UBK Semsas

Directions Website

UBK Semsas Page ini memuatkan sebarang informasi terbaru sekolah serta program yang berlangsung. Terima kasih.

22/09/2026
Program SAFE )School Anti-Bullying Framework for Empowerment) SemsasSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapk...
03/08/2026

Program SAFE )School Anti-Bullying Framework for Empowerment) Semsas

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SEMSAS atas komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan Program KPM Safe.

PRS merupakan barisan pemimpin murid yang memainkan peranan penting sebagai rakan yang prihatin, pendengar yang baik serta penghubung antara murid dan guru. Melalui penglibatan aktif mereka, budaya saling menghormati, saling membantu dan peka terhadap kesejahteraan warga sekolah dapat terus diperkukuh.

Semoga PRS SEMSAS terus menjadi ejen perubahan dalam mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang selamat, harmoni, bebas daripada buli serta kondusif untuk perkembangan setiap murid.

Bersama kita jayakan KPM Safe – Sekolah Selamat, Murid Sejahtera.



Semoga usaha murni ini terus menyemai budaya sekolah yang selamat, penyayang dan saling menyokong demi kesejahteraan seluruh warga SEMSAS.

03/08/2026
::: Kami sedia membantu ::: Semsas
13/07/2026

::: Kami sedia membantu ::: Semsas




thrawback aktiviti anak-anak minggu lepas, antaranya Program Hala Tuju Pendidikan untuk tingkatan 4, moga keprihatinan d...
12/07/2026

thrawback aktiviti anak-anak minggu lepas, antaranya Program Hala Tuju Pendidikan untuk tingkatan 4, moga keprihatinan dan kasih sayang daripada kami memberi manfaat kepada kalian. Teruskan berusaha dan bersemangat!

Anda Hebat!



05/07/2026

👩‍🏫 “SAYA TAK PERCAYA ANAK SAYA BEGINI. ANAK SAYA TAK PERNAH MENIPU, CIKGU!”

Setiap ibu bapa mengenali anak mereka. Tetapi guru juga melihat sisi anak yang mungkin tidak pernah muncul di rumah.

Anak boleh berkelakuan berbeza apabila bersama rakan, berada di sekolah atau berhadapan dengan situasi tertentu. Malah, kanak-kanak yang baik juga boleh melakukan kesilapan, menyembunyikan perkara sebenar atau membuat keputusan yang kurang tepat.

Itu sebahagian daripada proses mereka belajar dan membesar.

Apabila guru berkongsi sesuatu tentang anak, jangan terus percaya bulat-bulat — tetapi jangan juga terus menafikan.

👂 Dengarkan penjelasan guru.
🔍 Fahami situasi sebenar.
💬 Dengar juga penjelasan anak.
🤝 Bincang dengan tenang dan terbuka.

Tujuannya bukan untuk mencari siapa yang salah. Tujuannya adalah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan membantu anak memperbaiki kesilapan.

Membela anak tanpa mengetahui cerita sebenar mungkin menyebabkan mereka belajar bahawa setiap kesilapan akan sentiasa dilindungi. Sebaliknya, terus menghukum tanpa mendengar penjelasan mereka juga tidak adil.

❤️ Percayalah kepada anak, tetapi didik mereka untuk bertanggungjawab. Hormatilah guru, tetapi sentiasa cari kebenaran dengan adil.

Ibu bapa dan guru bukan lawan. Kedua-duanya berada di pihak yang sama — mahu melihat anak menjadi lebih baik.

Program Intervensi Salah Laku Seksual: Mastering Challenges of Becoming a TeenagerTarikh : 4/7/2026Penglibatan : Tingkat...
04/07/2026

Program Intervensi Salah Laku Seksual: Mastering Challenges of Becoming a Teenager
Tarikh : 4/7/2026
Penglibatan : Tingkatan 1&2

Terima kasih team Dr Bisha yg acap kali hadir ke Semsas utk perkongsian berkenaan isi remaka/kanak-kanak ini

Moga anak-anak mendapat manfaat🌸







Semsas Cakna: Pengurusan Minda Sihat & Alert of Cyberbully dari Pensyarah MSUTarikh : 3/7/2026Penglibatan : Tingkatan 3&...
04/07/2026

Semsas Cakna: Pengurusan Minda Sihat & Alert of Cyberbully dari Pensyarah MSU
Tarikh : 3/7/2026
Penglibatan : Tingkatan 3&4

Moga anak-anak mendapat info serba sedikit dan semoga anak-anak sentiasa dilindungi daripada perkara yang melalaikan dan merosak masa depan🌸…aminn







26 Jun 2026Slot bersama-sama Guru Kaunseling untuk murid-murid tingkatan 1&2. Penerangan Interpretasi Inventori Gaya Bel...
28/06/2026

26 Jun 2026
Slot bersama-sama Guru Kaunseling untuk murid-murid tingkatan 1&2.
Penerangan Interpretasi Inventori Gaya Belajar VARK

Moga anak-anak mendapat manfaat dan menyesuaikan diri dalam proses pembelajaran berdasarkan teknik Gaya Belajar yang dibimbing yang dilihat melalui keunikan seseorang, seperti melalui kaedah visual, auditori, membaca/menulis, atau kinestetik.

Model VAK/VARK: Membahagikan gaya belajar kepada Visual (penglihatan), Auditori (pendengaran), Membaca/Menulis, dan Kinestetik (sentuhan dan pergerakan fizikal).

Pembelajaran Terbeza (Differentiated Instruction): Pendekatan falsafah pengajaran yang menyesuaikan kaedah penyampaian agar sesuai dengan tahap kesediaan, minat, dan profil gaya belajar setiap pelajar secara holistik.







Address

Kuantan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK Semsas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category