Mat Ri ye
UBK Semsas
Page ini memuatkan sebarang informasi terbaru sekolah serta program yang berlangsung. Terima kasih.
25/02/2026
Wah bestnyeee..jom datang!!
Assalamualaikum wbt kepada semua warga muka buku, salam Ramadan hari ke 7...Dengan rasa sukacitanya pihak sekolah ingin menjemput semua ibubapa & Exsas untuk turut hadir bagi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Terbuka di Padang Semsas . Semoga kehadiran semua memberi makna kepada anak-anak syurga SEMSAS.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ، واغْفِرْ لَهُمْ، وارْحَمْهُمْ
"Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada mereka, ampunkanlah dosa mereka, dan rahmatilah mereka".
Tarikh : 28 Februari 2026
Hari : Sabtu
Masa : bermula mengambil tempat di Padang 5.30 petang
Keperluan : Tikar, juadah berbuka & plastik sampah
Kehadiran : semua dijemput hadir
24/02/2026
19/02/2026
Panduan Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik 2027.
19/02/2026
Marhabah Ya Ramadan
DOA MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADAN
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”
Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a (913) dan Abu Nu’aim al-Asbahani di dalam Hilyah al-Auliya’ (3/69)
10/01/2026
Ayuh semua💪🏻💪🏻💪🏻 anak² SEMSAS 2026, kita lebih semangat & cemerlang!!
SELAMAT KEMBALI KE BUMI HIDUP BERJASA SEMUA
07/01/2026
Tenaga Pengajar SEMSAS 2026
31/12/2025
Welcome 2026
Semoga SEMSAS lebih cemerlang dan gemilang pada tahun 2026.
30/12/2025
SS KPM Bil. 5 Tahun 2026 - Dasar Pemakaian Tali Leher
📌 Makluman Rasmi KPM | Pemakaian Tali Leher Murid Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa mulai tahun 2026, murid sekolah TIDAK diwajibkan memakai tali leher ke sekolah.
➡️ Walau bagaimanapun, pemakaian tali leher masih dibenarkan jika dipersetujui bersama oleh pihak sekolah dan ibu bapa.
➡️ Tiada paksaan atau tekanan dibenarkan ke atas murid berkaitan pemakaian tali leher.
Keputusan ini mengambil kira:
• Faktor iklim Malaysia yang panas dan lembap
• Keselesaan murid
• Keprihatinan terhadap beban kewangan ibu bapa
📄 Dasar ini berkuat kuasa serta-merta seperti yang dinyatakan dalam Surat Siaran KPM Bil. 5 Tahun 2025.
🔹 Maklumat ini diharap dapat mengelakkan salah faham di peringkat sekolah dan ibu bapa.
28/12/2025
Hai gaisssss!!!!
PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 dan 4 TAHUN SEMSAS TAHUN 2026
Tahniah diucapkan kepada anak tuan/puan kerana terpilih sebagai murid Tingkatan 1 atau murid Tingkatan 4
di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Berikut merupakan makluman penting berkaitan pendaftaran untuk tindakan tuan/puan/ ibu bapa/penjaga murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2026 :
Tarikh : 13 Januari 2026
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Al-Kawarizmi, SEMSAS.
Lain-lain pemakluman/pemberitahuan akan disalurkan melalui channel telegram dari semasa ke semasa.
NOTA:
1. Ibu bapa diminta menyediakan Slip Gaji, Buku Tawaran Kemasukan SBP, laporan kesihatan, gambar berukuran passport dan dokumen berkaitan yang diperlukan untuk diserahkan semasa hari pendaftaran.
2. Ibu bapa juga perlu memuat turun aplikasi TELEGRAM di telefon bimbit masing-masing. Hal ini kerana hebahan maklumat sekolah dilakukan menerusi Channel Telegram.
❇️Group Telegram Pendaftaran Murid tingkatan 1 & tingkatan 4 tahun 2026:
https://bit.ly/SEMSAS2026_T1T4
Pihak sekolah turut mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan murid menjadi warga SEMSAS.
SEMSAS, HIDUP BERJASA!
Terima kasih.
Video yg ditunggu-tunggu. Tahniah As-Siddiq & Al-Farabbi
https://vt.tiktok.com/ZS5e7qAfD/
Terima kasih Zack Zawani sudi hadir untuk meletuskan semarak kecemerlangan semangat dan motivasi kpd dak² kesayangan Semsas ni...https://linktr.ee/zackzawani (utk yg berminat utk menjemput beliau)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
Kuantan
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |