TP TANAH PUTIH BARU by ceritakelascekgumamy

TP TANAH PUTIH BARU by ceritakelascekgumamy

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TP TANAH PUTIH BARU by ceritakelascekgumamy, Tutor/Teacher, tanah putih, Kuantan.

21/05/2026

Selamat Bercuti semuaaaaaaaaa🥳

Photos from TP TANAH PUTIH BARU by ceritakelascekgumamy's post 21/05/2026

Beberapa aktiviti yang sempat cikgu rakam sebagai kenangan

Photos from TP TANAH PUTIH BARU by ceritakelascekgumamy's post 21/05/2026

Beberapa gambar aktiviti dalam kelas yang kami jalankan bersama minggu lepas... 🥰🤗

20/05/2026

❤️❤️❤️

“Bila besar baru faham,
rupanya ramai ‘guru’ hadir dalam hidup kita dengan cara yang berbeza-beza.”

Ada mak yang jadi cikgu pertama ajar kenal dunia.
Ada ayah yang ajar erti tanggungjawab tanpa banyak kata.

Ada cikgu tadika yang ajar pegang pensel dan baca doa sebelum makan.
Ada cikgu sekolah rendah yang sabar layan perangai nakal kita dulu.
Ada cikgu sekolah menengah yang pernah marah sebab nak tengok kita jadi orang.

Ada lecturer yang buka cara kita berfikir lebih jauh.
Ada mentor yang hadir waktu kita hilang arah.
Dan ada coach yang ajar kita bangun semula walaupun dah jatuh banyak kali.

Dan hari ini,
ada antara mereka yang masih setia berkhidmat mendidik anak bangsa setiap hari.
Ada juga yang sudah bersara,
tetapi jasa dan didikan mereka masih hidup dalam ramai kehidupan sampai sekarang.

Kadang-kadang,
orang yang paling banyak mengajar kita bukan yang paling lama bersama kita,
tetapi yang tinggalkan kesan paling besar dalam hidup.

Hargailah guru-guru yang pernah berkorban masa, tenaga dan kesabaran untuk jadikan kita siapa diri kita hari ini.

Sempena Hari Guru ni,
terima kasih untuk semua insan yang pernah ajar kita walau satu perkara kecil dalam hidup.

20/05/2026

❤️

Photos from TP TANAH PUTIH BARU by ceritakelascekgumamy's post 20/05/2026

Selamat Bercutiiiiii opsss belum lagi la... esok sehari lagi sekolah ye.. hari ini jom kita "having fun"

Photos from TP TANAH PUTIH BARU by ceritakelascekgumamy's post 19/05/2026

LAWATAN PEMERIKSAAN GIGI & PROGRAM LAWATAN MAHASISWA TAHUN 5 FAKULTI PERGIGIAN UNIVERSITI MALAYA

Tarikh: 19.05.2026
Masa: 8.45 - 10.30 pg

Ceramah
Menggosok gigi
Pemeriksaan gigi
Letak florida gigi kanak-kanak
Tampalan gigi
Cabutan gigi

Ucapan penghargaan & terima kasih kepada pihak KKM kerana memilih kelas saya untuk sesi lawatan para pelajar UM

Photos from Teacher John's post 19/05/2026
Photos from Kementerian Pendidikan Malaysia's post 10/05/2026
08/05/2026

Sharing

Ramai ingat makanan ultra proses itu cuma burger segera, nugget dan mi segera.

Sebenarnya, ada makanan yang nampak “baik-baik”, nampak moden, nampak sihat, tetapi rupa-rupanya termasuk dalam kategori makanan ultra proses kerana terlalu banyak bahan tambahan, perisa, pewarna, pemanis, penstabil, pengemulsi dan bahan yang kita sendiri jarang guna di dapur rumah.

Ini 10 contoh yang ramai tak sangka:

1. Roti putih berbungkus yang sangat lembut dan tahan lama
2. Bijirin sarapan manis walaupun nampak “untuk kanak-kanak”
3. Yogurt berperisa buah yang tinggi gula
4. Bar protein atau bar tenaga yang nampak macam makanan sihat
5. Sosej, nugget, daging burger dan bebola proses
6. Keju keping proses yang mudah cair
7. Minuman 3 dalam 1, coklat malt dan kopi segera berkrimer
8. Sos botol tertentu seperti sos salad, sos keju dan sos berkrim
9. Makanan sejuk beku siap goreng atau siap panaskan
10. “Plant-based meat” atau makanan vegetarian segera yang terlalu diproses

Isunya bukan semua makanan ini terus “jahat” dan tidak boleh sentuh langsung. Isunya ialah bila ia jadi makanan harian. Sarapan dengan bijirin manis, tengah hari sosej, petang minuman 3 dalam 1, malam makanan sejuk beku. Lama-lama badan bukan sekadar makan makanan, badan sedang menerima gula, garam, lemak dan bahan tambahan secara berulang.

Cara mudah nak semak? Tengok label. Kalau senarai bahan terlalu panjang, banyak nama yang pelik, ada perisa tiruan, pemanis, pewarna, penstabil dan bahan yang tidak biasa ada di dapur rumah, itu tanda makanan tersebut mungkin terlalu diproses.

Makan biar berpijak di bumi nyata. Tak perlu sempurna, cuma jangan sampai makanan yang nampak “normal” setiap hari diam-diam jadi punca badan cepat letih, berat naik, gula mencanak dan selera makin susah dikawal.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Tanah Putih
Kuantan
25000