Tadika Tahfiz Negeri Pahang Lapangan Terbang

Tadika Tahfiz Negeri Pahang Lapangan Terbang PENDAFTARAN 2026 DIBUKA
"TAHU DUNIA TAHU AKHIRAT"

Hari bersama misi untuk check up gigi.Seronok khalifah berpeluang mengetahui cara-cara menggosok gigi dengan betul & gay...
12/08/2026

Hari bersama misi untuk check up gigi.

Seronok khalifah berpeluang mengetahui cara-cara menggosok gigi dengan betul & gaya pemakanan yang sihat untuk menjaga kebersihan gigi.


🪴PROJECT APPROACH : PROJEK BERKEBUN🪴Minggu : 4Hari : JumaatTarikh : 17 Julai 2026Aktiviti :- Solat Dhuha 🕌- ⁠Outdoor Act...
12/08/2026

🪴PROJECT APPROACH : PROJEK BERKEBUN🪴

Minggu : 4
Hari : Jumaat
Tarikh : 17 Julai 2026
Aktiviti :
- Solat Dhuha 🕌
- ⁠Outdoor Activity & Playground 🛝
🪴Projek Berkebun-
☘️Menuai hasil tanaman
☘️Memindahkan anak pokok ke dalam pasu.
☘️Bergambar bersama hasil tanaman🪴

🪴 PROJECT APPROACH : PROJEK BERKEBUN 🪴Minggu : 3Hari : JumaatTarikh : 10 Julai 2026Aktiviti :- Solat Dhuha 🕌- ⁠Outdoor A...
15/07/2026

🪴 PROJECT APPROACH : PROJEK BERKEBUN 🪴

Minggu : 3
Hari : Jumaat
Tarikh : 10 Julai 2026
Aktiviti :
- Solat Dhuha 🕌
- ⁠Outdoor Activity & Playground 🛝
🪴Projek Berkebun
- Puzzle part of plant 🧩
- Colouring the proses of plant ☘️

🪴PROJECT APPROACH : PROJEK BERKEBUN🪴Minggu : 2Hari : JumaatTarikh : 3 Julai 2026Aktiviti :- Solat Dhuha 🕌- ⁠Outdoor Acti...
06/07/2026

🪴PROJECT APPROACH : PROJEK BERKEBUN🪴

Minggu : 2
Hari : Jumaat
Tarikh : 3 Julai 2026
Aktiviti :
- Solat Dhuha 🕌
- ⁠Outdoor Activity & Playground🛝
🪴Projek Berkebun
- Menanam bawang, kangkung & sawi 🥬

🪴PROJECT APPROACH : PROJEK BERKEBUN🪴Minggu : 1Hari : JumaatTarikh : 26 Jun 2026Aktiviti :- Solat Dhuha 🕌- ⁠Outdoor Activ...
02/07/2026

🪴PROJECT APPROACH : PROJEK BERKEBUN🪴

Minggu : 1
Hari : Jumaat
Tarikh : 26 Jun 2026
Aktiviti :
- Solat Dhuha 🕌
- ⁠Outdoor Activity & Playground🛝
🪴Projek Berkebun
- Penerangan barang yang akan digunakan.
- ⁠Video : Cara menanam bawang & kangkung
- ⁠Aktiviti 1 : Mencapan Sayur 🪴
- ⁠Altiviti 2 : Puzzle Sayur 🪴

🪴 PROJECT APPROACH :  PROJEK BERKEBUN TTNPLT 2026 🪴🌱Projek Berkebun TTNPLT bermula 26 Jun 2026 - 17 Julai 2026 (Setiap J...
28/06/2026

🪴 PROJECT APPROACH : PROJEK BERKEBUN TTNPLT 2026 🪴

🌱Projek Berkebun TTNPLT bermula 26 Jun 2026 - 17 Julai 2026 (Setiap Jumaat) sebagai sebahagian daripada aktiviti pembelajaran di sekolah.

🌱Khalifah akan menanam bawang dan kangkung.

🌱Semoga melalui projek ini, anak-anak dapat menimba pengalaman baharu sambil belajar menghargai alam sekitar dan menikmati keseronokan berkebun. 🌿🌻



SIMULASI HAJI CILIK 2026Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua muallimah, khali...
22/05/2026

SIMULASI HAJI CILIK 2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua muallimah, khalifah serta ibu bapa yang turut memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang Program Simulasi Haji Cilik 2026 berlangsung.

Terima kasih juga kerana ibu ayah hantar khalifah hadir tepat pada waktu seperti yang telah dimaklumkan. Kerjasama dan disiplin yang baik daripada semua pihak sangat membantu melancarkan perjalanan program dengan teratur dan penuh bermakna.

Program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada anak-anak, malah ini juga adalah satu pendedahan awal yang sangat berharga dalam memahami ibadah haji secara praktikal. Anak-anak dapat belajar rukun-rukun haji, merasai suasana sebenar perjalanan haji serta memupuk rasa cinta kepada Islam sejak kecil. Semoga pengalaman ini memberi kesan yang baik kepada khalifah.

Semoga segala usaha, masa dan sokongan yang diberikan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT dan kita semua direzekikan untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah 🤍

SAMBUTAN HARI GURU 2026Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa atas segala ucapan, doa da...
19/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU 2026

Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa atas segala ucapan, doa dan hadiah sempena Hari Guru. Setiap penghargaan yang diberikan bermakna buat kami para muallimah 🤍 Semoga Allah membalas segala kebaikan dan kemurahan hati dengan rezeki yang melimpah, keluarga yang sakinah dan keberkatan dalam setiap urusan.

Doakan juga agar kami semua terus diberikan kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik khalifah ini. Semoga Allah jadikan kami guru yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi mampu membentuk akhlak, menyentuh hati anak-anak dengan kasih sayang, serta menjadi pendidik yang membimbing mereka menuju dunia dan akhirat ✨

Dan Selamat Hari Lahir buat khalifah yang diraikan dari bulan Januari hingga April 🥳 Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan akhlak yang terpuji serta berjaya dunia akhirat 🤲🏻

PENUTUP BULAN BUDAYA JEPUN & BENTO DAYAlhamdullilah, selesai program BULAN BUDAYA JEPUN TTNP LAPANGAN TERBANG.Cantik & b...
08/05/2026

PENUTUP BULAN BUDAYA JEPUN & BENTO DAY

Alhamdullilah, selesai program BULAN BUDAYA JEPUN TTNP LAPANGAN TERBANG.

Cantik & bergaya khalifah memakai pakaian mengikut budaya jepun.

Terima kasih ibu ayah yang semangat menyediakan & menghias bento dengan makanan yang berkhasiat seperti serat, protein dan karbohidrat

🇯🇵 AKTIVITI BULAN BUDAYA JEPUN 🇯🇵🎏 Hari : Jumaat🎏 Tarikh : 17 April 2026🎏 Aktiviti :1. Bermain Permainan Tradisional Jep...
23/04/2026

🇯🇵 AKTIVITI BULAN BUDAYA JEPUN 🇯🇵

🎏 Hari : Jumaat
🎏 Tarikh : 17 April 2026
🎏 Aktiviti :
1. Bermain Permainan Tradisional Jepun
🪭Khalifah dapat mengenali beberapa jenis permainan tradisional di Jepun
- Otedama
- Kendama
- Koma
- Doruma Otoshi
🪭Khalifah dapat bermain bersama rakan-rakan dengan pantauan muallimah.

Address

NO 2 LORONG PANDAN DAMAI 3/3, Perumahan PANDAN DAMAI 3
Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Tahfiz Negeri Pahang Lapangan Terbang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Tahfiz Negeri Pahang Lapangan Terbang:

Shortcuts

Share