SK Seri Mahkota Kuantan

SK Seri Mahkota Kuantan (Official)
SK SERI MAHKOTA
KUANTAN, PAHANG.

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH KPM SESI 2027Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga,Dimaklumkan b...
04/03/2026

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH KPM SESI 2027

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga,

Dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Sesi 2027 kini dibuka secara dalam talian.

๐Ÿ“Œ Permohonan adalah secara online sahaja melalui laman web:
๐Ÿ”— https://eprasekolah.moe.gov.my

๐Ÿ“… Tarikh permohonan dibuka:
๐Ÿ—“ 2 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026

๐Ÿ‘ถ Syarat kelayakan:
โœ… Kanak-kanak warganegara Malaysia
โœ… Lahir pada 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023

๐Ÿ“‚ Tindakan ibu bapa:
Selepas membuat permohonan secara dalam talian, ibu bapa diminta untuk mencetak borang permohonan dan menghantar bersama dokumen sokongan yang lengkap ke Prasekolah SK Kempadang dalam tempoh yang ditetapkan.

14/02/2026

Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SKESMA Sesi 2026Video Montaj ini disediakan oleh Cikgu Nik Hasbullah dan Cikgu Auni.

12/02/2026

Unit Perspektif TV, TVPSS SK Seri Mahkota telah menghantar satu pasukan ke Pertandingan Video Kreatif 2025 Sekolah Rendah.

Tahniah diucapkan kepada pasukan produksi PSS/TVPSS SK Seri Mahkota Kuantan kerana berjaya memperoleh tempat ketiga bagi...
12/02/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan produksi PSS/TVPSS SK Seri Mahkota Kuantan kerana berjaya memperoleh tempat ketiga bagi Pertandingan Video Kreatif Kategori Sekolah Rendah anjuran Sumber Teknologi Pendidikan Daerah Kuantan Tahun 2025.

Tahniah para peserta dan terima kasih kepada guru-guru pembimbing, Cikgu Nuraisah dan Cikgu Auni atas komitmen yang telah disumbangkan bagi membawa dan menaikkan nama Skesma Kuantan.

Telah hadir Cikgu Nuraisah bersama 4 orang peserta daripada 5 orang, Hadif, Dhiya Aamily, Faris dan Hidayatul Safiya (Sara Nur Auni tidak dapat hadir) beserta GPK Pentadbiran SKESMA, Cikgu Nik Faeez ke Majlis Apresiasi Sumber dan Teknologi Pendidikan (STeP) Tahun 2025 di Dewan Atabara pada petang tadi bagi menerima trofi.

Semoga dengan kejayaan ini dapat memacu terus kecemerlangan SKESMA dan anak-anak SKESMA ke peringkat yang lebih tinggi.

12/02/2026
๐Ÿ“ข HEBAHAN PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2027Dimaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi akademik 2027 kini dibuka ...
12/02/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2027

Dimaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi akademik 2027 kini dibuka secara dalam talian melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS).

๐Ÿ—“ Tarikh pendaftaran:
15 Februari 2026 hingga 31 Mac 2026
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang berikut:
๐Ÿ”— https://idme.moe.gov.my

Pendaftaran adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2022.
Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak dalam kategori kelayakan adalah digalakkan untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sekian, terima kasih.

19/01/2026

VIDEO MONTAJ PERTUKARAN SIR FIRDAUSMajlis Sejuta Kenangan Selautan Kasihsempena Perpisahan dan Pertukaran En. Muhammad Firdaus Bin Abd Ghani 2026Selamat maju...

11/01/2026

Selamat Kembali ke Sekolah kepada seluruh murid dan warga pendidik.

Semoga sesi persekolahan ini menjadi medan memperkukuh ilmu dan membentuk sahsiah unggul.

โ€˜Tahun Ini, Tahun Kitaโ€™





11/01/2026

Selamat kembali ke sekolah bagi Sesi Persekolahan Tahun 2026 kepada seluruh warga pendidik, murid-murid serta ibu bapa di Negeri Pahang.

Semoga tahun baharu ini menjadi permulaan yang lebih cemerlang, penuh semangat, disiplin dan iltizam untuk terus melakar kejayaan dalam dunia pendidikan.

โ€˜Tahun ini, tahun kitaโ€™

Ikhlas daripada:
YBrs. Tuan Haji Ahmad Zamri bin Md Isa
Pengarah Pendidikan Pahang
dan seluruh warga Pendidikan Pahang







Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SK Seri Mahkota, Kuantan, Pahang bagi sesi 2026.
11/01/2026

Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SK Seri Mahkota, Kuantan, Pahang bagi sesi 2026.

19/12/2025

Persembahan daripada murid-murid ini dilatih oleh Cikgu Shuhada dan Cikgu Khairul Nizam (GPK Ko).

Address

Jalan Gambang
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6095397788

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Mahkota Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Seri Mahkota Kuantan:

Share

Category