05/11/2024
Assalamualaikum…Get ready for an unforgettable adventure. Join us for a live podcast experience. Our next guest with the esteemed Ustaz Dato’ Badli Shah Alauddin and Habib Ali Zainal Abidin
➡ Date: 22 – 25 November
➡ Location: Kuala Lumpur
➡ Duration: 4 days, 3 nights of inspiration, insights, and connection!
Don’t miss the chance to dive deep into travel, culture, and enriching discussions with two of the most influential voices in the community.
Limited slots available!
Call us at 67213357 or 98775757 for inquiries, or DM us at kembaraustaz.sg to secure your spot!
Let’s embark on this beautiful journey together!
05/11/2024
Assalamuamaikum
Madkhal bersama saya dalam sesi eksklusif rakaman Modul Fardu Ain
Ayuh sama-sama kita mempelajari ilmu Fardu Ain dengan lebih mendalam melalui aplikasi Madkhal. Muat turun sekarang di App Store dan Google Play Store
https://www.madkhal.app
05/11/2024
Assalamualaikum
Usai 3 hari, saya telah berhasil mengunyah naskhah istimewa hari ini – buku autobiografi berjudul “JOEY”; susunan saudara Johari bin Mat Rozekhi atau nama pentasnya, Joey BPR
Buku ini merakamkan segala kisah hidup beliau sebagai seorang penyanyi Rock. Penulisan buku ini merupakan cetusan idea dan juga inspirasi dari permintaan terakhir Allahyarham PyanHabib yang sering mengikuti coretan Joey di FB. Allahyarham mencadangkan agar cerita-cerita itu dikumpul dan diterbitkan
Ya, sebelum ini saya dan ramai pembaca sering menatap catatan Joey di Facebook, dan beliau memang seorang pencerita yang mengasyikkan
Sememangnya Joey merupakan seorang storyteller yang sederhana namun persuasif. Beliau mampu membawa kita menerobos ke terowong masa, mengingat kembali zaman muda yang penuh keindahan dan warna warni
Buku ini bukan hanya kisah beliau…Ada ceritera Allahyarham Bob Lokman, Allahyarham JS Kevin, Allahyarham Mamat Khalid, Allahyarham Yazid, Man Kidal, Allahyarham Samad, Allahyarham Man Dayak, Allahyarham Saleem, Allahyarham Shamrin, Allahyarham Dato’ Sudirman dan ramai lagi; termasuklah kisah-kisah promoter dan pengurus dalam industri seperti Ali Bakar, Mike Bernie, Banu, Rockmaster, Pak Syed, Sajiman, Dato’ Daud, Nik Rustyblade, Dollah Batcha, Dollah Satay, Cikgu Rahim, Usop Tapai (Lefthanded) dan lain-lain
Terima kasih Joey…Storytelling is an art of being human
30/07/2024
Assalamualaikum
Raja Pahang Raja berdaulat
Mengambil berat hati rakyat
Mendapat sanjungan rakyat jelata
Raja dan rakyat berpisah tiada
Ambil tali panjangan tujuh
Kapal dagang di tengah laut
Tuanku laksana tali yang teguh
Hamba rakyat tumpang berpaut
Daulat Tuanku…Allahu Akbar
10/05/2023
KHATAM MIB 100 SUNNAH RASULULLAH YANG DILUPAKAN bersama Sahibul Fadhilah Ustaz Dato’ Badli Shah bin Haji Alauddin, Timbalan M***i Kerajaan Negeri Pahang.
Share dan tontonlah bersama keluarga kita. Semoga ada manfaatnya buat semua.
Kira, bayar dan semak zakat anda secara 'online' di www.zakatpahang.my dan berwakaf di www.wakafpahang.my
11/03/2023
Assalamualaikum
Usai 5 hari, saya telah berhasil mengunyah naskhah istimewa hari ini – buku berjudul “65 Tahun Muzik Rock di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955 – 1986)”
Buku ini merupakan susunan Prof. Madya Dr. Muhamad Takiyuddin bin Ismail, Ketua Kluster Sains Politik & Hubungan Antarabangsa di Pusat Kajian Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA) UKM
Ya, ini merupakan hasil susunan seorang ahli akademik yang bagi saya amat gigih. Saya mengikuti rapat perkongsian beliau di FB sepanjang proses mendapatkan maklumat dan seterusnya semasa proses penerbitan. Sebagai seorang akademia yang memiliki penulisan serta jurnal saintifik berimpak tinggi (terindeks WoS, Q4 hingga Q1), Dr. Takiyuddin telah membawa budaya dan disiplin akademik dalam penulisannya
Melalui buku ini; beliau membahaskan persoalan rock bukan sekadar dari sudut pakaian, album atau konsert yang hanya berlegar kepada topik dan gossip penyanyi, pemuzik, komposer ataupun penulis lirik – tetapi beliau melihat rock sebagai sebuah “ekosistem”
Dr. Takiyuddin telah memperincikan kronologi babak rock yang berlaku di peringkat nasional, bermula dari era 1950-an hinggalah ke permulaan glam rock Melayu pada tahun 1986 – dengan didukung oleh kaedah penyelidikan dasar yang melibatkan temu bual terhadap 187 informan dan rujukan sekitar 15 ribu sumber arkib
Berdasarkan tipologi 65 tahun muzik rock di Malaysia, saya secara peribadi adalah generasi Era Emas (1986 – 1990) yang dikategorikan oleh Dr. Takiyuddin sebagai Era Penginstitusian (1986 – hingga kini)
Namun lebih awal dari itu, Almarhum Ayahanda saya sendiri merupakan gitaris kumpulan The Red Stone (TRS) yang aktif pada tahun 1967 – 1969 (Era Formasi 1964 – 1969). Maka saya membesar dengan melihat perkembangan muzik rock secara dekat dan aktif, namun berhenti mengikutinya ketika rock memasuki zaman balada leleh dan mendayu-dayu (Era Kemerosotan 1991 – 1994)
Bermula saat itu, kenangan epok rock hanya dapat dihayati menerusi watak-watak kartun garapan Gayour (The Art Of Gayour) yang berkarya di majalah Gelihati, Gila-Gila dan Ujang. Atau kemudiannya muncul Allahyarham Mamat Khalid yang merakamkan babak epok rock menerusi perjalanan hidup kumpulan Rimba Bara dalam sekuel Rock (2005) dan Rock Oo (2012). Untuk halwa telinga, kerinduan terubat dengan mendengar bidikan Korbiye Guitar Channel menerusi backing track beliau
Secara profesional, saya pernah terlibat dalam kajian berkaitan rock pada tahun 2001 ketika negara dilanda masalah amalan dan perbuatan kumpulan Black Metal, Heavy Metal, Proto Metal, Doom Metal, Power Metal, Speed Metal, Thrash Metal, Death Metal dan Progressive Metal
Sebagai Pegawai Penyelidik di Jabatan Agama Islam Pahang, saya telah ditugaskan untuk membuat kajian berkaitan Black Metal untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) bagi dijadikan kertas asas kepada fatwa pengharaman. Namun ketika itu, memang sukar mencari rujukan berkaitan sejarah rock di Malaysia
Maka tidak keterlaluan saya katakan, buku Dr. Takiyuddin ini merupakan bacaan berautoriti pertama yang dapat menghamparkan – secara akademik – perkembangan yang berlaku dalam babak muzik rock sejak 65 tahun yang lepas
Saya mendoakan beliau berjaya meneruskan penggalian babak glam rock Melayu yang memuncak dari tahun 1987, dan seterusnya dapat mengisi jurang kajian berkaitan babak rock di negeri-negeri, peranan media dan ekosistem rock secara lebih khusus
Terima kasih Dr. Takiyuddin
28/12/2022
Kuliah Dhuha Minda Imam Besar Siri 43 "100 SUNNAH RASULULLAH YANG DILUPAKAN" secara 'ONLINE' bersama Ustaz Dato’ Badli Shah bin Haji Alauddin.
dan tontonlah bersama keluarga kita. Ada manfaatnya buat semua. Kira, bayar dan semak zakat anda secara 'online' di 🌐 www.zakatpahang.my
21/07/2022
Jom sertai Bicara Niaga Eksklusif: Usahawan Gemilang, Melayu Terbilang yang akan diadakan pada 23 Julai 2022 (Sabtu), bertempat di Menara Legasi, Kampung Bharu