Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang

Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang

Share

Menjalinkan ukhwah diantara ahli-ahli KPT Pendidikan Pahang dalam satu wardah perjuangan

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang kepada seluruh ahli dan juga muslim dan muslimat yang dihormati. Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

09/03/2026

Pembantu Tadbir merupakan tulang belakang pentadbiran perkhidmatan awam.

Sebagai menghargai jasa dan komitmen mereka, Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan laluan kenaikan dari Gred 1 ke Gred 5, sekali gus membuka lebih banyak peluang kemajuan kerjaya dalam Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir.

Tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











Photos from Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang's post 11/02/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔

Bengkel ini diadakan di DSH Hotel Kuantan pada 10 hingga 11 Februari 2026 yang dihadiri oleh semua Jawatankuasa. Bengkel ini bertujuan menyusun atur dan membincangkan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026 untuk semua ahli Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang.
Semoga cadangan yang telah disepakati bersama akan dilaksanakan dengan jayanya.

Photos from Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang's post 16/10/2025

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐎𝐍𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍𝐓𝐀𝐁𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

𝟏𝟑 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟓 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐫𝐮 (𝐈𝐏𝐆) 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐢𝐩𝐢𝐬

Bengkel ini dianjurkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjawat awam melalui pembangunan kemahiran, personaliti, kepimpinan, penyeliaan, serta penekanan terhadap integriti dan akauntabiliti. Program ini bertujuan melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi penjawat awam yang berkesan, berintegriti, dan bertanggungjawab.

Terima kasih kepada Penceramah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang dan AKRAB IPGMKTAA.

Tahniah juga kepada semua peserta Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang yang telah tamat bengkel selama 3 hari 2 malam dengan jayanya.

Photos from Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang's post 04/09/2025

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈:
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐌 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀(𝐀𝐊𝐌) 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐋, 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍
𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟒 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓.

Kursus kali ini telah dihadiri oleh 89 orang peserta dari kalangan Ketua Pembantu Tadbir dari daerah Rompin, Pekan, Maran, Kuantan dan JPN Pahang.

Photos from SPsK JPN Pahang's post 14/07/2025
Photos from Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang's post 14/07/2025

Kursus anjuran Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang bersama Unit Pengurusan Bakat, SSM, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan slot "TAK KENAL MAKA TAK CINTA" pada 10 Julai 2025. Aktiviti yang sangat menyeronokkan.

17/03/2025

Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran

Jadikanlah ia bagiku sebagai panutan, cahaya, dan petunjuk rahmat.

01/03/2025

Marhaban ya Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1446H@

Photos from Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang's post 27/02/2025

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋. 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓.

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟔 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟐𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐢 𝐃𝐀𝐍𝐙 𝐄𝐜𝐨 𝐑𝐞𝐬𝐨𝐫𝐭 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐧, 𝐉𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝟐𝟒 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang.

30/10/2024

Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa baru yang telah dilantik bagi menerajui Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang sesi 2024 - 2026.

Semoga Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang terus melangkah lebih jauh.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jabatan Pendidikan Negeri
Kuantan
25604