Master MATHS Clinic Kuantan

Master MATHS Clinic Kuantan Pusat Pembelajaran Matematik peringkat sekolah Rendah, Menengah dan Diploma/Asasi di sekitar Kuantan

Pembelajaran algebra sebenarnya sangat penting dalam dunia matematik.Bermula dengan sebutan (term) yang diwakili oleh no...
21/05/2026

Pembelajaran algebra sebenarnya sangat penting dalam dunia matematik.

Bermula dengan sebutan (term) yang diwakili oleh nombor atau huruf sebagai anu, kemudian dihubungkan melalui operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab, dan bahagi sehingga terbentuknya ungkapan algebra.

Apabila ungkapan algebra disamakan dengan suatu nilai, maka terbentuklah persamaan algebra... Dan apabila hubungan antara nilai itu melibatkan perubahan yang saling berkait, maka lahirlah fungsi algebra.

Secara ringkasnya, algebra ibarat “jantung” dalam matematik.

Ia menjadi penghubung utama yang membawa maklumat, corak, dan hubungan daripada satu konsep ke konsep yang lain.

Sebab itu hampir semua cabang matematik termasuk calculus, statistik, fizik, dan kejuruteraan, bermula dengan kekuatan memahami algebra.

Setiap kali mengajar topik baru Add Math, rasa macam sedang design dan install satu “template sistem” baru dalam minda s...
18/05/2026

Setiap kali mengajar topik baru Add Math, rasa macam sedang design dan install satu “template sistem” baru dalam minda student.

Bukan sekadar hafal formula… tapi bina satu aliran pemikiran.

Bermula dengan kenal pasti syarat-syarat supaya sesuatu “system” itu boleh digunakan.

Lepas tu, introduce terms dan bahasa baru supaya student faham apa yang sedang berlaku dalam sistem tersebut.

Kemudian barulah apply functions, rules dan connection antara setiap komponen… dan akhirnya “run” system itu sampai keluar result.

Sebab tu dalam Add Math, kalau terlepas satu step awal, dekat hujung nanti system boleh jadi “error” atau tak dapat produce jawapan yang betul.

Jadi student sebenarnya bukan sekadar belajar kira-kira…
tetapi sedang belajar bagaimana sesuatu mathematical system dibina, difahami dan digunakan semula untuk pelbagai jenis problems.

Asalkan problem itu masih memenuhi syarat-syarat system tersebut, template yang sama masih boleh digunakan (cuma situasi dan bentuk soalan sahaja berubah).

Kadang-kadang seronok tengok bila student mula nampak pattern ni…
sebab waktu tu mereka dah tak terlalu bergantung pada hafalan, tetapi mula faham “cara sistem itu berfikir.”




Ramai ingat belajar matematik ni sekadar nak dapat jawapan betul.Hakikatnya… bukan itu tujuan utama.Matematik sebenarnya...
03/05/2026

Ramai ingat belajar matematik ni sekadar nak dapat jawapan betul.

Hakikatnya… bukan itu tujuan utama.

Matematik sebenarnya adalah “gym” untuk otak kita. Setiap soalan melatih cara kita berfikir, dari memahami masalah, menyusun langkah, sampai mencari penyelesaian dengan cara yang teratur.

Sebab tu kadang-kadang, walaupun jawapan salah, proses yang betul tetap bernilai. Bila seseorang pelajar dah biasa berfikir secara matematik (logikal, tersusun, dan analitikal) dia bukan saja jadi lebih mudah faham topik baru… malah lebih yakin untuk hadapi soalan yang mencabar.

Akhirnya, matematik bukan sekadar subjek.
Ia adalah cara kita melatih diri untuk berfikir dengan lebih bijak dalam kehidupan. ✨




Ramai tak perasan…salah satu sbb anak-anak hilang markah dlm Matematik bukan kerana mereka tak faham topik, tetapi keran...
27/01/2026

Ramai tak perasan…salah satu sbb anak-anak hilang markah dlm Matematik bukan kerana mereka tak faham topik, tetapi kerana kesilapan kecil semasa mengira dan tersalah tekan kalkulator. Ini antara punca paling tinggi terutama utk pelajar menengah rendah.

Untuk pengetahuan ibu bapa, antara kalkulator saintifik yg dibenarkan untuk digunakan di sekolah ialah Casio FX-570MS dan Casio FX-570EX (Classwiz).

✔️ FX-570MS (model biasa)
– Boleh digunakan, cuma paparan lebih ringkas.
– Anak-anak perlu betul-betul ikut tertib operasi BODMASS, sbb kalkulator ini tidak “auto arrange” persamaan secara jelas.

✔️ FX-570EX Classwiz (model terbaru)
– Paparan lebih jelas (natural display).
– Apa yg anak-anak tekan, itulah yg mereka nampak.
– Sesuai utk pelajar yang selalu keliru atau cuai ketika key-in nombor.
– Ada fungsi tambahan yang memudahkan topik seperti statistik, pecahan, kuadratik & sebagainya.

Bagi ibu bapa yang berkemampuan, disarankan utk beli kalkulator model Classwiz ni sbb ini sdkt sbyk boleh bantu anak2 dapat perform Math lebih yakin, tepat dan dapatkn jimatkan masa.

Di sini saya kongsikan contoh model kalkulator model Classwiz utk rujukan ibubapa & anak2.
https://vt.tiktok.com/ZS91rXUA3e6J7-OcZKB/

23/01/2026
20/01/2026
📅 Kalendar Persekolahan 2026Rancang perjalanan belajar anak-anak dengan bijak,Setiap cuti dan hari penting persekolahan,...
28/10/2025

📅 Kalendar Persekolahan 2026
Rancang perjalanan belajar anak-anak dengan bijak,
Setiap cuti dan hari penting persekolahan, manfaatkan sepenuhnya.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

14/10/2025

Kelas Matematik Private atau Mini Group di sekitar Indera Mahkota. Berminat boleh DM untuk maklumat lanjut.

🎓 KELAS TUISYEN MATEMATIK (Semua Peringkat)📅 Kini dibuka sempena cuti sekolah & pendaftaran bagi sesi kelas 2026!📚 Perin...
08/10/2025

🎓 KELAS TUISYEN MATEMATIK (Semua Peringkat)

📅 Kini dibuka sempena cuti sekolah & pendaftaran bagi sesi kelas 2026!

📚 Peringkat: Sekolah Rendah | Menengah | Diploma / Asasi
👩‍🏫 Pilihan kelas: One-to-One atau Mini Group (maks. 4 pelajar)
🏠 Lokasi fleksibel: Di rumah pelajar atau di Indera Mahkota 21, Kuantan

🕒 Masa fleksibel | 💰 Yuran berpatutan
📲 Daftar atau tanya terus di WhatsApp: wa.me/60199853271

📘 TIPS BELAJAR MATEMATIK: JADI JURU BAHASA MATEMATIK1️⃣ Fahami Masalah👉 Baca & fahami situasi soalan.📌 Contoh: “Luas seg...
19/09/2025

📘 TIPS BELAJAR MATEMATIK: JADI JURU BAHASA MATEMATIK

1️⃣ Fahami Masalah
👉 Baca & fahami situasi soalan.
📌 Contoh: “Luas segiempat sama ialah 49 cm². Cari panjang sisinya.”

2️⃣ Kenal Pasti Maklumat Penting
👉 Cari kata kunci, nombor & kehendak soalan.
📌 Contoh: Luas = 49 cm², bentuk = segiempat sama.

3️⃣ Terjemah ke Bahasa Matematik
👉 Tukar ayat jadi persamaan.
📌 Contoh: Luas segiempat sama = sisi² → x² = 49.

4️⃣ Pilih Formula / Konsep Sesuai
👉 Tentukan konsep yang digunakan.
📌 Contoh: Formula luas segiempat sama.

5️⃣ Selesaikan & Dapatkan Jawapan
👉 Buat kiraan langkah demi langkah.
📌 Contoh: x² = 49 → x = 7.

6️⃣ Semak & Tukar Semula ke Bahasa Realiti
👉 Pastikan jawapan logik & menjawab soalan.
📌 Contoh: Panjang sisi = 7 cm.

✨ Matematik jadi mudah bila kita faham bahasanya. Cuba langkah ni setiap kali jawab soalan! 😉

Address

Indera Mahkota 21/9
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Master MATHS Clinic Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Master MATHS Clinic Kuantan:

Shortcuts

Share

Category