Penyelidikan dan Inovasi Uniqsaas

Penyelidikan dan Inovasi Uniqsaas Bahagian Penyelidikan dan Inovasi
UnIPSAS
KM - 8 Jalan Gambang
25150 Kuantan

09/01/2026

🎉✨ Alhamdulillah! Jurnal Al-Sirat kini dalam MyCite! ✨🎉

Pencapaian ini merupakan satu langkah penting dalam memartabatkan kualiti penerbitan ilmiah Jurnal Al-Sirat, serta membuka ruang yang lebih luas untuk perkongsian ilmu dan penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan editorial, para penulis, penyemak dan semua rakan akademik yang telah bersama menyokong perkembangan jurnal ini. 🌷

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penerbitan bermutu dan impak ilmiah pada masa akan datang. 🚀

30/12/2024
05/07/2024

MINGGU PENYELIDIKAN DAN INOVASI UnIPSAS 2024💡

_”Penyelidikan Berimpak Pemacu Transformasi Ummah”_

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) melalui Bahagian Penyelidikan & Inovasi akan menganjurkan Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2024 buat julung kalinya seperti ketetapan yang berikut:

▪️Tarikh : 16-18 Julai 2024
▪️Tempat : Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memupuk budaya kecemerlangan dalam penyelidikan, penerbitan dan inovasi dalam kalangan penyelidik, pensyarah, guru, pelajar serta keterlibatan dengan komuniti yang lebih luas.

Pihak urus setia menjemput dan mempelawa semua yang berminat untuk menyertai aktiviti dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dijalankan sepanjang Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2024 berlangsung.

📌 Maklumat lanjut berkaitan Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2024 boleh dirujuk di pautan https://researchweek.unipsas.edu.my/

# unipsasbumibarakah

12/06/2024
08/06/2024
08/06/2024

*JOM SERTAI PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA CIPTA UnIPSAS 2024*
Program ini adalah anjuran Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UnIPSAS sempena sambutan Minggu Penyelidikan dan Inovasi bertemakan “Penyelidikan Berimpak Pemacu Transformasi Ummah”

📌 Program ini dibuka kepada seluruh AKU dan Pelajar UnIPSAS, Pensyarah dan Pelajar IPT serta Guru dan Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah.

*PENDAFTARAN KINI DIBUKA*
📌 Tarikh Tutup Pendaftaran: 30 Jun 2024
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/ExwJK5en7xAusFPx8

📌Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diajukan kepada Penyelaras Program PIRCU’24,
Cik Farah Syuhada : [email protected] | 013 510 3021
Puan Ts Anis Azzyaty bte Mokhtar : [email protected] | 011 1020 4327

Layari website rasmi PIRCU'24 untuk maklumat lebih lanjut.
https://researchweek.unipsas.edu.my/pircu24/

'24

7/6/2024Pembentangan urusetia bagi Program Minggu Penyelidikan dan Inovasi yang akan diadakan pada 16-18 Julai 2024. Pro...
08/06/2024

7/6/2024
Pembentangan urusetia bagi Program Minggu Penyelidikan dan Inovasi yang akan diadakan pada 16-18 Julai 2024. Program ini diketua Dr NurYani Che Hussin dan team di bawah bahagian penyelidikan dan inovasi.

Antara program yang dirancang:
1. Pertandingan poster penyelidikan
2. Pertandingan Inovasi
3. Perkongsian pengalaman perjalanan pascasiswazah.
4. Bengkel tulisan Khat
5. Kolokium dan pameran kesarjanaan Ibn Hajar al Asqalani
7. Pelancaran buku
8. Pelancaran station AI
9. Bicara Intektual

Poster hebahan akan menyusul.

12/03/2024
Semoga budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah semakin berkembang subur di UnIPSAS.
18/08/2023

Semoga budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah semakin berkembang subur di UnIPSAS.

Address

KUIPSAS, Km 8 Jalan Gambang
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095365353

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penyelidikan dan Inovasi Uniqsaas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share