06/08/2026
HEBEI, CHINA, 28 Julai 2026 – Seramai 17 orang pelajar daripada Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama seorang pensyarah pengiring, Dr. Aini Norhidayah Mohamed, telah berjaya menamatkan penyertaan dalam Summer School Program anjuran Hebei University, China yang berlangsung dari 15 hingga 28 Julai 2026.
Penyertaan delegasi UMPSA ke program tersebut telah diselaraskan melalui Confucius Institute (CI) UMPSA sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama akademik antara UMPSA dan Hebei University serta memperluaskan peluang mobiliti antarabangsa kepada pelajar.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan kepada bidang fotovoltaik dan teknologi tenaga solar melalui siri kuliah, lawatan akademik serta sesi pembelajaran bersama pakar industri. Pendedahan tersebut memberi peluang kepada pelajar memahami perkembangan terkini dalam teknologi tenaga boleh baharu serta aplikasinya dalam pembangunan mampan.
Selain mengikuti pengisian akademik, para peserta turut berpeluang mendalami budaya masyarakat China menerusi pelbagai aktiviti kebudayaan seperti seni simpulan Cina (Chinese knot), kaligrafi, seni mempertahankan diri (martial arts), serta penyediaan dan pengenalan masakan tradisional China. Aktiviti ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman pembelajaran, malah meningkatkan kefahaman peserta terhadap warisan budaya dan nilai masyarakat China.
Sebagai sebahagian daripada program, delegasi turut mengadakan lawatan ke Xiong'an New Area, sebuah bandar baharu yang dibangunkan sebagai hab pembangunan pintar dan lestari di China. Lawatan tersebut memberi peluang kepada peserta melihat secara langsung perancangan bandar moden, penggunaan teknologi pintar serta pendekatan inovatif yang diterapkan dalam pembangunan bandar masa hadapan.
Program ini mencerminkan komitmen Confucius Institute UMPSA dalam menyokong agenda pengantarabangsaan universiti melalui penyelarasan program mobiliti akademik bersama institusi rakan strategik di China. Melalui kerjasama erat antara UMPSA dan Hebei University, program ini bukan sahaja memperkukuhkan pengetahuan pelajar dalam bidang tenaga boleh baharu, malah memperluaskan perspektif global, meningkatkan kompetensi antara budaya serta mengeratkan hubungan akademik dan persahabatan antara Malaysia dan China.
------------------------------------------------------------------------------
HEBEI, CHINA, 28 July 2026 – A total of 17 students from the Faculty of Industrial Sciences and Technology (FIST), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), accompanied by Dr. Aini Norhidayah Mohamed, successfully completed the Summer School Program organised by Hebei University, China, held from 15 to 28 July 2026.
The UMPSA delegation participated in the programme through the Confucius Institute (CI) UMPSA, as part of its ongoing efforts to strengthen academic collaboration between UMPSA and Hebei University while expanding international mobility opportunities for students.
Throughout the programme, participants gained valuable exposure to photovoltaic systems and solar energy technology through a series of lectures, academic visits, and learning sessions conducted by university academics and industry experts. The programme provided participants with insights into the latest developments in renewable energy technologies and their applications in sustainable development.
In addition to the academic components, participants also immersed themselves in Chinese culture through a variety of cultural activities, including Chinese knot-making, Chinese calligraphy, martial arts, and traditional Chinese cuisine preparation and appreciation. These activities enriched their learning experience while fostering a deeper understanding of China's rich cultural heritage and traditions.
As part of the programme, the delegation also visited Xiong'an New Area, a newly developed smart and sustainable city in China. The visit offered participants first-hand exposure to modern urban planning, smart technologies, and innovative approaches adopted in the development of future cities.
The programme reflects the Confucius Institute UMPSA's commitment to supporting the University's internationalisation agenda by coordinating academic mobility programmes with strategic partner institutions in China. Through the close collaboration between UMPSA and Hebei University, the programme not only strengthened students' knowledge in renewable energy but also broadened their global perspectives, enhanced their intercultural competencies, and further reinforced the academic partnership and friendship between Malaysia and China.