Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota

Call Directions Website Contact the school

Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota Tahfiz. Akademik. Dinniyah

SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHFIZ INTEGRASI MAHKOTA (SRITIZM), LOT 11517, LORONG BUKIT SETONGKOL MAJU 47, 25200 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

BERILMU*BERIMAN*BERISTIQAMAH

RAYUAN SUMBANGAN PEMASANGAN CCTV SRITIZMBersama Lindungi Sekolah KitaAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dukacita...
16/10/2026

RAYUAN SUMBANGAN PEMASANGAN CCTV SRITIZM
Bersama Lindungi Sekolah Kita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dukacita dimaklumkan bahawa kejadian khianat telah berlaku di kawasan Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota (SRITIZM), Kuantan, Pahang. Foto yang disertakan menunjukkan keadaan kawasan sekolah susulan kejadian tersebut.

Kejadian ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan murid, guru, kakitangan serta harta benda sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik ibu bapa, alumni, orang ramai dan para dermawan untuk bersama membantu menjayakan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik sekolah.

Pemasangan CCTV ini bertujuan untuk:

✅ Meningkatkan keselamatan seluruh warga sekolah.
✅ Membantu memantau pergerakan keluar masuk kawasan sekolah.
✅ Mengurangkan risiko kecurian dan vandalisme.
✅ Membantu pemantauan serta pengurusan sekolah dengan lebih berkesan.

SASARAN DANA: RM6,740.00
Dana ini adalah bagi pembekalan dan pemasangan sistem CCTV seperti yang dinyatakan dalam surat permohonan sumbangan sekolah.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:
Bank: Maybank
Nama akaun: PIBG SRITIZM
Nombor akaun: 5561 6924 1200

Sumbangan juga boleh dibuat dengan mengimbas kod QR DuitNow yang disertakan. Sila pastikan nama penerima ialah PIBG SRITIZM sebelum mengesahkan transaksi.

Untuk pertanyaan:
☎️ 09-5319258
📱 011-10980543

Berapapun nilai yang dihulurkan, setiap sumbangan amat bermakna dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat untuk anak-anak kita.

Sekiranya belum berkesempatan menyumbang, bantulah dengan berkongsi hantaran ini agar rayuan ini dapat sampai kepada lebih ramai pihak.

Semoga Allah SWT membalas segala sumbangan dan keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan dengan sebaik-baik ganjaran. Terima kasih atas sokongan dan doa untuk warga SRITIZM.

“BERILMU, BERIMAN, BERAMAL”

LAPORAN KEJOHANAN CEKAK HANAFI TERBUKA PAHANG 2026KUANTAN, 11 Oktober 2026 – Seramai 14 orang peserta Kelab Tunas Silat ...
13/10/2026

LAPORAN KEJOHANAN CEKAK HANAFI TERBUKA PAHANG 2026

KUANTAN, 11 Oktober 2026 – Seramai 14 orang peserta Kelab Tunas Silat Cekak Hanafi SRITIZM telah menyertai Kejohanan Cekak Hanafi Terbuka Pahang 2026 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Pahang bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2026.

Dalam kejohanan ini, SRITIZM telah menghantar sebanyak 8 pasukan, terdiri daripada 5 pasukan lelaki dan 3 pasukan perempuan.
Senarai pemenang:
Kategori lelaki:
Tempat ke-3: Areej Yusof & Ammar Al-Faruq
Tempat ke-2 : Abrrahman bin Zulkifli
Tempat -1 : Hafizul Hanafi & Mohd Zubair

Kategori perempuan:
Tempat ke-3: Basyasya & Adawiyah
Tempat ke-2: Puteri Balqis
Tempat -1 : T.Puteri Yasmeen & Nur Farahiyah

Alhamdulillah, para peserta SRITIZM telah menunjukkan persembahan yang membanggakan apabila berjaya meraih tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas keberanian, kesungguhan dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Penghargaan juga diberikan kepada para jurulatih dan ibu bapa atas sokongan serta bimbingan yang berterusan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk terus istiqamah dalam mempelajari seni silat. Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri, malah merupakan wadah membentuk disiplin, keberanian, keyakinan diri dan akhlak yang terpuji.

Teruskan berlatih, tingkatkan kemahiran dan jadikan seni silat sebagai bekalan untuk melindungi diri serta memelihara warisan bangsa.

Tahniah, pendekar-pendekar cilik SRITIZM! Terus gagah melangkah, berani kerana benar dan berdisiplin dalam setiap tindakan.
“Cekak Hanafi, Asli dan Murni”

Junior Internal Neboh BCSeorang pelajar SRITIZM Muhammad Hanif Mulya bin Hendri Mulya baru-baru ini telah memasuki perta...
13/10/2026

Junior Internal Neboh BC
Seorang pelajar SRITIZM Muhammad Hanif Mulya bin Hendri Mulya baru-baru ini telah memasuki pertandingan badminton bawah anjuran Neboh BC di dewan badminton sport pc, chukai kemaman dan telah meraih tempat ke-2 dalam pertandingan ini.

Tahniah diucapkan kepada beliau atas pencapaian yang baik ini.

🛑*BULI BUKAN BERANI!*🛑Alhamdulillah, sempena Minggu Kesedaran Kesihatan Mental, Unit Kesihatan & Kebajikan SRITIZM telah...
05/10/2026

🛑*BULI BUKAN BERANI!*🛑

Alhamdulillah, sempena Minggu Kesedaran Kesihatan Mental, Unit Kesihatan & Kebajikan SRITIZM telah berjaya melaksanakan Ceramah Antibuli, Kesan Buli Terhadap Kesihatan Mental!🧠

Program yang penuh pengisian ini telah disampaikan dengan begitu bertenaga oleh penceramah jemputan kita dari Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang,
Sarjan Pazila binti Saad dan Penolong Kaunselor, Puan Mazlinda binti Mohamed 🌟

Melalui ceramah ini, para murid didedahkan secara mendalam tentang bahaya buli fizikal, lisan, emosi dan buli siber serta bagaimana perbuatan tersebut boleh merosakkan emosi dan kesihatan mental mangsa‼️

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan bagi melahirkan suasana sekolah yang lebih selamat, harmoni, dan sejahtera 👏🏼

Kesihatan mental kita adalah keutamaan kita. Katakan TIDAK pada buli! ❌🚫


🌿 *PROGRAM MUKHAYYAM TARBAWI 2026* 🌿Alhamdulillah, telah berlangsung Program *Mukhayyam Tarbawi* Peringkat Sekolah *anju...
05/10/2026

🌿 *PROGRAM MUKHAYYAM TARBAWI 2026* 🌿

Alhamdulillah, telah berlangsung Program *Mukhayyam Tarbawi* Peringkat Sekolah *anjuran Unit Tahfiz & Tarbiah SRITIZM* pada 25 – 26 September 2026 (Jumaat – Sabtu) bertempat di Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota (SRITIZM), melibatkan murid-murid Tahap 2 (Tahun 4 – 6).

Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti pembinaan sahsiah dan jati diri, antaranya:

🤝 Ice Breaking & Team Building
🌙 Qiyamullail
📖 Slot Muhasabah Diri
🏃 Senaman Pagi & Aktiviti Kecergasan

Selain itu, Program Mukhayyam Tarbawi turut memberi penekanan kepada *Kursus Asas Penyembelihan, Kuiz dan Praktikal Penyembelihan* yang disampaikan oleh *Ustaz Nor Hamizi bin Jamaluddin, SMP., PPC. @ PU Mizi* , Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang.

Melalui slot ini, murid didedahkan kepada asas penyembelihan serta pengetahuan berkaitan penyembelihan menurut syarak, diikuti dengan aktiviti praktikal bagi memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung.

Semoga program ini menjadi wadah dalam membina sahsiah, mengukuh jati diri dan melahirkan generasi rabbani yang berilmu, beramal dan bersahsiah mulia.

🌿 _*Membina Sahsiah • Mengukuh Jati Diri • Melahirkan Generasi Rabbani*_




🏹 TAHNIAH ASMA’ RAIHANA! TEMPAT KE-4 CABARAN MEMANAH TOK GAJAHAlhamdulillah, tahniah diucapkan kepada adik Asma’ Raihana...
28/09/2026

🏹 TAHNIAH ASMA’ RAIHANA! TEMPAT KE-4 CABARAN MEMANAH TOK GAJAH

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada adik Asma’ Raihana, murid 4 Muaz Jabal, SRITIZM, atas pencapaian membanggakan dalam Cabaran Memanah Tok Gajah yang telah berlangsung pada 26–27 September.

Dalam pertandingan tersebut, Asma’ telah mempamerkan aksi yang baik dengan mencatat kutipan keseluruhan 597 mata selepas 72 anak panah, sekali gus berjaya meraih tempat keempat bagi kategori U11 Perempuan. 🎯👏

Lebih membanggakan, pencapaian ini turut melayakkan Asma’ menjadi salah seorang wakil daerah Kuantan ke Kejohanan Memanah Pembangunan MSSP peringkat negeri Pahang yang akan berlangsung di Bentong pada bulan hadapan.
Warga Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota (SRITIZM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Asma’ atas usaha, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sama-sama kita doakan agar segala urusan Asma’ di kejohanan peringkat negeri nanti dipermudahkan dan semoga beliau dapat memberikan persembahan yang terbaik. 🤲🏹
Tahniah Asma’ Raihana! Teruskan melangkah dan mengharumkan nama SRITIZM! 🌟









PEMERIKSAAN KESIHATAN GIGI & KEMPEN BUDAYA MENJAGA GIGI 🦷✨"Senyuman sihat, Murid ceria! "😁✨Sukacita dimaklumkan bahawa s...
15/09/2026

PEMERIKSAAN KESIHATAN GIGI & KEMPEN BUDAYA MENJAGA GIGI 🦷✨

"Senyuman sihat, Murid ceria! "😁✨

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Bulan Kesihatan SRITIZM, pihak Klinik Kesihatan Pergigian turut hadir pada minggu ini bagi menjalankan Pemeriksaan Kesihatan Gigi lanjutan Kempen Budaya Menjaga Gigi yang melibatkan semua murid 🦷

Program ini bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan oral murid sentiasa berada pada tahap terbaik di samping memupuk tabiat menjaga kebersihan gigi sejak bangku sekolah lagi.

Kerjasama dan sokongan ibu bapa amatlah dihargai bagi memastikan anak-anak sentiasa mengamalkan budaya menjaga gigi ini di rumah.

Terima kasih kepada pasukan pergigian yang terlibat atas komitmen yang diberikan. 🦷🪥

📢 MAKLUMAN ISU JEREBUAssalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada ibu bapa/penjaga,Dimaklumkan bahawa bacaan Indeks...
15/09/2026

📢 MAKLUMAN ISU JEREBU

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada ibu bapa/penjaga,

Dimaklumkan bahawa bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini adalah 159, iaitu berada pada tahap TIDAK SIHAT.

Sehubungan itu, demi menjaga kesihatan dan keselamatan murid, segala aktiviti luar kelas (outdoor) ditangguhkan serta-merta sehingga bacaan IPU kembali ke status SIHAT.

Pihak sekolah akan terus memantau bacaan IPU semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut keadaan semasa.

Ibu bapa juga digalakkan memastikan anak-anak:
* Membawa dan memakai pelitup muka apabila perlu.
* Minum air secukupnya.
* Mengurangkan aktiviti di luar bangunan.
* Memaklumkan kepada guru sekiranya mengalami batuk, selesema, sesak nafas atau ketidakselesaan akibat jerebu.
* ⁠Murid yang tidak sihat boleh berada di rumah sehingga gejala berkurangan.

Kerjasama dan perhatian semua ibu bapa amat dihargai. Semoga anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah SWT.

UNIT KESIHATAN SRITIZM

♟️ TAHNIAH WAKIL CATUR SRITIZM 2026Alhamdulillah, tiga orang murid SRITIZM telah menyertai Chess Champion @ Kolej Komuni...
13/09/2026

♟️ TAHNIAH WAKIL CATUR SRITIZM 2026

Alhamdulillah, tiga orang murid SRITIZM telah menyertai Chess Champion @ Kolej Komuniti Kuantan yang berlangsung pada 12 September 2026, iaitu:

♟️ Azra Shaziya binti Akmal Azrin
♟️ Azzahra Syaifaa binti Akmal Azrin
♟️ Tengku Muhammad Iqbal bin Tengku Mohd Rozi

Pertandingan ini melibatkan seramai 116 orang peserta sekitar Kuantan dan berlangsung sebanyak 7 pusingan.

Tahniah diucapkan kepada Tengku Muhammad Iqbal bin Tengku Mohd Rozi atas kejayaan memperoleh tempat ke-7 daripada 116 peserta. Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi satu kejayaan bermakna buat warga SRITIZM.

Syabas dan tahniah juga kepada Azra Shaziya dan Azzahra Syaifaa atas keberanian, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada ibu bapa atas sokongan dan galakan yang diberikan. Semoga penyertaan dan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid SRITIZM untuk terus mengembangkan potensi diri dan berusaha mencapai kecemerlangan.

Tahniah dan syabas kepada semua! 🌟

SAMBUTAN HARI MALAYSIA SRITIZM 2026 🇲🇾Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Hari Malaysia SRITIZM 2026 pada 8 Septem...
13/09/2026

SAMBUTAN HARI MALAYSIA SRITIZM 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Hari Malaysia SRITIZM 2026 pada 8 September 2026 dengan tema:

“Menghidupkan Permainan Tradisional”

Murid-murid berpeluang mengenali dan mencuba sendiri pelbagai permainan tradisional yang menjadi sebahagian daripada warisan masyarakat Malaysia. Antara permainannya ialah gasing, ceper, galah panjang, batu seremban, lompat tali getah, congkak, tuju guli, teng teng, sepak raga bulatan dan boling kelapa.

Juga turut diadakan kuiz berkaitan negara Malaysia bagi menguji dan menambah pengetahuan murid tentang Malaysia.

Semoga aktiviti ini dapat menyemai rasa cinta akan negara di samping memastikan permainan tradisional terus dikenali dan dihargai oleh generasi muda.

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

Address

Lorong Bukit Setongkol Maju 47
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota:

Shortcuts

Share

Category