19/07/2022
NAMA : MOHD HAFIZUL BIN ABU HASSAN (283445)
TAJUK : JENIS-JENIS DAN PENALTI KESALAHAN RASUAH MENGIKUT AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 (ASPRM 2009) SERTA KEWAJIPAN UNTUK MELAPORKAN TRANSAKSI PENYOGOKAN DAN PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT.
Tahukah anda jenis-jenis kesalahan rasuah dan hukumannya?
Adakah pemberi maklumat aktiviti rasuah dilindungi?
Bagaimana untuk menyalurkan aktiviti rasuah?
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [ASPRM 2009 (Akta 694)], terdapat 4 kesalahan rasuah yang utama iaitu:
- Meminta/Menerima rasuah [Seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
- Memberi suapan [Seksyen 17(b) ASPRM 2009]
- Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
- Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
Seksyen 24 Penalti bagi kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 dan 23.
(1) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 apabila disabitkan boleh;-
(a) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun ; dan
(b) Didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(2) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 apabila di sabitkan boleh;-
(a) Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun ; dan
(b) Didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Seksyen 25 Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan
(1) Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan atau ditawarkan apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
(3) Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperolehi, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperolehi suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan atau percubaan untuk memperolehi suapan itu beserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan jika diketahui nama orang yang meminta atau memperolehi atau cuba memperolehi suapan daripadanya itu kepada pegawai suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.
(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah mematuhi subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dedenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 65 Perlindungan pemberi maklumat dan makumat
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) jika apa-apa aduan yang dibuat oleh seseorang pegawai Suruhanjaya menyatakan bahawa aduan itu dibuat berbangkit daripada maklumat yang diterima oleh pegawai yang membuat aduan itu, maklumat yang disebut dalam aduan itu dan identiti orang yang daripadanya maklumat itu diterima hendaklah menjadi rahsia antara pegawai yang membuat aduan itu dengan orang yang memberikan maklumat itu dan segala-gala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang yang memberikan maklumat itu dan segala hal keadaan lain yang berhubungan dengan maklumat itu, termasuk tempat maklumat itu diberikan, tidak boleh didedahkan atau diperintahkan atau dikehendaki supaya didedahkan dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain.
(2) Jika apa-apa buku, kertas atau dokumen lain atau apa-apa rakaman tampak atau bunyi atau benda atau bahan lain yang diberikan sebagai keterangan atau yang bleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) mengandungi apa-apa catatan atau benda lain yang menamakan atau memperihalkan atau menunjukkan mana-mana orang yang memberikan maklumat itu, atau yang mungkin membawa kepada penzahiran identitinya, mahkamah yang dihadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan segala bahagian dokumen, rakaman, benda atau bahan itu atau petikan dalamnya disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan atau selainnya dihapuskan setakat yang perlu untuk melindungi identity orang itu daripada terzahir.
(3) Mana-mana orang yang memberikan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) sedangkan dia tahu bahawa maklumat itu adalah palsu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan juga boleh dedenda tidak melebihi RM100,000 dan bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan apa-apa kesalahan di bawah subseksyen ini, subseksyenn (1) dan (2) tidaklah terpakai.
Bagaimana untuk melaporkan atau menyampaikan maklumat :-
1. Datang sendiri ke mana-mana pejabat SPRM atau menelefon pejabat SPRM (talian biasa atau bebas tol 1-800-88-6000)
2. Menghantar surat tanpa setem ke peti surat 6000
3. Menghubungi mana-mana pegawai SPRM menggunakan laman web http://sprm.gov.my atau
4. [email protected]
Sumber rujukan : link seperti di bawah
https://www.lada.gov.my/faq-items/jenis-jenis-kesalahan-rasuah-mengikut-akta-suruhanjaya-pencegahan-rasuah-malaysia-2009/
https://legal.usm.my/v3/phocadownload/laws/Akta%20694%20-%20Akta%20Suruhanjaya%20Pencegahan%20Rasuah%20Malaysia%20-SPRM-%202009.pdf