Akademi Al Quran Baba Zahra

Akademi Al Quran Baba Zahra

Share

Kelas Pengajian Al-Quran, Bengkel Al-Quran dan Seminar Al-Quran

02/09/2024

KELAS TAHSIN AL-QURAN

Kami mencari individu yang bersungguh nak baiki bacaan Al-Quran.

Waktu pembelajaran : bebas
Yuran pengajian : seikhlas hati
Kaedah pembelajaran : mula dari IQRA’
Umur : bermula 15 tahun ke atas

Meh WhatsApp terus admin 0129848465


Photos from Akademi Al Quran Baba Zahra's post 12/01/2024

PENDAFTARAN HAJI MUSIM 1445H/2024 SECARA SWASTA BERSAMA MKM SERENDAH RM49,800 TELAH PUN DIBUKA!
~ Tawaran terhad !!! Daftar segera !!!

Alhamdulillah..Musim haji tahun ini hampir tiba dan pendaftaran haji secara swasta telah pun dibuka. Kami menjemput tuan/puan yang berhajat tunai haji secara swasta bersama MKM Ticketing Travel & Tour untuk mendaftar.

Pakej Haji secara swasta ini bermula RM49,800 (Rujuk poster pakej di bawah untuk maklumat harga)

Kelebihan tunai Haji musim ini bersama MKM
✅ Khemah dekat di Mina
✅ Pembimbing Ibadah Berpengalaman yang mendapat tauliah dari Tabung Haji (PEKTA)
✅ Petugas berpengalaman bermula dari pendaftaran, airport semasa pergi dan balik.
✅ 12 Barang Hadiah Haji disediakan
✅ Ziarah & Lawatan sekitar Makkah & Madinah serta Lawatan Luar
✅ Bimbingan - Kursus Intensif Haji sebelum berangkat, Kuliah & ulangkaji sepanjang di Tanah Suci, Soal jawab haji dibawah bimbingan guru agama sepanjang ibadah haji

Selain itu, kelebihan tunai Haji bersama MKM adalah
✅ Tarwiyah - laksanakan ibadah sunnah Tarwiyah pada 8 Zulhijjah
✅ Hotel - jarak dekat dengan masjid
✅ Kargo - Servis kargo disediakan di hotel Mekah & Madinah
✅ Takaful - Pelan Perlindungan Takaful Berkelompok
✅ Kursus - Kursus Haji Intensif di Tanah Air dan Ulangkaji di Tanah Suci
✅ Sajian Makanan secara buffet Asia 3x sehari di Mekah dan Madinah.

BERITA BAIK! - Voucher RM5,000 untuk jemaah haji kump**an pertama. Meliputi - diskaun, pemeriksaan kesihatan & suntikan vaksin, Speed Train, Kits Ekslusif Haji, Air Zam Zam tambahan dan voucher umrah bernilai RM1,000

Bagi yang berhajat, boleh terus hubungi MKM dengan whatsapp pada link di bawah

-> http://www.wasap.my/60129848465/PakejHajiMKM


P/s: Jangan lepaskan peluang tunai haji secara swasta tahun ini. Tawaran ini adalah terhad.



02/01/2024

Jangan takut bila suami tak ada hibah, tapi takutlah bila suami tak boleh nak ke masjid solat subuh berjemaah.

Jangan buang masa berbincang soal simpanan masa hadapan, bila sekarang pun cukup berkira bahkan terlupa untuk bersedekah, takut berkurang segala simpanan, masih risau tak cukup untuk menampung belanja hiburan dan percutian tahunan.

Kehidupan dunia itu bukanlah tempatnya untuk bijak menjana harta apalagi selepas mati, namun ia adalah medan untuk mengumpul kekayaan di negeri abadi kelak.

Selamatkan keluargamu dari miskin di akhirat, itu jauh lebih baik dari bergaduh kerana takutkan miskin di dunia.

Betulkan duniamu, akhiratmu akan menanti dengan segenap kebaikan.

Malulah kepada Tuhan. Malulah.




31/12/2023

KEPENTINGAN & KEDUDUKAN ADAB DALAM MENUNTUT ILMU

Imam Syafi’i RA berkata: “Imam Malik RA berkata kepadaku:

يَا مُحَمَّدُ، اجْعَلْ عِلْمَكَ مِلْحًا، وَأَدَبَكَ دَقِيْقًا
“Wahai Muhammad! Jadikanlah ilmumu seperti garam dan adabmu seperti tepung.”

Abdur Rahman ibn al Qasim RA berkata: “Aku berkhidmat kepada Imam Malik RA selama 20 tahun; 2 tahun daripadanya untuk mempelajari ilmu dan 18 tahun untuk mempelajari adab. Alangkah baiknya, jika aku dapat menjadikan seluruh masa tersebut untuk mempelajari adab.”

Ada yang mengatakan: “Apabila dalam diri seseorang pengajar tergabung tiga perkara, maka sempurnalah nikmat yang dirasakan oleh pelajar: Kesabaran, tawadhu’ dan akhlak yang baik. Apabila dalam diri seseorang pelajar tergabung tiga perkara, nescaya akan sempurnalah nikmat yang dirasakan oleh pengajar: Akal, adab dan pemahaman yang baik.”

24/12/2023

DOA MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH

Ucapkanlah ketika hendak memohon keampunan kepada Allah SWT:

اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي جِدِّي وَ هَزْلِي، وَ خَطَئِي وَ عَمْدِي، وَ كُلَّ ذَالِكَ عِنْدِي.

“Ya Allah, ampunilah perbuatanku ketika aku serius dan bergurau, ketika aku tersalah dan tersengaja, yang semua itu dari sisiku.”
[Riwayat Ibn Abi Syaibah]




22/12/2023

4 Ciri-Ciri Orang Yang Tidak Di Sentuh Api Neraka.

1. Hayyin
-adalah orang yang tidak mudah marah.
Dia juga tidak s**a mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain.
Jiwanya sangat teduh dan tenang.

2. Layyin
-adalah orang yang sopan dan baik dalam kata-katanya.
Lembut dan tidak s**a bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain.
Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat.

3. Qarib
-adalah seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain.
Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam.

4. Sahl
-adalah orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak s**a berbelit-belit, tidak s**a mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain.

20/12/2023

Permudahkan, jangan dipayahkan. Orang yang memudahkan urusan orang lain di dunia, Allah akan mudahkan urusannya di akhirat.

Sebarkan khabar gembira, jangan jadi asbab untuk orang menjauh dari kita. Orang yang selalu bercakap yang baik-baik, dengan cara yang baik, kebaikan p**a yang akan datang kepadanya.

Orang yang s**a pilih cara yang kasar, marah-marah dan menyakitkan hati orang lain, manusia akan lari jauh darinya. Tiada siapa yang s**a dan tiada siapa yang akan mengambil manfaat.

Sabda Rasulullah SAW :

يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

“Permudahkan dan jangan menyukarkan. Berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari menjauhkan diri”

[Riwayat Al-Bukhari (67)]

Selamat pagi semua.



12/12/2023

DOA KETIKA DITIMPA KESUSAHAN

Sekiranya sesuatu musibah menimpanya, maka ucapkanlah:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ . اللَّهُمَّ عِنْدَكَ أَحْتَسِبُ مُصِيبَتِي، فَأْجُرْنِي فِيهَا، وَأَبْدِلْنِي مِنْهَا خَيْرًا.

“Sesungguhnya kami daripada Allah dan kepadaNya kami kembali.
Ya Allah, di sisiMu aku mengharapkan Pahala pada musibah yang menimpaku, maka berilah aku Ganjaran padanya dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya”
[Riwayat al Tirmizi dan al Hakim]



15/11/2023

Doa ini pendek tapi merangkumi 10 perkara yang sangat penting.

Sangat mudah untuk dihafal dan diamalkan setiap kali selesai solat. Saya tulis juga dalam tulisan rumi bagi membantu yang tidak berapa cekap membaca tulisan Arab.

InsyaAllah, mustajab doanya dan dikurniakan apa yang kita minta.

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ
Allāhumma innā nas aluka salāmatan fiddīn.
Ya Allah, kami mohon keselamatan bagi agama kami.

وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ
Wa ‘āfiyatan fil jasad.
Tubuh badan yang sihat.

وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ
Wa ziyādatan fil ‘ilm
Ilmu yang sentiasa bertambah.

وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ
Wa barakatan fir rizq.
Rezeki yang berkat.

وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ
Wa taubatan qablal maut.
Taubat sebelum meninggal dunia.

وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ
Wa rahmatan ‘indal maut.
Rahmat ketika meninggal dunia.

وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Wa maghfiratan ba’dal maut.
Keampunan selepas meninggal dunia.

اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
Allāhumma hawwin ‘alainā fī sakarātil maut.
Ya Allah, mudahkanlah proses kematian kami.

وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ
Wannajāta minannār
Keselamatan dari api neraka.

وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Wal ‘afwa ‘indal hisāb
Kemaafan ketika amalan dihitung.

Semoga Allah jadikan kita semua sentiasa ingat dan kembali kepadaNya tidak kira di waktu senang atau pun susah.

Siapa yang ingat Allah ketika senang, Allah akan ingat dia ketika susah. Siapa yang datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepadanya dengan berlari.

Mohonlah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Mintalah apa saja, kerana Allah itu maha mendengar.


15/09/2023

Yang baik itu datangnya dari Allah. Yang buruk itu juga datangnya dari Allah.

Jadi, bila dapat sesuatu yang baik, kembalikan syukur dan pujian hanya kepada Allah. Kita ini takde apa-apa daya, kekuatan atau pun keistimewaan melainkan hanya dengan izin Allah.

Bila dapat sesuatu yang tak baik p**a, kembalikan aduan dengan sabar juga kepada Allah. Allah yang mencipta keburukan, Allah juga yang berkuasa untuk menghilangkan keburukan itu dari kita.

Biasanya, nak bersyukur dan memuji Allah bila dapat sesuatu yang baik tidaklah sesusah mana. Tapi untuk mengadu dengan sabar kepadaNya bila ditimpa kesusahan, itu yang susah tu.

Yang mudahnya ialah mengeluh, marah-marah, salahkan orang lain, putus asa dan kecewa.

Sedangkan yang sepatutnya, balik semula kepada Allah. Redha dengan ketentuanNya. Dekatkan diri kepadaNya. Minta ampun atas segala salah dan dosa.

Ingat, Allah ada dan memerhatikan setiap gerak langkah kita. Allah bukan saja mendengar dan memakbulkan doa kita, tapi Allah juga sentiasa menanti kita untuk meminta kepadaNya. Mintalah sungguh-sungguh hanya kepadaNya.

Minta pada manusia, manusia ada had dan batasnya. Minta pada Allah, Allah maha berkuasa atas segala-galanya.

Selamat pagi semua.

08/06/2023

Orang yang buat baik pada kita, kita pasti akan ingat.

Tambah lagi kalau banyak kali dia buat baik pada kita. Lagi la kita akan ingat.

Dalam tak sedar, Allah sentiasa buat baik pada kita. Bukan sekali, bukan berkali-kali, bahkan pada setiap masa Allah buat baik pada kita.

Dari pagi tadi sampai ke saat ini, Allah masih lagi tak berhenti buat baik pada kita. Jenuh nak kira betapa banyaknya kebaikan yang dah Allah bagi pada kita sejak kita buka mata pagi tadi sampai sekarang.

Nikmat hidup. Nikmat buka mata. Nikmat buang air. Nikmat segar. Nikmat sihat. Nikmat boleh sarapan. Nikmat dapat pergi kerja. Nikmat berkenderaan. Nikmat hirup udara segar. Nikmat lihat pemandangan cantik.

Seribu satu nikmat. Tak terhitung banyaknya.

Namun kita selalu tak ingat Allah seperti mana kita ingat kat manusia yang buat baik pada kita. Padahal Allah pada setiap saat buat baik pada kita.

Kita langgar perintah Allah. Kita buat s**a hati kita tanpa peduli dosa pahala, syurga dan neraka.

Ingatlah Allah.

Patuhi perintahNya. Tinggal segala laranganNya. Bersegera dan berlumba buat kebaikan sebagai bekal menuju ke syurga.

Hanya dengan ingat pada Allah, hati akan jadi tenang.

Selamat pagi semua.




Photos from Akademi Al Quran Baba Zahra's post 01/06/2023

[KINI DIBUKA] - "Umrah: Menghadap Kepada-Nya dalam Perjalanan Suci. Dapatkan pengalaman spiritual yang tak terlupakan bersama MKM. Perjalanan yang selesa, penginapan berkualiti, dan mutawif yang berpengalaman menanti anda. Daftar sekarang dan rasai kehadiran-Nya dalam hati anda."

Jom sertai ibadah umrah bersama MKM dengan penerbangan pertama selepas musim haji seawal bulan 8 2023 ini..Jadi yang terawal untuk ke tanah suci dengan pakej ekonomi serendah RM7990.

Kenapa anda kena pilih MKM?
✅ Penerbangan terus (KUL-JED /MED-KUL)
✅ Kelengkapan umrah disediakan - beg kasut, beg pakaian, beg kabin, beg sandang & Buku panduan umrah
✅ Bas berhawa dingin dan 'Speed Train'
✅ Fullboard Madinah & Sarapan pagi di Makkah
✅ Hotel 50m dari Masjidil Haram
✅ Hotel 100m dari Masjid Nabawi
✅ Insurans Cashless Umrah Medicare
✅ Mutawif yang berpengalaman

Seat adalah terhad. Boleh terus wasap pada link dibawah untuk lebih info & pendaftaran;
-> http://www.wasap.my/60129848465/umrah2023/2024
-> http://www.wasap.my/60129848465/Umrah2023/2024




Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jaya Gading
Kuantan