Kolej Yayasan Pahang Official

Kolej Yayasan Pahang Official Kolej Yayasan Pahang Sekolah Seni & Kemanusiaan
Sekolah Sains & Teknologi

ππ„π˜πŽππƒ ππ‹π€ππ“π€π“πˆπŽπ & π€π†π‘πŽπ“π„π‚π‡ππŽπ‹πŽπ†π˜: π„π—ππ‹πŽπ‘π„ π˜πŽπ”π‘ 𝐂𝐀𝐑𝐄𝐄𝐑 𝐏𝐀𝐓𝐇11 Ogos 2026 | Taman Gelora - Sempena Hari Terbuka KYP 2026,...
18/08/2026

ππ„π˜πŽππƒ ππ‹π€ππ“π€π“πˆπŽπ & π€π†π‘πŽπ“π„π‚π‡ππŽπ‹πŽπ†π˜: π„π—ππ‹πŽπ‘π„ π˜πŽπ”π‘ 𝐂𝐀𝐑𝐄𝐄𝐑 𝐏𝐀𝐓𝐇

11 Ogos 2026 | Taman Gelora - Sempena Hari Terbuka KYP 2026, satu Ceramah Kerjaya bersama Pengurus Operasi Perladangan, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA),
Tuan Mohd Ridzuan bin M.Zani telah diadakan yang melibatkan pelajar Diploma Pengurusan Industri Perladangan (DPI) dan Diploma Agroteknologi (DPT), Kolej Yayasan Pahang.

Sesi ini berlangsung secara interaktif dan santai melalui perkongsian pengalaman sebenar dalam industri, sesi soal jawab serta perbincangan bersama para pelajar. Perkongsian memberi fokus kepada realiti dunia pekerjaan, pengurusan operasi perladangan, peluang kerjaya serta kemahiran dan kompetensi yang diperlukan oleh pihak industri.

Pelajar turut berpeluang berinteraksi secara langsung dengan wakil industri dengan mengemukakan soalan berkaitan laluan kerjaya, cabaran pekerjaan, kemahiran yang diperlukan serta persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Interaksi dua hala ini membantu pelajar mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan realistik tentang peluang kerjaya dalam sektor perladangan dan agroteknologi.

Secara keseluruhannya, sesi ini berjaya mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih aktif, interaktif dan berorientasikan industri, di samping meningkatkan pengetahuan, keyakinan dan kesediaan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan.

PROGRAM TAMBAH NILAI BLENDER ANJURAN WARNAKALA STUDIOS10 dan 11 Ogos 2026 - Pihak Kolej Yayasan Pahang telah menganjurka...
18/08/2026

PROGRAM TAMBAH NILAI BLENDER ANJURAN WARNAKALA STUDIOS

10 dan 11 Ogos 2026 - Pihak Kolej Yayasan Pahang telah menganjurkan program tambah nilai bertajuk β€œ3D Blender for Beginner” dengan menjemput Warnakala Studios sebagai pelatih industri. Seramai 26 orang pelajar daripada Program Diploma Seni Reka Kreatif Media dan Diploma Grafik dan Rekabentuk Multimedia telah menyertai program tersebut. Program ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada peserta mengenai penggunaan Blender, aliran kerja industri serta amalan terbaik dalam pembangunan projek animasi 3D.

Melalui penglibatan secara langsung bersama pemain industri, program ini diharapkan dapat merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan industri semasa, di samping membina kompetensi pelajar dalam bidang animasi digital yang semakin berkembang pesat.



18/08/2026

Bijak Wang bersama Ikon Wanita Pahang yang dihadiri oleh semua pelajar asli KYP dan UCYP

Kolej Yayasan Pahang (KYP) merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepadaYH. Dato’ Muhamad Fairuz Kamal bin Mat ...
17/08/2026

Kolej Yayasan Pahang (KYP) merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada
YH. Dato’ Muhamad Fairuz Kamal bin Mat Noh,
Ketua Pegawai Eksekutif YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. merangkap Ahli Lembaga Pengelola Kolej Yayasan Pahang pada 17 Ogos 2026

"Setiap kelahiran seorang pemimpin adalah anugerah untuk memberi sinar dan arah kepada organisasi serta masyarakat."

Semoga YH. Dato’ dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang diberkati serta sentiasa dalam limpah rahmat Allah SWT.

Ucapan tulus ikhlas daripada:
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah KYP Education Sdn. Bhd.,
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengelola Kolej Yayasan Pahang,
Ketua Eksekutif serta seluruh warga Kolej Yayasan Pahang.


12 Ogos 2026Tempat: Makmal komputer KYP GeloraGOOGLE WORKSPACE GENIUS IN 1 DAYSeramai 27 orang kakitangan KESB KYP dan U...
15/08/2026

12 Ogos 2026
Tempat: Makmal komputer KYP Gelora
GOOGLE WORKSPACE GENIUS IN 1 DAY

Seramai 27 orang kakitangan KESB KYP dan UCYP dipilih bagi mengikuti bengkel google workspace pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Peserta diajar bagaimana menggunakan google form,Google Calendar,Google documents dan sebagainya dalam seharian sebagai kakitangan.
Program ini dilaksanakan oleh penceramah KESB iaitu Ts. Puan Suriyani Sulaiman.

15/08/2026

Alhamdulilah

15/08/2026
14 Ogos 2026PAHANG MEMPERUNTUKAN RM300,000 BANTU 300 MAHASISWA SAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARAKomitmen Kerajaan Negeri ...
14/08/2026

14 Ogos 2026

PAHANG MEMPERUNTUKAN RM300,000 BANTU 300 MAHASISWA SAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa pendidikan anak negeri diteruskan menerusi peruntukan RM300,000 tahun ini bagi membantu 300 pelajar melanjutkan pengajian ke luar negara.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 122 pelajar menerusi tiga inisiatif pendidikan luar negara.

Menerusi Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara Tahun 2026, seramai 118 pelajar yang melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan, Maghribi dan New Zealand menerima RM1,000 seorang.

Selain itu, seramai 20 pelajar menerusi Program KYP-Yarmouk Jordan menerima wang pendahuluan USD1,000 seorang bagi melanjutkan pengajian di Yarmouk University, Jordan.

Kesemua pelajar berkenaan terdiri daripada beberapa institusi termasuk Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP), Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Kolej Yayasan Pahang (KYP), UCYP University, Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah (UNIQSAAS) dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP).

Sejak 2005, Yayasan Pahang (YP) telah membelanjakan sehingga RM94,000 bagi setiap seorang daripada 487 anak Pahang yang mengikuti pengajian di Yarmouk University, dengan 402 daripadanya telah menamatkan pengajian manakala 85 masih menuntut.

Inisiatif berkenaan banyak memberi inspirasi kepada anak- anak Pahang yang menyambung pengajian ke luar negara.
Terima kasih Yayasan Pahang.
Terima kasih Kerajaan Negeri Pahang.


13/08/2026
Lawatan & Perbincangan pihak KYP & JJIPK bersama BoomGrow Productions Sdn Bhd, Pusat Komersial Arena Bintang U5 Shah Ala...
13/08/2026

Lawatan & Perbincangan pihak KYP & JJIPK bersama BoomGrow Productions Sdn Bhd, Pusat Komersial Arena Bintang U5 Shah Alam, Selangor | 29 Julai 2026
Sesi perbincangan strategik bersama mengenai pembangunan Program Agroteknologi KYP.

Membincangkan peluang penempatan latihan industri (internship) dalam bidang hidroponik.

Boom Grow Farm:
1. Cik Syafiqah Izwani - HR Executive
2. Cik Aimmee - Plant Scientist

Sime Darby Industrial Academy Sdn Bhd
1. En Zamzuri Ismail - Assistant Manager, Training & Development

Farm Fresh
1. Pn Norahasrina Zulkiply- HR Manager
2. Pn Rafiqah- Farm Manager

CityFarm Malaysia
Mr Johanson Chew - Director




Address

Kolej Yayasan Pahang Taman Gelora
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Yayasan Pahang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category