03/09/2026
TAHNIAH PASUKAN GAMI CODE SMA AL-MAARIF
☘️Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Gami Code SMA Al-Maarif atas kejayaan meraih Naib Johan dalam pertandingan Gami Code sempena Karnival STEM Peringkat Negeri Pahang 2026.
📅 Tarikh: 26–28 Ogos 2026
📍 Tempat: Pahang Skills Development Centre, Kuantan
Peserta:
👨💻 Muhammad Darwisy Hafiy bin Mohd Rizal
👨💻 Muhammad Al-Amin bin Mohd Hamzah
Guru Pembimbing:
🧕🏻 Noor Bazilah binti Abd Aziz
☘️Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha gigih, kreativiti, semangat berpasukan dan minat yang mendalam dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mampu menghasilkan pencapaian yang membanggakan.
☘️Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMAAM untuk terus berusaha, berinovasi dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.
☘️Tahniah sekali lagi kepada para peserta dan guru pembimbing atas pencapaian yang amat membanggakan ini.
☘️Teruskan melakar kejayaan demi mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara.