01/09/2026
๐ Majlis Meraikan Persaraan Puan Hajjah Noor Lida binti Jusoh
๐
28 Ogos 2026
๐ Bilik Mesyuarat JKA & Mega View Hotel
Warga Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), POLISAS dengan penuh rasa syukur dan penghargaan meraikan persaraan seorang insan yang sangat istimewa, Puan Hajjah Noor Lida binti Jusoh.
Setelah 34 tahun menabur bakti, Puan Noor Lida akhirnya melabuhkan tirai perkhidmatan beliau. Tiga dekad lebih bukanlah suatu tempoh yang singkat. Sepanjang perjalanan tersebut, beliau telah menyumbang tenaga, masa, pengalaman dan komitmen yang tidak ternilai dalam membantu membangunkan serta mengharumkan nama JKA.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan selama ini. Kehadiran, tunjuk ajar, keramahan serta semangat kerja yang ditunjukkan oleh Puan Noor Lida akan sentiasa menjadi kenangan dan inspirasi kepada kami semua.
Pastinya, selepas ini akan terasa kelainannya tanpa kelibat dan gelak tawa Puan Noor Lida di tempat kerja. Namun, segala memori indah yang tercipta bersama akan terus terpahat dalam ingatan warga JKA.
Selamat bersara, Puan Hajjah Noor Lida. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalani fasa kehidupan yang baharu bersama keluarga tercinta.
Jasamu dikenang, budimu sentiasa di hati. โค๏ธ