21/09/2026
π PERHIMPUNAN ISNIN DAN SAMBUTAN HARI OKU 2026 π
Telah berlangsung Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) 2026 di SMK Gudang Rasau pada 21 September 2026 (Isnin).
Program dimulakan dengan perhimpunan rasmi, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah, bacaan doa serta ucapan guru bertugas. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Puan Pengetua dan gimik pelancaran sebelum majlis bersurai.
Sambutan ini menjadi wadah untuk menyemai nilai hormat, terima, sokong, hargai dan bersama, di samping meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan mewujudkan persekitaran yang inklusif, prihatin dan mesra OKU. π€π