18/09/2026
📚✨ 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐁𝐀𝐀𝐍 𝐔𝐏𝐊𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨📚
Alhamdulillah, telah berlangsung Hari Pelaporan Peperiksaan Percubaan UPKK 2026 pada 18 September 2026 (Jumaat) yang melibatkan murid-murid Tahun 5.
Hari pelaporan ini diadakan bagi menyampaikan keputusan peperiksaan percubaan serta memberikan gambaran kepada murid dan ibu bapa tentang tahap pencapaian dan persediaan murid dalam menghadapi Peperiksaan UPKK 2026.
Semoga segala usaha, doa dan sokongan daripada guru serta ibu bapa dapat membantu murid-murid membuat persediaan dengan lebih baik dan seterusnya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan yang akan datang. 🤲🏻✨
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan buat semua calon UPKK 2026.🌷📖