21/08/2017
Education toy
Wassup 0139312684
Menjual Alat Bantu Mengajar khusus untuk guru tadika dan taska. Alatan yang sesuai digunakan untuk "
21/08/2017
Education toy
Wassup 0139312684
14/10/2016
ARGHhhhhhhh....Anda ada masalah berebut HP dengan Anak?????
Ini SOLUSINYA...
😀Tingkatkat kreativiti anak anda dengan SPECIAL CLAY..
😀 Pelbagai warna yang menarik.
😀Sesuai untuk aktiviti bersama di hujung minggu..
Asaalammualaikum...ada yg minat tak..cepat Pm Rini 0139312684..
08/09/2016
Sejadah yang top di Astro dan di IG anak syurga pelakon Scha Alyahya.InshaAllah material cun dan designnya juga sangat menarik,berwarna-warni.😍
Details produk:
☑material - diadora (sejenis material slightly mcm felt - lembut)
☑Size 50cm x 85cm
☑Sejadah biasa @ beg
InshaAllah ada penambahan design 😊
Surat Terbuka buat ibu bapa yang bakal menghantar anak ke sekolah tadika atau sudah pun menghantar.
Semoga perkongsian ini dapat melapangkan hati kita semua.
1. Tadika umpama syurga dunia buat anak-anak. Jangan samakan tadika dengan sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun universiti. Di dalam syurga ada apa? Dalam syurga ada kebahagiaan, kegembiraan, kedamaian, kebebasan. Tadika itu penuh warna warni, penuh dengan tawa, sangat riuh dengan suara anak-anak - Baik. Sudah set kan dalam minda kita rupa TADIKA?
Di tadika sama sekali tak akan berlaku anak berdiri atas kerusi, anak berdiri di luar kelas, anak kena rotan, anak kena maki, anak kena denda pandang dinding. Jika ini berlaku maka something to do with the teachers dan juga sistem sekolah tersebut.
Anak-anak ditegur dengan cara memberi galakkan, anak-anak dinasihatkan dengan cara memperbanyaakkan role play, anak-anak dipujuk dengan memperbanyakkan menyanyi dan menari, anak-anak digembirakan dengan banyakkan kata-kata pujian.
2. Tadika bukan tempat untuk belajar MEMBACA sahaja. Di tadika lah anak-anak belajar berkawan, belajar berkongsi, belajar menunggu giliran, belajar mengawal emosi, belajar memohon maaf, belajar rutin harian, belajar menyusun kasut, belajar menjaga barang kepunyaan sendiri, belajar menghormati orang yang lebih dewasa......banyaknya mereka kena belajar. Belajar ini semua kena pakai buku kah. Sudah tentu TAK PERLU! Then kenapa belikan beg sekolah anak tadika yang besar gedabak? Nak suruh anak bawa ensiklopedia kah? Mak pengetua tak faham ni 😂
3. Tadika bukan tempat PERTAMA dan UTAMA anak-anak belajar. Tempat PERTAMA dan UTAMA adalah di rumah kita sendiri. Jadi GURU yang pertama adalah kita sebagai ibubapa mereka. Apabila kita faham konsep ini, maka kita tak akan sewenang-wenangnya menyalahkan anak kenapa anak tak pandai membaca. Jika kita faham konsep ini maka kita tak akan cakap cikgu tak pandai ajar anak saya.
4. Tadika bukan tempat kita nak ukur kepandaian akademik anak semata-mata. 'A' bukan matlamat. Buku latihan yang banyak bukan petanda anak boleh masuk Universiti 15 tahun lagi dari umur dia sekarang. Anak-anak tadika tak sepatutnya tidur lewat semata-mata nak suruh dia buat latihan sebab esoknya ada exam tadika 😲😲😲
Marilah kita mohon kepada Allah. Janganlah Allah bebankan kita dengan asyik duk fikir bila anak aku nak pandai. Itulah 'zikir' kita - anak aku tak pandai baca lagi, macamana nak exam linus, macamana nak dapat duduk kelas pandai.
Usahlah kita sempatkan pemikiran kita, anak yang pandai tu anak yang tahu baca sahaja. TIDAK! Anak bukan kena pandai baca sahaja. Kena pasak dalam jiwa, ke ingat dalam kepala. Semua anak pandai dan bijak belaka.
Tugas kita hanya boleh memberikan ransangan dan galakkan kepada mereka. Umur 4 - 6 tahun ni belum bersedia lagi anak nak kena bantai sebab tak pandai baca. Itu akan hanya spoilkan jiwa anak.
Jangan bunuh jiwa mereka hanya kerana mereka tak pandai membaca. Raikan usia muda merek. Belajar dalam keadaan yang bahagia dan gembira.
Itu sahaja dari Mak Pengetua. Selamat mendaftar anak untuk tahun hadapan.
;)
25/08/2016
Menghafaz dengan lebih mudah .
25/08/2016
25/08/2016
25/08/2016