26/05/2026
πβ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H β¨π
βSemoga pengorbanan dan keikhlasan kita diterima Allah SWT serta diberkati dengan kebahagiaan dunia dan akhirat.β
Warga sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga SMK Gudang Rasau, ibu bapa, alumni dan masyarakat setempat. Semoga sambutan Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai keikhlasan dan pengorbanan dalam diri kita semua. π€²π
Ikhlas daripada
Pn. Asmaiani binti Nan
Pengetua
SMK Gudang Rasau
22/05/2026
π Mesyuarat 3K
Mesyuarat melibatkan Pengurusan Sekolah, Kontrak Kebersihan Bangunan & Kawasan (KBK) serta Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) telah diadakan seperti ketetapan berikut:
π Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat)
π Masa: 3.00 petang β 4.30 petang
Semoga kerjasama yang terjalin dapat memastikan aspek kebersihan, keselamatan dan keceriaan sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan warga sekolah. π€β¨
22/05/2026
π’ MAKLUMAN CUTI PENGGAL 1 π’
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa cuti Penggal 1 bagi semua murid SMK Gudang Rasau akan berlangsung pada:
ποΈ 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026
π« Sekolah akan dibuka semula pada:
π
8 Jun 2026 (Isnin)
Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan warga sekolah. Gunakan masa cuti ini bersama keluarga tersayang serta jangan lupa mengulang kaji pelajaran.β€οΈ
22/05/2026
π’ MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI HOL PAHANG
Kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada hari Khamis, 22 Mei 2026 sempena Hari Hol Pahang.
Sekian, harap maklum dan terima kasih atas kerjasama.
21/05/2026
πΈβ¨ JAMBANGAN KASIH, HARUMAN BUDI β¨πΈ
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada
π· Ustazah Datin Sharipah Norraiham Bt Syed Agerπ·
atas segala jasa, bakti dan dedikasi sepanjang berkhidmat mendidik serta mencurahkan ilmu dengan penuh komitmen dan kasih sayang.
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan dalam menjalani fasa persaraan. π
βJasa dikenang, budi disanjung, kenangan terpahat selamanya.β
Selamat bersara dan selamat menempuh lembaran baharu kehidupan. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. β€οΈ
21/05/2026
πβ¨ PROGRAM SCHOOL TOUR SKOR A+ SPM PAHANG YASA-PPTI 2026 β¨π
π Tarikh: 21 Mei 2026
π Tempat: Bilik Bahasa
π Peserta : Semua murid tingkatan 5
Semoga program ini dapat memberi manfaat, inspirasi dan semangat kepada semua pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan akademik. πͺπ₯
20/05/2026
π SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA π
π
Tarikh : 20 Mei 2026
π Hari : Rabu
π Tempat : Anjung Bestari
"Guru Bitara, Nadi Negaraβ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua guru yang sentiasa mendidik dengan penuh dedikasi, membimbing tanpa jemu serta menjadi inspirasi dalam membentuk generasi masa depan negara.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru amat bernilai dalam melahirkan insan berilmu, berakhlak dan berjaya. Semoga semua warga pendidik terus diberikan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam menjalankan amanah yang mulia ini.
18/05/2026
ππ« PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG π«π
π Mengalu-alukan Murid ke Sekolah π
π
18 Mei 2026
Guru-guru menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah sebagai tanda penghargaan dan sokongan dalam membentuk persekitaran sekolah yang harmoni serta kondusif untuk pembelajaran. π€π
Semoga amalan ini terus menyemai nilai positif dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat serta menyeronokkan buat semua murid. ππ
18/05/2026
πβ οΈ PENYAMPAIAN MAKLUMAT 5 MINIT KESEDARAN KESELAMATAN β οΈπ
π
Tarikh: 18 Mei 2026 (Isnin)
Sesi penyampaian maklumat 5 minit berkaitan kesedaran keselamatan telah disampaikan oleh PK KO kepada warga sekolah bagi meningkatkan kesedaran tentang aspek keselamatan semasa membawa kenderaan.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran semua pihak tentang pentingnya menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya. π¦β¨
16/05/2026
Selamat Hari Guru kepada semua insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan memberi inspirasi.
πΈ Guru Bitara Nadi Negara πΈ
Terima kasih atas segala ilmu, kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan demi membentuk generasi masa depan. Setiap nasihat, tunjuk ajar dan doa daripada seorang guru menjadi cahaya dalam perjalanan hidup anak bangsa.
βGuru bukan sekadar mengajar, tetapi membina harapan dan masa depan.β
Semoga semua guru sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah mendidik. β€οΈ