11/07/2026
Jumaat, 10 Julai 2026 | 24 Muharam 1448H
MAJLIS APRESIASI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas berlangsungnya Majlis Apresiasi Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Tidak dilupakan dalam majlis ini, turut diadakan penyampaian hadiah penghargaan kepada Wan Raudhah Insyirah atas kejayaan mengharumkan nama KFSIM2 dengan meraih Naib Johan (Tempat Kedua) dalam acara Hafazan Al-Quran sempena Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) baru-baru ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KFSIM untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan ❤️.
• Kedudukan Terbaik Kelas (Tempat Pertama, Kedua & Ketiga)
• Kehadiran Penuh ke sekolah
• Kehadiran Penuh ke Kelas Tambahan UPKK
Semoga semua kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus meningkatkan prestasi. Bagi murid yang belum menerima penghargaan, teruskan berusaha, setiap orang mempunyai perjalanan kejayaan yang berbeza dan jadikan pencapaian rakan-rakan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang.
Fighting ☺️💪