sabung ayam
Batu seremban
Congkak
Tuju tin
Dam

Murid MBPK bermain dengan seronok dan gembira bersama rakan-rakan. Moga aktiviti seperti ini serba sedikit memberi kesan kepada murid dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual.

Photos from PPKI SK FAKEH's post 28/12/2023

Strike!!!

Murid MBPK teruskan program hari ini dengan menjalankan aktiviti merentas kurikulum di Premium Lanes, Kuantan Plaza kali ini. Seramai 43 orang murid MBPK dan 13 orang guru serta ppm memeriahkan program boling disitu.

Murid kelihatan teruja, bersemangat, gembira dan bergiat aktif sepanjang program berlangsung.

Photos from PPKI SK FAKEH's post 28/12/2023

Program merentas kurikulum, BOLING.
8 NOVEMBER 2023

Program kali ini kami membawa kesemua 43 anak-anak MBPK keluar dari kawasan sekolah. Nampak keterujaan dan keseronokan mereka dari awal pagi. Dapat menaiki bas bersama rakan-rakan. Dapat keluar seketika dari suasana pembelajaran di dalam kelas.

Kami mulakan program kali ini dengan aktiviti senaman pagi, aktiviti lokomoto dan sarapan di Pantai Teruntun, Kuantan. Suasana yang agak redup, cuaca yang cerah memberi peluang kepada anak-anak menikmati suasana yang mendamaikan ini dengan hati yang lapang.

Photos from PPKI SK FAKEH's post 28/12/2023

“Badan Sihat Otak Cergas!”

Walaupun berada di kelas PPKI, murid MBPK SK Fakeh Abdul Samad masih terlibat bersama dalam aktiviti-aktiviti sekolah termasuklah Kejohanan Sukan dan Balapan peringkat SK Fakeh Abd Samad.

Kejohanan Sukan Sekolah telah berlangsung pada Sabtu, 22 Oktober 2023 di padang Sk Fakeh Abd Samad. Sebilangan murid MBPK turut terlibat dengan acara sukan, selain daripada itu mereka juga menyertai acara perbarisan dan persembahan GIMIK Sukan yang diketuai oleh adik Mohd Aidil Putra bin Roslan dari kelas 6 NurKasih.

Photos from PPKI SK FAKEH's post 11/12/2023

_“Seronok sangat nampak gelagat anak-anak kat sana.”_
Antara komen parents anak-anak yang selesai PROGRAM HARI KANAK-KANAK DAN SAMBUTAN HARI LAHIR MBPK 2023 pada 6 Disember 2023 baru-baru ini.

Program berlangsung di Ruang Nilakandi, Hotel DSH, Kuantan. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dann tidak langsung antaranya kelulusan dari pihak PPD Kuantan, sumbangan dari PIBG sekolah, dan yang paling penting parents dan penjaga yang sentiasa support aktiviti sekolah.

Semoga program ini memberi impak positif kepada semua yang terlibat terumatanya anak-anak KPKP Sk Fakeh Abdul Samad.

Lets enjoy the moment together!

Photos from PPKI SK FAKEH's post 30/10/2023

Acara Sukaneka Murid PPKI bagi Kejohanan Olahraga Sk Fakeh Abd Samad kali ke -47 .

Photos from PPKI SK FAKEH's post 30/10/2023

Qistina Adriana binti Abdul Halim sedang menjalani latihan fasa 1 dan fasa 2 yang telah diadakan sejak 8hb Oktober baru-baru ini. Team pahang akan berangkat ke Negeri 9 pada Ahad ini untuk bertanding dalam kejohanan sukan dan balapan pendidikan khas peringkat kebangsaan. Moga kejayaan mengiringi beliau

Photos from PPKI SK FAKEH's post 30/10/2023

Gabungan murid-murid MBPK tahun ini memberi suasana yang berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Moga program seperti ini dapat memberi pengalaman bermakna kepada semua murid-murid dan dapat meningkatkan emosi positif mereka untuk terus belajar dan bersosial dengan rakan,guru, ppm serta orang-orang sekeliling mereka.

Photos from PPKI SK FAKEH's post 20/10/2023

Program muafakat yang seterusnya telah diadakan apda 4 Oktober 2023.

Aktiviti merentas kurikulum tayangan 'Terima Kasih Pahlawan Negara' Malbatt Misi Bakara.

Semua murid PPKI SK Fakeh Abd Samad terlibat. Murid seronok menjalani aktiviti bersama-sama.

20/10/2023

Pelbagai aktiviti disusun memenuhi 3hari 2malam peserta perkhemahan yang dikendali penuh oleh askar-askar di kem perkhemahan tersebut antaranya

Pandu arah
Jalan malam (hutan)
Ikhtiar hidup (cara hidupkan api)
Jalan berhalangan
Joyride
Pameran senjata dan banyak lagi

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan GAMBANG
Kuantan
25150