Qiadah Petama Pahang

Qiadah Petama Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Qiadah Petama Pahang, Educational consultant, Kuantan.

📍 SABTU | 30 MEI 2026🕝 2.30 PETANG – YB Senator Tuan Shahrol Wizan bin Sulong berkesempatan menghadiri Majlis Adat Istia...
30/05/2026

📍 SABTU | 30 MEI 2026

🕝 2.30 PETANG – YB Senator Tuan Shahrol Wizan bin Sulong berkesempatan menghadiri Majlis Adat Istiadat Berkhatan Tradisi Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Jahut di Kampung Orang Asli Penderas, Kuala Krau.

Program ini merupakan antara warisan budaya yang masih dipelihara dan menjadi lambang identiti serta jati diri masyarakat Orang Asli, khususnya suku kaum Jahut. Selain meraikan anak-anak yang terlibat, majlis sebegini turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung dan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato Rodzuan Zaaba, ADUN Jenderak yang turut hadir menyantuni warga kampung serta bersama-sama meraikan program masyarakat Orang Asli di sini.

Semoga usaha memelihara adat dan tradisi yang diwarisi turun-temurun ini terus diperkasakan demi kelangsungan warisan budaya masyarakat Orang Asli.




📍KHAMIS | 28 MEI 2026🕣 8.30 PAGI – Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Penyembelihan Ibadah Korban K...
28/05/2026

📍KHAMIS | 28 MEI 2026

🕣 8.30 PAGI – Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Penyembelihan Ibadah Korban Kariah Surau Darul Islah (SKJ), Kampung Orang Asli Penderas, Kuala Krau dalam suasana penuh ukhuwah, kebersamaan dan semangat pengorbana.

Istimewanya, ibadah korban pada kali ini dilaksanakan sendiri oleh saudara muslim daripada kalangan masyarakat Orang Asli di kampung ini. Bagi tahun 1447H / 2026M, sebanyak 2 ekor lembu dan seekor kambing telah berjaya dikorbankan hasil penyertaan dan semangat gotong-royong penduduk setempat.

InsyaaAllah, pada tahun hadapan lebih ramai saudara muslim dalam kalangan masyarakat Orang Asli berhasrat untuk turut sama melaksanakan ibadah korban sebagai manifestasi penghayatan, kefahaman dan pengamalan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

YB Senator Tuan Shahrol Wizan bin Sulong merangkap Pengerusi Persatuan Pendakwah Orang Asli Islam Malaysia (PENDOA MALAYSIA) & Pengerusi Persatuan Qiadah PETAMA Pahang (PQPP) turut menzahirkan hasrat untuk terus memperkukuhkan usaha dakwah dan pembangunan insaniah dalam kalangan masyarakat Orang Asli agar mereka bukan sekadar menanti sumbangan korban, bahkan dididik dan dibimbing untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam ibadah ini sebagai hamba Allah SWT yang bertanggungjawab dan berkemampuan mengikut kadar masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Rodzuan Zaaba – ADUN Jenderak, Encik Muzammir bin Md Syukri – Pegawai JAKOA Daerah Temerloh, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA JAKIM), Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PEPIMA), Jawatankuasa Surau serta seluruh penduduk kampung yang hadir memeriahkan dan membantu melancarkan urusan korban pada tahun ini.

Semoga segala amal ibadah para pengkorban serta seluruh petugas dan pembantu diterima dan diredhai Allah SWT.




📍RABU | 20 MEI 2026MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN QIADAH PETAMA PAHANG BIL. 1/2026 & MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PETAMA ...
20/05/2026

📍RABU | 20 MEI 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN QIADAH PETAMA PAHANG BIL. 1/2026 & MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PETAMA TAHUN 2026

2.30 PETANG - Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Qiadah PETAMA Pahang (PQPP) Bilangan 1/2026 bertempat di Bilik Kuliah PETAMA/UCYP, Kuantan.

Mesyuarat kali ini memberi fokus kepada penyelarasan gerak kerja persatuan bagi sesi 2026 termasuk perancangan program jelajah daerah, program motivasi pelajar Orang Asli di sekolah-sekolah serta hal-hal berkaitan kebajikan dan pengukuhan organisasi PQPP agar terus relevan serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Turut diraikan anak-anak ahli persatuan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2025 sebagai tanda penghargaan dan suntikan semangat agar terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

4.00 PETANG - Persatuan juga turut menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru PETAMA 2026 dalam suasana penuh penghargaan, ukhwah dan kekeluargaan seusai mesyuarat.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Rahmatkan Raja Kami dan lagu Qiadah PETAMA Pahang sebelum diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Razi bin Musa, Penolong Pengurus Unit Capaian Komuniti Yayasan Pahang mewakili Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang.

Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa PQPP sesi 2024-2026 atas jasa, komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Tahniah dan Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik PETAMA serta semua insan yang bergelar guru.

“Guru Bitara, Nadi Negara”



📍ISNIN | 18 MEI 20267.00 MALAM - Alhamdulillah, YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong turut bersama dalam Majlis Jamuan R...
19/05/2026

📍ISNIN | 18 MEI 2026

7.00 MALAM - Alhamdulillah, YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong turut bersama dalam Majlis Jamuan Rakyat Kenduri Sekampung dan Ceramah Perdana sempena program “Moh Singgah ke Kampung Kome” bertempat di Masjid Kampung Batu Sawar, DUN Kerdau.

Program ini dianjurkan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Kerdau.

Ceramah agama telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Badlishah bin Alauddin Sohibul Fadhilah, Timbalan M***i Pahang dan turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Rabbani.

Semoga program sebegini terus menjadi medium penyatuan ummah serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.




📍 KHAMIS | 14 MEI 202611.30 PAGI - YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong Berkesempatan hadir, beramah mesra bersama guru-...
14/05/2026

📍 KHAMIS | 14 MEI 2026

11.30 PAGI - YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong Berkesempatan hadir, beramah mesra bersama guru-guru serta pelajar PETAMA, seterusnya merasmikan Program Orientasi dan Kem Motivasi PETAMA 2026 di Pantai Balok, Kuantan.

YB Senator mengucapkan terima kasih atas jemputan daripada pihak pengurusan PETAMA. Semoga program ini menjadi platform terbaik dalam membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kepimpinan dalam kalangan para pelajar.




📍 RABU | 13 MEI 20267.00 MALAM - Menyelaras aktiviti Solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah bersama penduduk se...
14/05/2026

📍 RABU | 13 MEI 2026

7.00 MALAM - Menyelaras aktiviti Solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah bersama penduduk setempat serta mengadakan kelas bimbingan bacaan Iqra di Kampung Orang Asli Teji, Pos Telanok, Cameron Highlands.

Alhamdulillah, program berjalan dengan baik dan mendapat sambutan daripada masyarakat setempat khususnya anak-anak yang mengikuti kelas bimbingan Iqra. Semoga usaha berterusan ini dapat membantu memperkukuhkan penghayatan ibadah serta meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran dalam kalangan komuniti Orang Asli.

PIC : Yanik bin Yatim




📍ISNIN | 11 MEI 20269.00 PAGI - Penyelarasan Kelas Bimbingan al-Quran dan Fardhu Ain telah dilaksanakan di KOA Rakoh, Po...
11/05/2026

📍ISNIN | 11 MEI 2026

9.00 PAGI - Penyelarasan Kelas Bimbingan al-Quran dan Fardhu Ain telah dilaksanakan di KOA Rakoh, Pos Lenjang, Kuala Lipis.

Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman asas agama serta meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan peserta melalui bimbingan secara berterusan dan tersusun.

PIC : Razali bin Ajis




📍JUMAAT | 8 MEI 20268.00 MALAM - Alhamdulillah, YB Senator Shahrol Wizan Sulong berkesempatan membimbing adik Asmiza A/P...
09/05/2026

📍JUMAAT | 8 MEI 2026

8.00 MALAM - Alhamdulillah, YB Senator Shahrol Wizan Sulong berkesempatan membimbing adik Asmiza A/P Jamal (23 tahun) dari KOA Seboi, DUN Jenderak, Kuala Krau melafazkan dua kalimah syahadah sebagai pegangan hidupnya.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Beradat Batin serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dalam suasana penuh syahdu dan harmoni. Semoga Allah SWT terus mempermudahkan segala urusan serta mengurniakan kekuatan dan hidayah yang berterusan buat saudari Asmiza dalam mendalami ajaran Islam.

Majlis ini turut diselaraskan dengan kerjasama Persatuan Qiadah Petama Pahang (PQPP) dan Team Prihatin OA Temerloh.




📍JUMAAT | 8 MEI 20264.00 PETANG - Menyelaras majlis pengislaman saudara baharu yang berlangsung di KOA Abu, Pos Telanok,...
08/05/2026

📍JUMAAT | 8 MEI 2026

4.00 PETANG - Menyelaras majlis pengislaman saudara baharu yang berlangsung di KOA Abu, Pos Telanok, Cameron Highlands dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Seorang remaja Orang Asli, Rahinisa a/l Rahim, telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya. Majlis berlangsung dalam suasana sederhana dan penuh bermakna dengan bimbingan serta sokongan daripada pihak yang hadir.

Semoga beliau terus diberikan kekuatan, hidayah dan istiqamah dalam mendalami ajaran Islam serta menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan penuh keberkatan.

PIC : Zaki bin Bah Khalil




📍KHAMIS | 7 MEI 20263.00 PETANG - Menyelaras Kelas Fardhu Ain dengan pengisian tauhid berkaitan pengertian syahadah dan ...
07/05/2026

📍KHAMIS | 7 MEI 2026

3.00 PETANG - Menyelaras Kelas Fardhu Ain dengan pengisian tauhid berkaitan pengertian syahadah dan tujuan syahadah, di samping sesi hafazan Surah al-Fatihah bersama peserta di KOA Langkap Luar, Muadzam Shah.

Turut diadakan aktiviti menyantuni penduduk setempat serta penyampaian sumbangan barangan dapur kepada beberapa keluarga sebagai usaha memperkukuh kebajikan dan hubungan silaturahim dalam komuniti.

PIC : Fadzilah binti Mohd Azhar




Address

Kuantan
25200

Telephone

+601155532742

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qiadah Petama Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Qiadah Petama Pahang:

Shortcuts

Share