25/12/2021
SST KUANTAN 2021
(SMART SUPPORT TEAM)
Alhamdulillah, SST KUANTAN
Telah menyantuni anak2 di 6 PPS.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menyertai, SUPPORTIVE dan SPORTING serta memberi komitmen sepenuhnya bagi menceriakan anak2 di PPS ...
khususnya buat Cikgu Emas binti Sani , GBKSM SMK Chengal Lempong yang mengetuai SST Kuantan,
Cikgu Norhaida PK HEM SMK Chengal Lempong.
Cikgu Nor Dalina, GBKSM SMK Bukit Rangin
Cikgu Zuniza ,GBKSM SG Isap Murni, Cikgu Zulfadli, GBKSM SK Pengkalan Tentera,
Ustaz Zafri, GBKSM Maahad Tahfiz Darul Ulum Al Basyirah ,
Cikgu Rohana SK Balok Baru,
Cikgu Mastura , SMK SG Isap,
Cikgu Mazlina,Cikgu Rosli , SMK Gudang Rasau
Cikgu Hamidah, SMK Pandan
Cikgu Azrinawati , SMK IM2 dan
Cikgu Norziah, SMK TPPTM serta
Pengetua, PK HEM dan guru-guru yang telah berbakti secara langsung atau tidak di PPS.
PPD Kuantan mendoakan semoga kebaikan dan khidmat Bakti yang diberikan, ganjarannya kembali kepada semua.
SPMd
Bangkit Pesona Menarik
15/05/2021
16 MEI 2021
Buat Semua Warga Pendidik .....
Untuk Semua Pendidik yang mulia ,jasa kalian akan selalu kami kenang..Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa
BIAR PENAT BERDIRI
JANGAN PENAT MEMBERI
BIAR LELAH TERDUDUK
JANGAN LELAH MEMBENTUK
BIAR PENAT BERCAKAP
JANGAN PENAT BERHARAP
SELAMAT HARI GURU
Terima Kasih Cikgu!!!
22/03/2021
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN (DAERAH KUANTAN)
KERANA TELAH BERJAYA MENGANJURKAN KURSUS PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING DALAM SISTEM E-KAUNSELING (SePKM) DENGAN LANCAR...SEMOGA KERJABUAT GBKSM DAN GBLD LEBIH BERFOKUS ..
DOKUMENTASI PELAPORAN PROGRAM MGKK ( SEKPM)
DOKUMENTASI PELAPORAN PROGRAM MGKK ( SEKPM)
01/03/2021
1 Mac 2021
SK SG KARANG
-alukan kehadiran murid ke sekolah
anak-anak Tahun 1
SOP NORMA BAHARU
Program RMT & PSS dan Khidmat bantu
01/03/2021
1 Mac 2021 (Isnin) | Pembukaan semula sekolah bagi murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2.
Ketua Polis Daerah Kuantan serta anggota IPD Kuantan dan Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid, PPD Kuantan melakukan pemantauan di SRK Abdullah, Kuantan.
Terima kasih kepada Barisan Pentadbir, guru-guru serta warga SRK Sultan Abdullah kerana telah menunjukkan kesediaan menerima kehadiran murid dengan pematuhan SOP yang digariskan oleh KPM.
23/02/2021
23 February 2021 (Selasa) : Ziarah Cakna mangsa kebakaran melibatkan seorang murid SMK Sungai Soi, Kuantan.
18/02/2021
HEBAHAN | JEMPUTAN MAJLIS MUNAJAT PERDANA
Assalamualaikum.
Dengan sukacitanya, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan menjemput tuan/puan seluruh warga pendidik, ibu bapa/penjaga,para pelajar terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM & STAM untuk sama-sama turut serta dalam majlis ini (Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat) yang akan berlangsung pada:
Tarikh: 19 Februari 2021
Hari : Jumaat
Masa: 8.30 pagi
Tempat: lokasi masing-masing
Platform : Facebook (PPD Kuantan) - https://www.facebook.com/ppdkuantan/live
Youtube : http://bit.ly/MunajatPerdana
Anjuran : Sektor Pembelajaran (Unit Pendidikan Islam) dengan kerjasama Pekdis cawangan Pahang
Semoga dengan penglibatan tuan/puan dapat menambahkan lagi keberkatan majlis ini seterusnya anak-anak kita memperolehi kejayaan dalam peperiksaan ini. Sekian, terima kasih.
patuhi SOP bagi mengelakkan penularan wabak Covid 19.
jaga kita
15/02/2021
https://youtu.be/n62kxAkBjSo
MOTIVASI 30 MINIT SETIAP HARI MENJELANG SPM 2020 - SIRI 6
Program motivasi bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Pahang serta Pegawai-pegawai Unit Kaunseling Kerjaya ini di tujukan khas buat murid-murid SPM s...
15/02/2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Malaysia telah mengisytiharkan dadah sebagai Musuh Nombor Satu Negara sejak 19 Februari 1983.
Semenjak itu negara kita sentiasa meningkatkan usaha dalam menangani permasalahan dadah.
Masyarakat Malaysia perlu bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam memastikan persekitaran tempat tinggal, institusi pendidikan, pusat latihan kemahiran dan tempat kerja bebas daripada sebarang masalah berkaitan dadah.
Ayuh, berikan sokongan dengan menyertai kempen “White Challenge” bagi usaha-usaha menangani permasalahan dadah.
Sertai “White Challenge” dengan memuat naik sekurang-kurangnya sekeping gambar atau video (berdurasi kurang dari 30 saat) berimej putih sebagai tanda sokongan terhadap kempen antidadah dengan slogan-slogan yang bersesuaian.
Cara Penyertaan:
1. Secara individu atau berkumpulan. Bergambar bersama mesej antidadah pada 19 Februari 2021.
2. Like dan follow Facebook Agensi Antidadah Kebangsaan atau Instagram aadk.malaysia.
3. Muat naik foto atau video berdurasi tidak melebihi 30 saat di Facebook atau Instagram masing-masing dan tandakan Facebook atau Instagram rasmi AADK.
Serlahkan bakat dan kreativiti anda!