19/08/2026
🌟 KENALI SIFAT NABI MUHAMMAD SAW 🌟
📆Hari: Rabu
🧾Tarikh: 19 Ogos 2026
Anak-anak 5 Ibnu Khaldun mengikuti aktiviti kreatif sambil mengenali dan mempelajari sifat-sifat mulia Nabi Muhammad SAW. ❤️
Melalui aktiviti ini, anak-anak didedahkan dengan 4 sifat wajib bagi Rasul iaitu:
✨ Siddiq – Benar
✨ Amanah – Boleh dipercayai
✨ Tabligh – Menyampaikan
✨ Fatanah – Bijaksana
Semoga anak-anak dapat mengenali, memahami dan mencontohi akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian. 🤲💚
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik.” 🌹
❤️💚